22 February, 2011

Apa sandaran Datuk Bashah menyatakan Kedah bakal menang 2/3 majoriti PRU13?

Bakal MB Kedah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah meletak sasaran BN dan UMNO Kedah akan menang majoriti sebanyak dua pertiga daripada jumlah keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Kononnya sasaran itu realistik atas dua sebab :
a) Sokongan rakyat negara ini telah kembali dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

b) Rakyat sedang merungut terhadap pelbagai kelemahan yang ketara oleh Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sejak akhir-akhir ini.

Inilah analisa mudah bakal MB Kedah, Datuk Ahmad Bashah yang ternyata singkat, cetek dan tidak telus. Mengapa beliau tidak nyatakan secara terus terang bahawa dalaman UMNO Kedah masih merobok dan berulat. Apa usaha beliau memperbaiki krisis dalaman UMNO supaya keyakinan rakyat kembali kepada UMNO Kedah?

Rakyat mungkin sokong DS Najib tetapi rakyat juga loya dengan juak-juak UMNO yang tidak berubah berbalah sesama mereka sejak dari PRU12 yang lepas sehingga hari ini tidak kebah-kebah lagi.

Inilah pemimpin yang serabut apabila kita sering melihat kelemahan lawan sehingga kita tidak sedar kelemahan dalaman kita lebih parah.

20 comments:

  1. Itu saja lah kemampuan Bashah sbb dia x ada Statistical mind.
    Setiausaha depa pun, koman-koman sepana belaka.

    Kadiaq pun Peon sekolah rendah Iskandar jaa (dia kat situ lagi kaa?)

    Rakyat Kedah yang dok mampuih dok tolok depa naik.

    ReplyDelete
  2. Padang Serai 3-0..kalau keadaan macam hari ini.

    ReplyDelete
  3. MT.kenyataan YB Dato Bashah itu mungkin koleksi lapuran dari 15 ketua bahagian,15 ketua pemuda bahagian,15 ketua wanita bahagain dan 15 ketua puteri bahagian.Mereka sahajalah yang arif tentang masa depan UMNO di Kedah.Tentu Dato Najib amat gembira dengan laporan itu.

    ReplyDelete
  4. memang benar sokongan rakyat telah kembali kepada umno dan BN, ini pun setelah kerja kuat PM,TPM dan mantan PM Tun Dr M, rakyat hanya percaya kpd depa sj bukanya usaha dibuat oleh ketua bahagian, makanya calun2 berpendidikan tinggi dan mempunyai daya berfikir yang tinggi disamping mempunyai darah politik hendaklah dicari (ini adalah arus org muda hari ini), dan amat penting sekali calun2 recycle mestilah tidak terpilih, kini giliran mereka pula menyokong org lain,
    cuba fikrkan adakah dun pantai merdeka, dun tg dawai,dun jeneri,dun merbau pulas,dun bandar baru,dun kupang,dun kubang rotan ini semuanya akan dimenangi BN, jika ya maka 2/3 mojoriti boleh terbentuk,terasnya dengar akar umbi bukan dengan kaki bodek,calun baru,ANAK TEMPATAN,ORG2 LUAR jgn dibawa sebagai calun walaupun dia glamour (ini pengalaman di Baling & Sik),org baru perlu dicari sehingga jumpa...........

    ReplyDelete
  5. jika pru berlaku sekarang,apa yang dikatakan olih dato bashah mungkin menjadi realiti,tapi kalau pru lambat lagi ,ia bolih menjadi satu angan angan.hakikatnya pakatan dalam tindakan membetulkan apa yang tidak betul.
    dalam politik Malaysia(luar bandar)individu yang mewakili parti bukan lah faktor terpenting tetapi parti itu sendiri yang akan dijadi nilai ukuran dalam pemilihan.
    mungkin sikap terlalu fanatik pada umno,amat sukar anda untuk menerima hujah ini.pakatan sememangnya (baca pkr)tidak kuat,tetapi rakyat melihat pakatan yang tidak kuat itu lebih baik dari umno-bn lantaran pemborosan demi pemborosan yang dilakukan(bila disebut rasuah anad akan marah).
    dunia sekarang dunia maklumat.jika media utama menyembunyi fakta,media alternatif akan dilayari.

    maaf 25 tahun bersama umno,dan kini 12 tahun bersama pakatan,keinginan untuk kembali pada umno memang ada,tetapi melihat apa yang berlaku sekarang mungkin belum sampai lagi.tambahan sewaktu Tun M melihat semua orang tidak betul,akhirnya anaknya yang diperbetulkan.berjayakah mohkzani andai kata Tun M bukan penasihat petronas dan mukhriz sebagai timbalan menteri?.

