Sepanjang jalan dari Rumah Tun Mahathir di Seberang Perak sehingga ke Hospital lama Alor Setar akan menjadi seperti Orchard Road di Singapura menjelang tahun 2012 menelan kos kira-kira RM550 juta.
Ini melibatkan projek pembangunan semula Kota Tunku Yaacob yang telah terbengkalai selama 30 tahun lebih dan telah melangkah 5 Menteri Besar sebelum Ustaz Azizan lagi. Jika Ustaz Azizan Berjaya membangunkannya ini bermakna Ustaz Azizan adalah "at par" dengan MB-MB sebelumnya.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak Razak berkata, projek pembangunan bersepadu itu melibatkan pembinaan kompleks membeli-belah bernilai RM350 juta dan kondominium (RM50 juta).
Katanya, turut dibangunkan ialah hotel 15 tingkat bertaraf empat bintang yang kemudian akan dinaik taraf kepada lima bintang bernilai RM150 juta.
"Sekiranya berjalan lancar, projek ini dijangka siap dalam tempoh 18 bulan dan ia adalah tempoh yang akan merubah wajah bandar raya ini menjadi lebih bertenaga.
"Kita menggunakan konsep pembangunan baru seperti Orchard Road di Singapura yang antara lain turut bertujuan menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke Kedah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Pembangunan semula Kota Tunku Yaacob itu melibatkan usaha sama antara Bina Darulaman Bhd. (BDB), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan syarikat pemaju Belleview Bina Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment
(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.