Pengundi Cina berasa besar kepala apabila undi mereka menjadi penentu kepada menang atau kalah calun BN. Masih samar untuk menyatakan samada hati mereka masih bersama BN atau sudah terpisah jauh di dalam jiwa mereka. Post mortem yang mendalam harus dilakukan.
Pendekatan 1Malaysia pula yang sebenarnya banyak menguntungkan mereka. Di kalangan pengundi Cina pula melihat kempen 1Malaysia hanyalah slogan politik semata-mata untuk dinyanyikan dan ditarikan. Mereka menganggap kempen 1Malaysia satu umpan kepada mereka.
Apa pun konklusi PRK Hulu Selangor ini ialah, yang banyak meraih untung ialah DAP. DAP tidak perlu meletak calun mereka di sini tetapi mereka telah berjaya mengumpul sedikit demi sedikit kaum Cina menyokong mereka.
Mereka telah mula menyerap mesej mereka ke dalam urat saraf kaum Cina. Mereka tidak perlu menang dalam PRK ini tetapi cukup berjaya jika telah dapat memecah-belahkan kaum Cina supaya tidak menyokong MCA dan Gerakan.
DAP tidak melihat hasilnya hari ini tetapi misi mereka lebih kehadapan. Apabila masanya sampai mereka akan tinggalkan PKR dan PAS.
Yang kantoi adalah Melayu.
Marilah UMNO dan Pas bersatu. Ini bukan masa kita jatuh menjatuh...jangan jadi ketam dalam baldi..
ReplyDeleteKenapa susah sangat nak bersatu????
Ini bukan masa kita berbalah....tengok cina dalam diam-diam mereka ada agenda tersendiri iaitu nak menguasai jajaran dari Singapura hingga ke Perak..
Wahai pemimpin UMNO dan Pas jangan tidur lagi...jangan kau jual bangsa dan agama Islam tercinta.. bangun bangun bangkit...