    ReplyDelete
  6. Nak tanya sikit >Bashah buat kenyataan ini di Kedah ke di Hong Kong.Dato Bashah kena bercakap benar walau pun pahit kalau nak berubat yang sakit.Boleh jadi Dato Bashah sedang seronok dengan jawatan tertinggi umno di kedah.Lanjutan seronok akan membawanya jadi MB Kedah.Tak salah untuk mimpi demekian.Dato Bashah masih belum bergerak dan membawa UMNO Kedah ke arus yang betul lagi untok PRU 13.UMNO Kedah serta UMNO Bahagain masih terlalu banyak bergantung pada agensi kerajaan pusat.Tunpang sekaki program KEDA,KEMAS,JASA,MADA ,JKM,Penerangan dan SDO.Mana satu program tulen UMNO setakat hari ini.Kalau tak ada egensi ini UMNO Kedah entaj lah apa akan terjadi.Terus terang lah dapat disimpul bahawa seluroh pimpinan UMNO Kedah ,ketua bahagian,waniat,pemuda dan puteri tidak ada idea gerakan politik.Walaupun ada peruntokan sampai RM 15 ribu sebulan setiap bahagian.UMNO masih lagi sunyi dan sepi.Itulah nasib umno yang berketuakan perasuah politik.Bila dapat jawatan tak reti buat kerja.Semua ini berpunca dari ketua bahagian yang tak berkualiti rendah.Cuma nampak bergaya.Semoga Dato Bashah dapat menyemak kembali rekod prestasi UMNO kedah drp mebuat berita syok sendiri.Rakyat adalah pelanggan utama dalam mendapat sokongan nanti.UMNO adalah produk untok selera rakyat.

    ReplyDelete
  7. bila disebut rasuah semuanya seronok berhujah lebih2 lgi semua hal ini di lempar kpd BN dan umno,kita perlu lihat apa telah jadi pd pemimpin pkr suatu ketika dulu semasa dlm umno dan kerajaan, semua org telah difahamkan bagaimana tun gafar dikalahkan,adakah dikalahkan secara bersih ataupun dengan amalan rasuah kepada kroni2nya....????? juga perlu lihat siapa adiknya dan siapa abangnya dan siapa keluarganya? adakah mereka2 ini semuanya memiliki kekayaan yang besar sebelum itu?bagaimanakah kedudukan ekonomi mereka sewaktu sebelum itu? hari ini di tanah air kita anak bangsa melihat siapa yang patut dipilih mjdi PM, adakah hadi awang,adakah anuar ibrahim atau adakah kit siang? satu persatu di halusi diperincikan dan dipertimbangkan, hasilnya hadi awang dengan halatujunya yang bercelaru tak dpt membentang hukum hudud di kedah dan perak(semasa PAS mjadi MB) juga tidak dpt menyatakan fatwa mati sahid pejuang memali oleh kerajaan PAS kedah dan yg dok pakai skrg adalah fatwa osman arof, manakala anaur ibrahim juga semua sedia maklum krisis moralnya sangat buruk perbuatan yang dikutuk rasul (tak mengaku umat)sedang dibicarakan kali ke2 bersama saiful,kali pertama dulu telah didapati..... dan kemudian dilepaskannya dgn alasan teknikal,dan terakhir kit siang lagi tak terpakai org ini, anak bangsa dan umat islam tiada pilihan lagi melainkan kembali kpd BN dan UMNO,disinilah peranan umat islam yang waras dan sebenar sama2 bergabung membentuk satu pasukan untuk menegak panji panji yang benar yang dituntut.

    ReplyDelete
  8. Tidak ada satu Penyusunan semula yg Meyakinkan ahli dan rakyat,,,Cerita masaalah sebenar?,,,"rakyat kedah tidak lagi mahu pimpinan UMNO yg kaki Bodek,rasuah ,sombong,bodo dan memperbodokan rakyat",,,,cakap dan buat pengumumuman,,dan bagi tau pemimpin UMNO berkenaan ,ini rakyat kata,,,,,hang bolih p rehat dipulau song song,,,,,,

    ReplyDelete
  9. anon 09:20am
    terima kasih kerana ulasan anda membantu Pakatan untuk meneruskan usaha mereka menawan Putrajaya.
    Kesombongan tanpa mengakui hakikat dengan meleret leret mempertahan hujah usang yang ternyata sudah tidak diterima olih rakyat berdasar PRU12,adalah satu yang maha baik bagi Pakatan.
    Teruskan dengan perinsip anda.
    Teruskan kerja untuk mengmbil kembali Kedah daripada Pakatan moga usaha bersepadu bersama Ezam,Lokman,Ariff akan berhasil.

