10 March, 2011

DS Najib telah mendapat ramuan kejayaan BN

Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat ramuan kejayaan selepas Barisan Nasional (BN) menewaskan pembangkang dengan cemerlang dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang diadakan sejak kebekangan ini.

Menurut beliau ramuan tersebut ialah factor calun yang tepat dia mana calun mestilah tidak korup, tidak kaki perempuan, tidak berfoya-foya, tidak menipu penyokong, tidak mengunakan wang semasa pemilihan UMNO, tidak melaga-lagakan sesama ahli UMNO dalam bahagian dan tidak sombong.

Perdana Menteri juga berkata, prinsip itu akan dijadikan kriteria utama bagi BN kerana pemilihan calon yang tepat merupakan salah satu faktor terpenting dalam menentukan kemenangan pada setiap pilihan raya.

Jika DS Najib berpegang teguh dengan prinsip ini maka ternyatalah Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Kedah ini ramai yang tidak layak menjadi calun dalam PRU13 yang akan datang.

Yang terbaru ucapan Ketua UMNO Bahagian Merbok telah menjadi bahan tertawa ketua-ketua cawangan UMNO apabila beliau dengan riak berkata “PASTIKAN SAYA MENANG SEBAGAI AHLI PARLIMEN MERBOK DALAM PRU YANG AKAN DATANG!”.

Ucapan ini dilontarkan semasa perjumpaan dengan Ketua-Ketua UMNO Cawangan dalam Bahagian Merbok di Kismec baru-baru ini. Mungkin beliau yakin bahawa beliau adalah “winnable candidate”.

4 comments:

  1. iadan bkt selambau said........

    prinsip umno amat jelas dimana calun2 yang telah kalah perlu tidak terpilih lagi, sekarang ini bukannya masa kita memikirkan individu2 yang angkat bakul puji diri sendiri tetapi perlu ikut kehendak akar umbi dan pengundi2 baru, kalau calun dah kalah tu diletak semula,maka pengundi yang sama juga akan menolak,umno mempunyai ramai ahli, di merbok sj ada berpuluh ribu ahli, kenapa kita susah sgt dlm hal ini,bagilah peluang kpd org baru ramai antaranya anuar pemuda,saiful,mr boleh,dll,dto bashah kena tegas dlm hal calun,ambil yang baru dan yang lama kekal beliau seorg sj sudah cukup, dato mukhriz pun kena semak jga, jgn dok biar puak KJ letak calun lagi rosak lagi lah kedah..........

    ReplyDelete
  2. hampa nak pakai atau tidak pendapat aku,itu hampa punya pasai lah.tapi ini pendapat orang yang buat keputusan saat terakhir atau dipanggil pengundi atas pagar.
    DUN dan Parlimen dikawasan kampung atau separa bandar ,dia tak kira siapa pun calun.yang dia kira ,calun tu wakil parti mana.pru12 jadi bukti,maniam,ah chong,luncai yang wakil pkr,pas dan dap pun bolih menang pasai orang meluat parti umno-bn,bukan pasai calun.yang menang dan haprak tu,dah lari masuk umno.
    macam tu juga dalam kawasan bandar bagi pru12.
    tapi stail sekarang,kawasan luar nak tengok parti mana wakil dia,manakala dalam bandar depa nak tau individu dan parti mana diwakili.
    saja nak pesan dan ingatkan.cara umno-bn menang dalam prk 1-8,prk 9-hingga kerdau merlimau ada beda.dalam prk1-8,bn tak guna jentera dan projek segera.hasilnya bn kecundang 6 drp 8 kerusi.lepas tu baru bn guna all out apa yang ada.soalnya mampukah bn guna stail ini dalam pru13.banyak rm kena guna.
    so,masaalah rakyat jangan dipandang sepi.
    bedah siasat juga menunjukan penyokong pembangkang tak lari,cuma depa kalah dengan kenaikan peratus pengundi.bolihkah dibeli pengundi baru ini?.
    1-saman ekoq akan bawa kesan
    2-harga barang yang naik menggila
    3-kemasukan pendatang asing yang tak dapat dikawal.
    4-beberapa kes mahkamah yang saksi saksi dedahkan keburukan bn.

    ReplyDelete
  3. kalau dato najib dah sedar akan perkara ini selamat lah imej umno dikedah khasnya dan seluruh malaysia amnya.Memang tepat sekali seluruh ketua bahagian dikedah termasuk Merbok hanya angkat bakul sendiri.Ketua cawangan bolehlah mereka beri sara hidup sebagai alat penyokong.Tapi pengundi yang terbesar lebih mengetahui semasa mengundi nanti.Ksemua ketua bahagian dikedah punyai isu yang memalukan imej umno.Dato Najib kena beri perhatian lebih khusus akan personaliti calon dari segi akhlak,kelulusan,penerimaan pengundi termasuk kesihatan mereka.Kalau tahi penyakit pun susah juga.Ramai ketua bahagian pun dah ada jantunh,kencing manis,darah tinggi,ghout,lelah penat dan sebagainya.Calon pun kena lebih hebat dari calon PAS,DAP,PKR atau calon bebas.Puak-puak KJ sudah lah.Zaman dia dah berakhir.Pada dato bashah pun serupa juga.Jangan pilih kroni dan geng atau kerana pemegang jawatan utama.Semua mereka terlibat dengan rasuah politik wang beli undi masa pemilihan yang lalu.Laporan Kemas ke JASA ke jangan pakai sangat.Baca dan tengok boleh.Mereka pun dah kena beli dengan ketua bahagian.UMNO/BN kedah boleh berjaya kalau segala ramuan yang betul.Kalau di merbok letak mangkuk hayun itu juga.Alamat Ostat Azizan tidur lena lagi.Aku pun terkejut juga bila baca Kedah Times mengenai UUMNO Padang Serai.Itu pun satu lagi bala yang sedang menimpa UMNO Kedah.Soal benar atau tidak semuanya mengundang bahaya pada reaksi pengundi dan keyakinan mereka terhadap UMNO dan BN.Jelas semua ini menempa masalah dan mala petaka pada UMNO.Memang sesuai saranan tuan dalam soal ini.PAS bukan hebat dan kuat.Meraka juga lemah.Ikutlah resepi Dato Najib wahai Dato Bashah kalau nak jadi MB Kedah nak ganti Ostat Azizan.Kita sokong BN dengan syarat calon mesti bagus.Kerja PAS kita dah lihat dan rasa selama 3 tahun.2x5 sahaja.

    ReplyDelete
  4. takmarah said.....

    org tak meluat pd UMNO tapi depa meluat pada paklah&menantu di malaysia dan depa meluat detkalid&6pegawai khasnya di kedah pada suatu ketika dulu ,semua ini telah selesai setelah UMNO pinggirkan kumpulan ini di kedah, pengundi2 dikedah kini dah kembali bertaut di bawah kumpulan berwawasan berkarisma dan beretika BN dibawah pimpinan dato bashah & dato mukhriz, di peringkat negara pula kerja kuat PM & TPM dengan slogan rakyat didahulukan itu telah diterima keseluruhan masyarakat disamping kegagalan ketua umum dgn kes moral yang luar biasa dan kegagalan pas tegak kan hudud di kedah, ini adalah semua malapetaka kpd pembangkang hasil bala berterusan yang dikenakan kpd kerajaan zizan kerana pembohongan berlarutan,prk galas umpamanya walaupun nik ajis keluarkan wang, bantuan yang banyak tapi penduduk disitu juga tak pilih calun pas, makanya org disitu menolak janji syurga nik ajis..........

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.