17 July, 2011

PAS kena 'bully' dengan DAP. Apa sudah jadi?

KUALA LUMPUR 16 Julai - Pas yang diserang DAP berhubung keputusan kerajaan negeri Kedah melarang operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti, menegur sikap sekutunya itu terutama Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sepatutnya selaku pemimpin tertinggi DAP, Karpal tidak boleh mudah melatah dan menggunakan saluran media bagi mencari penyelesaian dalam isu-isu sensitif terutama, jika ia melibatkan agama.

"Karpal tidak seharusnya terikut-ikut dengan rentak kepimpinan bawahan DAP yang gemar menggunakan media secara terbuka dalam mencari jalan penyelesaian terhadap pelbagai isu sensitif, membabitkan orang Islam dan bukan Islam.

"Tindakan sebegini hanya mengeruhkan suasana. Sepatutnya Karpal mendapatkan penjelasan daripada pucuk pimpinan Pas terlebih dahulu, sebagaimana kami lakukan jika ia membabitkan isu di bawah kepimpinan DAP," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kata dua dibuat Karpal semalam supaya Pas khususnya kerajaan negeri Kedah menarik balik larangan operasi pusat hiburan yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Dalam pada itu, Mustafa menyangkal tuduhan pelbagai pihak kononnya kerajaan negeri Kedah di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, membelakangkan kepimpinan Pas Pusat ketika memutuskan larangan tersebut.

Katanya, kepimpinan Pas pusat tidak semestinya sepanjang masa mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri, apatah lagi jika keputusan larangan tersebut dibuat berdasarkan kuasa prerogatif (hak istimewa) kerajaan negeri Kedah itu sendiri.(sumber UM)

5 comments:

  1. Jika MB Kedah tegas dan tetap dgn pendirianya bukan saperti pemimpin UMNO yg asyik flip flop maka sebagai Melayu Islam dan penduduk majoriti negara ini kita wajib menyokong beliau.
    Bukankah kuasa dlm demokrasi itu melalui sokongan majoriti.
    Sampai bila kita nak tunduk kapada kehendak minoriti?Dlm isu lain mungkin wajar dipertimbang tapi dlm isu agama ketegasan diperlukan.
    Penduduk minoriti telah memperkotak-katikan bangsa kita.....kerana keghairahan pemimpin politik UMNO dan PAS utk meraih sokongan....Islam juga telah persendakan.....
    Jika PAS tegas dlm perihal Islam maka lebih ramai Melayu Islam akan menyokong PAS.
    Org Melayu Islam telah terlalu lama dahagakan ketegasan dlm kepimpinan negara ini.
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Kenapa semasa bulan Ramadan saja?. Harus selama-lamanya.

    Tak kan la lepas bulan Ramadan, boleh mengunjungi?

    Yang haram tetap haram.

    ReplyDelete
  3. Rupa nya Karpal Singh sahaja yang boleh tegur PAS.Kalau UMNO tegur cepat naik angin.Karpal Sing pun tahu yang PAS adalah kaldai tunggangan DAP untuk kesyorga.
    Demi takut hilang undi Cina PAS ikut sahajalah tengking Karpal Sing tu.

    ReplyDelete
  4. macam mana berita Melaka lanjutkan masa tempat hiburan sehingga 3 pagi.Melaka diperintah olih DAP ka,atau MCA yang perintah.
    enakmen ini sudah diluluskan 17 tahun dulu sewaktu UMNO tunjang BN kuasai Kedah.adakah kerana MCA dan Gerakan bantah menyebabkan enakman tinggal dalam catatan enakmen.
    Ustaz Azizan walaupun nampak berundur,sekurangnya telah diperjelaskan bahawa lesen akan dibatalkan jika ada orang Islam masuk pada premis berkaitan.Manakala UMNO tak buat apa langsong mengenai enakman ini.
    Untuk menunjukan bahawa UMNO bukan lidah bercabang,negeri negeri yang dibawah BN perlu melaksanakan apa yang gagal dilaksanakan olih Kedah kerana yang mengistiharkan Malaysia sebagai NEGARA ISLAM adalah Tun Mahadhir dari UMNO.

    **aku pun umno

    ReplyDelete
  5. itu lan tanda nya pAS telah tidak berjuang lagi utk ISLAM, pura-pura shj, sandiwara shj, dolak dalih, semua org tahu perangai org PAS,
    mengat org kuat, mengkafir org juga kuat,sembahyang dua imam, pernikah dilakukan semula, dsbnya.........
    sekarang ni ikut org kafir pula si DAP......

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.