    *** bukan setakat makan semeja,malah pernah bersama tajul,mud omar,ibrahim saad dan mustaffa mohamad bekerja untuk umno yang ori,yang belum kenal rasuah dan penyelewengan.

    ReplyDelete
  10. ghmai bagi pendapat...ghmai nak perubahan..
    ghmai nak pemimpin bersih..ghmai nak kisah sebenarq...
    ada cadangan ka?.
    setakat cadangan sughuh ubah itu...tukarq ini...tak guna juga.
    orang tu elok..had pun tak baik..
    jadi sapa yang baguih..sapa yang bersih...sapa yang bolih dipakai..
    cakap saja yang tu jangan percaya...sapa
    patut kita pecaya..
    oghang tu rasuah...sapa yang tak rasuah..
    caghi salah oghang senang...
    menuduh dan kata keburukan oghang lagi senang.
    kalau kata mad bashah tak betoi..tolong habarq sechagha ikhlaih sapa yang btoi.
    apa kata kita pakat2..bagi pendapat...bagi cadangan yang semua oghang bolih teghima..
    kalau yang dok bagi komen tu rasa depa ada calon yang baguih...kemukakan nama...termasuk dighi hangpa senighi.
    toksah la kita dok burukan oghng kita senighi..
    kalu dia tak betoi..jom kita pi jumpa berdepan..kata depan2..
    kita habarq kat dia apa yang betoi kena buat.
    masa pemilihan peringkat cawangan guna la kuasa memilih.
    kena la kuatkan semangat dalam perjuangan..
    mana ghasa tak btoi kita hentam saja dalam masyuarat..
    yang ghasa ada bakat dan semangat untuk berjuang bersama umno..ayuh tunjuk bakat dan kebolihan anda.
    jangan pula tunjuk sikap burok sana sini bila kita tak terpilih.
    yang penting dighi kita dan peghangai kita tu btoi ka bersih dari segala keburukan.
    sekali gagal...cuba lagi..
    yang banyak tu...masyuarat pun tak mau pi..
    masuk calon peringkat cawangan kalah lepaih tu meghajuk..
    mula kutuk itu tak btoi..ini tak btoi..
    kalau kita gagai...jangan cari kekurangan pihak yang berjaya..
    sama juga pada yang menang..jangan dok buang teruih oghang yang menentang kita..
    bukan senang nak berubah...tapi bukan pula tak bolih berubah.
    kita dalam satu parti..
    hangpa semua oghang muda...umno memerlukan buah fikiran dan tenaga kamu semua..
    zaman media baru la ni bukan macam dulu2.
    la ni semua berita cepat di sebarkan..
    nak tanya hangpa...berapa ghamai oghang2 yang dikampong2 tu tau segala perkembangan politik tanah air kita.
    apa tanggung-jawab hangpa dalam hal ini.
    kekosongan ini yang patut hangpa isi..
    takat dok berblog sesama sendighi tak akan kemana.
    sedangkan oghang2 kampong tiap2 masa disogok dengan halal haram paih.
    oghang kampong tak tau pun ostad azizan tidoq..
    dalam tv tak dak gambarq dia tidoq.
    tu hanya contoh la...

