08 July, 2011

Jangan pakai sensual whitening cream kalau tak mau anak dalam kandungan cacat

KUALA LUMPUR 8 Julai – Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli atau menggunakan “Sensual Whitening Cream” berikutan pengesanan racun berjadual dalam produk penjagaan kulit itu.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian berkenaan, Datuk Eisah A. Rahman berkata, produk tersebut dikesan mengandungi bahan logam berat merkuri yang dilarang dalam produk kosmetik yang boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna.

"Syarikat Sensere Marketing Sdn Bhd, yang mengeluarkan produk itu diarah menghentikan penjualan dan pembekalan produk itu dengan serta merta dan menarik balik semua stok dalam pasaran dalam tempoh 72 jam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Eisah berkata, pengguna produk itu boleh menyebabkan ruam dan rasa gatal pada bahagian kulit dan pada masa sama boleh merosakkan otak, sistem saraf dan buah pinggang.

Beliau juga berkata, wanita mengandung yang menggunakan produk itu mungkin tidak mengalami simptom keracunan raksa (merkuri), tetapi boleh menyebabkan keracunan teruk kepada fetus mengakibatkan kerosakan otak dan kecacatan kepada bayi dalam kandungan. – Bernama

3 comments:

  1. Syarikat Sensere Marketing Sdn Bhd tu yg mengeluarkan produk ke yg mengimport produk? kalau memang syarikat itu yg mengeluarkan produk, syarikat itu memang jahat sbb menggunakan merkuri sebagai ramuan. aku sarankan tangkap bos2 syarikat itu dan lumur dgn krim pemutih keluaran mereka tu selama 3 bulan berturut2. biar cacat dan sakit terus menerus sampailah dorang mati.

    ReplyDelete
  2. Ini syarikat Sensre Marketing Sdn Bhd keluarkan produk sendiri. Patutla.... saya guna Sensual Whitening Krim ni kulit jadi sgt sensitive dan gatal..... CELEKA BETUL!!!!!!!!!!!!!!!!!!


    Kalu saya tengok ni boss sensual.... emak dan anak perempuan dia.... pasti simbah mereka dengan acid!!!!!!


    Jangan guna semua Sensual produk..... pasti ada bahan-bahan yang dilarang!!!

    ReplyDelete
  3. video ahli PAS sedang bergaduh waktu mesyuarat

    http://www.youtube.com/watch?v=ONLsM2k1LSU&feature=related

    ****adik beradik hashim penerangan

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.