24 December, 2009

UMNO TAK BOLEH DIHARAP LAGI

UMNO yang dulu menjuarai perjuangan mempertahankan maruah Melayu dan Islam kini nampaknya tak boleh diharap lagi.

Apabila maruah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dicabar oleh Lim Kit Siang mempertikai kewibawaan kepimpinan TDM yang selama 22 tahun yang kononnya boros meleburkan RM100 billion dengan membawa segala pembangunan yang ada hari ini. Nampaknya UMNO diam sahaja.

Kepimpinan UMNO yang ada hari ini langsung tidak sensitif maruah pemimpin Melayu mereka cabar. Mereka lebih sibuk menjaga kepentingan jawatan, harta dan kuasa mereka yang hanya tinggal tidak seberapa lagi.

Jika dahulu mereka bangun bertepuk bersemangat setiap kali TDM menyampaikan ucapan dalam perhimpunan agung UMNO sehingga gegar PWTC dengan suara Melayu ketika itu, hari ini mereka seperti lemah dan longlai.

Jika dahulu perwakilan mereka bercakap berdegar-degar jika mana-mana pemimpin Melayu yang dicabar hari ini mereka langsung bisu dan kelu.

Mungkin kerana tiada apa-apa kepentingan untuk mereka lagi maka maruah TDM tidak perlu dibela lagi.

Itulah UMNO hari ini. Najib harus lah bersedia menghadapi dengan hippokrate-hippokrate ini yang sedang membodek naik asap dan mencium tangan beliau yang sedang berlegar-legar di sekeliling beliau hari ini.

23 December, 2009

Malaysia, enjin fighter jet F5E pun tak selamat tambahlah lagi enjin mesin rumput.

Pengundi tidak faham bagaimana dua enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan peralatan lain boleh lesap.

Dulu di kampong yang kerap hilang adalah enjin pam air bendang, enjin Kubota, enjin mesin rumput dan enjin mesin padi.
Enjin Vespa dan Honda Cub tak pernah hilang pasal mereka "gabuih" dengan motor-motor sekali.
Di taman-taman pula pagar besi dan penutup septik tank besi yang kerap hilang. Depa "gabuih" jual kepada hindu besi buruk. Hari ini kurang sikit berlaku kecurian tersebut kerana harga logam jatuh merudum di London Metal Exchange.
Hari ini Pengundi naik chuak dan hairan macam mana enjin pesawat tempur boleh hilang. Mesti ada broka yang dok buat kerja sebegini.
Tapi yang Pengundi hairan lagi enjin tersebut dimana mereka pasang? Tak kan lah pulak dipasang pada lori buruk atau motor kapcai mat rempit?

16 December, 2009

Bung Mokhtar belum bersedia bergomoi dengan Zizi Ezzete

Kalut dan heboh di lobi Parlimen katanya pelakon Zizi Ezzete bakal bergomoi dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar. Tetapi ini semua dinafikan oleh Bung Mokhtar.

14 December, 2009

Tahniah, 1Malaysia Lotus F1 Team

Jika Singapura baru bersaing dengan Malaysia dengan mengadakan litar F1, kini Malaysia telah mendahului Singapura dengan F1 teamnya sendiri.

11 December, 2009

JANGAN BIARKAN "ONEMALAYSIA" BERAKHIR DENGAN "ZEROMALAYS" DAN "ZEROMUSLIM"

Nampaknya akhir-akhir ini GAGASAN 1MALAYSIA telah diputar-belitkan untuk kepentingan beberapa pihak.

GAGASAN 1MALAYSIA telah menjadi peluru yang tajam untuk menembak PEMIMPIN MELAYU, KONTRAK SOSIAL, KETUANAN MELAYU DAN YANG TERAKHIR AGAMA SUCI KITA ISLAM.

Naib Pengerusi DAP, N. Kulasegaran mendapat sokongan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham telah menentang polisi KETUANAN MELAYU kerana ianya bertentangan dengan 1Malaysia.(Utusan Malaysia)

Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming hari ini mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain untuk tempoh yang sama.

Menurut Kor Ming, walaupun kerajaan menguar-uarkan slogan 1Malaysia namun adalah jelas gagasan tersebut adalah janji manis yang berupa cakap kosong sahaja. (Utusan Malaysia)

Mohamed Nazri Aziz pula menyifatkan Dr. Mahathir ketinggalan zaman dan perkauman kerana masih mahu menyimpan sukatan lama kurikulum BTN yang hanya memberi penekanan kepada kaum Melayu sahaja dan tidak mencerminkan gagasan 1Malaysia.

Apkah kerana gagasan ini juga Pengerusi PKM Chin Peng ingin kembali atau dibawa kembali ke Malaysia oleh pihak tertentu untuk bersama-sama mendukung 1Malaysia?

Kesimpulannya jika Najib tidak betul-betul kelasifikasikan definasi ONEMALAYSIA kelak ONEMALAYSIA akan berakhir dengan ZEROMALAYS dan ZEROMUSLIM.

05 December, 2009

Selamat Kembali

MT memohon maaf kepada rakan-rakan bloggers kerana tidak berkesempatan mengemaskini blog ini kerana kesibukan urusan Haji.

Ramai rakan-rakan dan jemaah-jemaah telah mula balik ke tanahair ada yang membawa seribu kenangan indah yang terpahat sehingga ke akhir hayat. Baitullah seperti melambai-lambai untuk kembali pada tahun hadapan.

Dalam pada itu tidak kurang juga kedengaran yang dah serik untuk kembali menemui Baitullah kerana episod-episod sukar yang mereka hadapi semasa mengerjakan Haji.

Dalam kata lain, mungkin hati dan jiwa mereka telah hitam pekat ditutup terus untuk cinta kepada Baitullah.