    oghang lama umno,
    paklongchin,sedim

    ReplyDelete
  11. pengundi hitech kulimFebruary 24, 2011 at 7:33 AM

    Aku rasa dato bashah tahu lah apa yg dia cakap.Dia yakin apa yg dia buat.Sekrang umno kedah dibawah urusan nya.Aku rasa dia mempunyai formula yg terbaik untok dapat 2/3 dlm pru 13 nanti.Tentunya dia perlu mempunyai calon yg terbaik,bersih,qualiti,beriman,bertaqwa,pengalaman,pelajaran tinggi serta akhlak terpuji.Tentunya dato bashah sudah mempunyai senarai calon wineable dan sebagainya.Keraguan rakyat dan penolakan rakyat terhadap ketua bahagian adalah satu cara dato bashah akan laksanakan.Ramai ketua bahagian dikedah disifatkan tak layak untok menjadi calon. BN nanti.Bermacam rekod kotor mereka di perkatakan.Dari soal akhlak sampai kes judi rasuah dsbnya.Dato Bashah tentu paham dan aku yakin dia ada mata,telinga bau rasa dan otak yang waras.Tak kan dia sanggup bawa umno kedah terjun sungai atau laut.walaupun kita tahu ada beberapa ketua bahagian yang siang-siang lagi cuba menyembunyikan rekod kotor dan burok mereka.Pada hal orang ramai telah terhidu busuk bangkai mereka itu.Janganlah kita mudah menilai negatif semua dari Dato Bashah.Mungkin beliau sedar dan sudah belajar dari pengalamn pahit dari pimpinan yang dulu.Dia kena elakkan kaki bodek,ampu jilat sana sini.Mari lah kita beri kepercayaan padanya dan sokongan agar kedah kembali pada umno/BN dengan syarat pemian yg akan turun gelanggang nanti adalah pemain yg mulia disisi agama.semoga dato basghah selamat berjaya.

    ReplyDelete
  12. terasdepu said...

    bagus saranan hitech,bak kata kali ini kita turun semua pemain baru yang berakhlak dan berpelajaran tinggi serta mempunyai pengalaman dalam politik,tak apa KJ dah tak boleh pilih calun lagi, pengundi2 generasi baru tak mau lagi org rendah pendidikan menjadi wakil BN wakil mereka,depa tahu pemikiran mereka ini tak akan kemana,mereka2 ini lah yang suka dan mengamalkan permainan kotor di setiap bahagian dan kini pengundi2 dah tahu perangai sebenar depa,depa naik dlu pun bukannya apa cuma mendpt sokongan padu KJ sj,BN akan menerima habuan saja jika mereka2 ini masih di calukan semula,
    disamping kita mengekalkan kepimpinan negara dato seri najib sebagai PM. Najib adalah PM malaysia yang terbaik utuk ketika ini,tak payahlah kita tengok nik aziz ke atau azmi ali ke utk jdi PM malaysia.

    ReplyDelete
  13. Admin MT
    1-Meletak sasaran adalah satu perkara terpenting dalam sesuatu perancangan.
    Walaupun realitinya bukan sahaja 2/3 susah untuk dicapai,malah untuk merebut semula Kedah daripada Pakatan pun agak susah untuk berjaya.
    2-Mentaliti pengundi dinegara kita tidak sama dengan mentaliti negara maju(barat).Mentaliti kita masih mentaliti negara dunia ketiga.Bukan saja pengundi malah stail dan corak kepimpinan dalam pentadbiran politik juga begitu.Tiada penghurmatan atas idea ide musuh politiknya.
    3-Hubungkait dengan itu,bukan calon menjadi faktor utama pilihan pengundi,tetapi parti itu sendiri.Sejarah PRU12 membuktikan bagaimana calun light menewaskan calun heavy kerana parti yang diwakilinya.
    Siapa Arumugam,calun bebas yang diberi status wakil PKR hingga mampu menewas calun yang mewakili MIC bertunjangkan BN.
    4-Jesteru kalau UMNO(BN) mahu berjaya semula,parti yang perlu diperbetulkan.Dan untuk membetulkan parti ,pemimpin yang perlu difokuskan.
    5-Masih terlalu banyak perkara negatif dilakukan olih pemimpin dan walaupun umum mengatakan salah,tapi orang sekeling yang berkepentingan berkata tidak,walhal untuk menentukan dipeti undi bukan orang sekeliling,tetapi awam yang banyak ini.
    6-Laksanakan apa yang dihasil dari dbedah siasat selepas PRU12 walupun ia pahit.Selagi pelaksanaan dilakukan secara terpilih,maaf cakap matlamat dan sasaran hanya akan jadi angan angan.
    7-Tuduhan musuh(pembangkang)bukan setakat dijawap dengan memperlekehkan pula pembangkang,tetapi perlu dihentikan jika tuduhan itu benar.
    8-Keyakinan rakyat(saya benar benar pasti)akan melonjak jika agensi penguatkuasa benar benar TERNAMPAK bebas.Ini hanya dapat dilakukan dengan memisahkan insitusi ini daripada JPM dan diletak dibawah urusan parlimen.Ini yang dikehendi olih golongan profiosonal dan para peniaga.

