12 May, 2011

Bunga-bunga akan berakhirnya era Lee Kuan Yew

Kekuatan laman-laman web sosial tidak harus goblokkan kerana peralihan pemikiran era dan zaman ketika ini banyak dibentuk oleh media-media ini.

Golongan tua seringkali mengungkit-ngungkit dengan nada keciwa golongan muda tidak mengenang jasa mereka yang lepas apabila dalam piliharaya golongan muda ini tidak mengundi mereka.

Mereka menjadi terlalu sentimental dan tidak mahu mendengar pendapat golongan muda kerana mereka merasakan mereka yang terlebih dahulu memakan garam dan sambal belacan.

Apabila golongan muda disisihkan, golongan ini membentuk kelompok mereka sendiri dengan pemikiran dan hala tuju mereka sendiri serta berkomunikasi melalui medium mereka sendiri sehingga golongan muda ini menjadi kuat dan terpisah terus dengan golongan tua atau veteran.

Golongan tua masih dengan medium komunikasi TV mereka seperti RTM, TV3, akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dll.

Golongan tua diulit kisah-kisah sejarah kegemilangan mereka yang telah menjadi nostalgia kenangan indah tersenyum sendirian. Dendangan lagu Ahmad Jais, Di Ambang Sore dihayati sepenuh kalbu tanpa sedar lagu tersebut ditujukan kepada mereka.

Manakala golongan muda setiap saat dengan lama-laman web sosial Facebook, Tweeter dan Blogging bercerita kisah-kisah semasa.

Apabila golongan tua dikalahkan dalam pilihanraya baru mereka bangun dari mengelamun berkhayal  dan baru sedar mereka telah ketinggalan jauh dan berada 'Di Ambang Sore'.

Berikut adalah petikan dariUtusan situasi yang berlaku pasca Lee Kuan Yew di Singapura untuk difikir-fikirkan.

SINGAPURA 11 Mei - Tokoh awam Singapura yang paling popular di laman Facebook bukan bintang pop, aktres atau ahli sukan tetapi seorang ahli politik wanita daripada generasi baru republik ini.

Nicole Seah, 24, walaupun tewas sebagai calon pembangkang pada pilihan raya umum Sabtu lalu, mempunyai hampir 97,000 'like' di laman Facebook beliau semalam, mengatasi laman yang diadakan oleh penyokong pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, 87.

Seah yang sudah kembali bertugas sebagai eksekutif di sebuah syarikat pengiklanan mendapat sokongan meluas pengundi kerana wajahnya yang fotogenik dan rayuannya yang penuh semangat supaya penduduk miskin yang ketinggalan dalam arus kemajuan ekonomi republik ini dibantu.

Kebangkitan mendadak muka baru itu sehingga menjadi ikon di kalangan golongan muda Singapura memperlihatkan kemunculan dramatik media sosial dalam sebuah masyarakat yang mengalami peralihan daripada kawalan politik ketat kepada sebuah demokrasi lebih terbuka.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang berkuasa sejak 52 tahun lalu terkejut apabila peratusan undi yang diterimanya merosot ke paras terendah dalam sejarah iaitu 60 peratus meskipun skim pengundian mengikut blok memastikan pembangkang hanya memenangi enam daripada 87 kerusi Parlimen.

"Media dalam talian tentunya telah mengubah corak pilihan raya dengan membolehkan pendemokrasian semua suara.

"Andainya semua pengundi hanya terdiri daripada orang yang menyuarakan pendapat dalam talian, pembangkang akan berada dalam kedudukan lebih baik," kata Kelly Choo, pengasas bersama firma perisikan perniagaan dalam talian, Brandtology.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong yang juga anak Kuan Yew mengakui kesan media sosial terhadap keputusan pengundian dan menggambarkan pilihan raya itu sebagai menandakan 'perubahan ketara dalam persekitaran politik kita'.

PAP sudah lama bergantung kepada media prokerajaan seperti kumpulan akhbar, Singapore Press Holdings dan perbadanan penyiaran MediaCorp semasa kempen pilihan raya.

Namun PAP segera 'dibelasah' oleh pengkritik di laman Facebook, Twitter, YouTube dan portal web apabila gabungan teknologi dan faktor demografi memainkan peranan untuk menjejaskan dominasi parti pemerintah itu ke atas perbahasan politik dalam media tradisional. - AFP

1 comment:

  1. kalau china singapura pun dah meluat dan benci pd kuan yew, maka china malaysia pula sayang kpd adik kuan yew malaysia kit siang......dah terbalik niiiii.......,
    melayu malaysia juga undi dan sokong adik kuan yew malaysia tu dan lebih teruk lgi depa2 ni bersekongkol dgn parti adik kuan yew malaysia tu...... dengar2 kata sampai sanggup ketepi perjuangan islam depa selama ini......, teruklah begitu,

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.