    ***jangan cepat melenting

    ReplyDelete
  14. Aku setuju pandangan pengundi hitech kulim tu.Harapan umno kedah memang ada dgn syarat faktor calon perlu teliti betul-betul termasuklah Dato Bashah sendiri.Kalau calon ada banyak problem pada diri sendiri dan parti punah lah piliohanraya nanti.Laporan Kemas dan JASA banyak tak betul dari yang betul.

    ReplyDelete
  15. lan bkt said.......

    kita sudah lupa,memang lah org kta melayu mudah lupa,pru12 2008 dulu tu mudah saja kesimpulannya,pd waktu itu terutamanya ahli2 umno sgt bencikan dolah badawi,perasaan mereka ini meluap-luap marah sgt pd si dolah tu bersama menantu kesayangan si kj, segala saranan ahli2 tidak diendahkan,pekak kan telinganya,buat bodah sj,maka atas perangainya yg luar biasa itu ahli2 umno tiada pilihan lagi dan terpaksa membuat keputusan yg cukup berat utk menghalau si dolah tu turun dri tahta bsama2 menantunya,
    hukuman dari dalaman umno sggh kejam bgi pak lah sehingga negeri sendiri penang pun tersungkur,parti lwn tidak menang kiranya undinya tidak dtg dri org2 umno dan penyokong umno,
    hari ini kehendak perkara utama telah berhasil iaitu pemimpin lemah dan mentadbir bersama keluarga telah di jauhkan dari pimpinan dan pentadbiran umno, dan kini umno telah mendpt pemimpin yang baik bagus dan bertanggung jawab,kerja kuat mereka utk rakyat,pelajar2 yg blajar di mesir juga di tolong dan ini kebanyakan adalah anak2 dari parti lawan,kerajaan ini kerajaan rakyat, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, seluruh warga malaysia telah berpuas hati,ahli2 umno yang derhaka dlu telah pun bersedia dan bersemangat utnuk memberikan kuasa balik kpd BN utk memerintah kedah dll,dan PAS jgn lah marah kerana dlu umno bagi pinjam sat saja,difahamkan peratusan rakyat kembali menyokong BN dgn melayu telah mencapai 83%,india 80%, cina 65% dll kaum 95%,rasanya elok sgt parlimen patut dibubar secepat yang boleh..............

    ReplyDelete
  16. pada dato bashah.saja lah aku nak pesan pada dia.Cuba ambil contoh pilihanraya kecil dimerlimau dan kerdau kalau nak dapat 2/3 nanti.Calon yg dipilih nampak bersih .Tak kotor dengan maksiat dan ada kelulusan juga.Lagi pun SPM orang dah pandang hari.Oleh itu bakal calon di Kedah hendaklah yg ada kelayakan lebih drp SPM.Itu kena tengok betul biarlah ada izajah tulen.Minta semua calon hantar salinan sijil asal.Jangan ada yg penipu dsbnya.Faktor teramat penting wahai Dato Bashah.

    ReplyDelete
  17. Padang Serai 3-0. Setuju. Kepala pimpinan dok kalut pasai BETNIA sahaja. Balik dari Merlimau dengar kata (sebenar betui) dok kira adjust Wanita pula dar bahagian lain. Betul tak naib...
    Maaf la, p sekali Merlimau. Sepanjang balik dok nyanyi jatuh hati kat si Wanita ni.

    Kerna Terpaksa,

    Mat Lunaih

    ReplyDelete
  18. bersamapemimpintipu said.....

    awat dia nak becinta lagi ka, biarlah klu dah ada upaya dibolehkan dia mencari jodoh lagi,klu kita minat seorg sj tak payah lah dok kacau org2 yang nak tambah zuriat,kita buat bagi bahagian kuat,terang kat akar umbi agar sokong pemimpin berwibawa selaras kehendak pimpinan negara, baguissss tu kita kali ni minta dato Bashah tengok sijil/ijazah original punya, lama ni pengundi dok kena tipu saja macm pilihanraya lepas kata calun2 kedah lulusan ekonomi lah,ijazah UKM la, MBA England la, Australia la, USA la, kena2 ijazah UTC sahaja(bas utc) yang ada

    ReplyDelete
  19. Bisikkan pada lubang telinga Dato Bashah.Saat ini ramai pelobi nak jadi calon ngaku ada ijazah piang.Sebab tu umno jadi losak binasa.

    ReplyDelete
  20. Melayu Lunas: awat dengar cerita UMNO di padang serai jadi macam itu.Sampai baca yasin dan angkat sumpah.Kenapa Rahman diam je tak buat penafian segera kalau tak betul.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.