SUNGAI PETANI - Seorang pengawal keselamatan memohon bantuan dan sumbangan orang ramai yang prihatin mengenai masalah keluarganya yang memerlukan wang tambahan untuk membolehkan suaminya menjalani rawatan mencuci buah pinggang.
Pengawal Keselamatan itu, Normah Hamzah, 48, berkata, dengan pendapatannya sebagai pengawal keselamatan tidak cukup untuk menampung kos rawatan mencuci buah pinggang suaminya.
Normah berkata, suaminya, Ahmad Abdullah, 51, memerlukan rawatan mencuci buah pinggang atau hemodialisis sepanjang hayat sejak dikesan menghidap penyakit itu Januari lalu.
“Kami memerlukan RM162 untuk sekali rawatan hemodialisis itu dan dalam seminggu suami perlu menjalankan tiga kali rawatan hemodialisis yang memerlukan sekurang-kurangnya RM486 dalam seminggu untuk menampung kos tersebut.
“Sejak suami dikesan menghidap penyakit buah pinggang dan tidak mampu untuk bekerja, saya terpaksa keluar mencari rezeki sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang di sini dan keadaan bertambah susah apabila kami turut mempunyai seorang anak sindrom down yang memerlukan perhatian dan jagaan rapi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di Flat Paya Nahu 2 di sini, semalam.
Normah berkata, sejak awal tahun ini Ahmad telah menerima RM300 sebulan sebagai wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan anak keduanya, Ameeynizam, 24, yang sindrom down juga turut menerima bantuan daripada JKM sebanyak RM150 sebulan.
Namun menurutnya, wang bantuan tersebut termasuk gaji bulanannya sebagai pengawal keselamatan sebanyak RM700 tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan mingguan yang terpaksa dijalani suaminya itu.
“Ini kerana saya masih perlu menampung dua anak yang masih bersekolah dan jika suami dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan, saya terpaksa mengambil cuti dan gaji saya tidak dikira pada masa saya bercuti yang menyebabkan pendapatan bulanan kami berkurangan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, selain penyakit buah pinggang, dia turut menghidap penyakit kencing manis, jantung dan darah tinggi yang menyebabkannya tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja berat.
Menurutnya yang dahulunya pernah bekerja sebagai pemandu bas ekspres, penglihatan kedua belah matanya pada masa ini juga semakin kabur yang menyebabkannya sering terlanggar sesuatu semasa berjalan.
“Saya juga tidak mampu berjalan dan bergerak terlalu aktif kerana mudah letih dan saya berharap ada pihak yang sudi membantu menyumbangkan wang untuk saya menjalani rawatan hemodialisis dengan segera,” katanya yang mempunyai empat orang anak.
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya melalui nombor akaun Maybank 152107-993097 atas nama Normah Hamzah atau hubungi Normah di talian 013-5201474 atau terus ke rumah mereka di alamat Blok A-18, G16 Flat Paya Nahu 2, Sungai Petani.
(source Sinar Harian 5/10/2009)
Aneh bin Ajaib kerana berita yang dipaparkan bertanya MANA SI TAJUL?..
ReplyDeleteKesah mengenai Normah Hamzah yang memohun bantuan dan sumbangan orang ramai bagi membolihkan suaminya menjalani rawatan mencuci buah pinggang..Apa pun,.Suaminya telah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan anak keduanya turut menerima bantuan dari Jabatan yang sama..
Apa yang aku merasa pelik,Kenapa pula kepada SI TAJUL yang ditanyakan mengenai masaalah tersebut..Jangan pula salah tafsir,dan bukan aku bermaksud tidak bolih tanya kemana SITAJUL.
Pertanyaan tersebut apa yang aku bolih membuat penilaian sudah tentu bermaksud tidak Ikhlas dan berniat jahat..Siapa Tajul???..Beliau bukanlah Wakil Rakyat..Tetapi semalam aku dapat tahu beliau bersama ribuan penduduk Flat Paya Nahu dalam satu majlis jamuan raya di tempat berkenaan..Siapa yang tidak kenal Dato'Tajul di Flat berkenaan..Kecil besar,tua muda semua orang mengenali beliau..Dato'Tajul menjadi Idola kepada mereka..Banyak masaalah di flat berkenaan dapat di selesaikan olih Dato'Tajul..Kalau MT kurang yakin,berjumpalah dan tanya kkhabar penduduk di Flat berkenaan siapa Dato'Tajul..Dato'Tajul sering di jemput dalam perjumpaan2 penduduk disitu bagi menyelesaikan masaalah2 yang di bangkitkan..
Berbalik kepada masaalah yang di hadapi olih Puan Normah Hamzah,Kenapa MT tidak bertanya DI MANA RASHID DIN,KEMANA PULA WAKIL RAKYAT BUKIT SELAMBAU???..Bukan kah mereka ini Wakil Rakyat..Tak kan masaalah sebesar itu pun nak lari daripada tanggungjawab..Wakil Rakyat yang ada Di Merbok ini,janganlah cakap tidak serupa bikin..Rakyat sudah tentu dapat menilai siapa sebenarnya mereka..
KALAU NAK DI IKUTKAN,BETULLA APA YANG PEMERHATI CAKAP....
ReplyDeleteSaya bersetuju sangat dengan pendapat dan komen pemerhati.Memang tepat apa yang di Komen..Wakil Rakyat Parliman Merbok dan Adun Bukit Selambau buat apa..MAKAN GAJI BUTA??..
ReplyDeleteSelama Rashid Din jadi wakil Rakyat Parliman Merbok,saya belum pernah lagi nampak dia di mana2 majlis..Saya dengar2 cerita,Rashid Din takut nak berjumpa orang..Nak selesai masaalah tak bolih dan tak berkemampuan..Jadi masaalah lah macam ni..dan saya dengar cerita,Dato'Tajul pula banyak menolong orang dan macam dia Wakil rakyat pula..Inilah akibatnya kalau rakyat tersalah pilih calun...Akhirnya rakyat berputih mata...
byk ka idola kpd semua..nak termuntah aku dgr
ReplyDeleteSalam bloggers,
ReplyDeleteApa yang MT dedahkan ialah apa yang disiarkan dalam Sinar Harian. Seharusnya Ketua UMNO Bahagian Merbok sensitif dengan setiap isu yang dibangkitkan dalam bahagian beliau kerana beliau juga penyelaras Parlimen Merbok yang ada allowance khas dan di lantik oleh Kerajaan Persekutuan.
Pendeknya beliau juga merupakan Ahli Parlimen bayangan yang harus bekerja seperti wakil rakyat juga.
Jika isu ini dibangkit oleh media seharusnya beliau menjawab kepada media Sinar Harian juga.
Jangan pula nak lepas tangan dengan hanya mendengar nasihat pengampu-pengampu yang dibayar untuk keseronokan sahaja.
Berpositif la sikit...ni nak salahkan orang lain sahaja. Kalau Rashid tak buat kerja jangan kita jadi Rashid Din.
Flat Paya nahu jadikan SiKitol ni idola depa? Padanlaaaaaaa...
ReplyDeleteAku sokong kenytaan MT..
ReplyDeleteLa.. pandai la MT suruh orang positif.. yang MT tak habih habis dok bubuh Tajul . Apa tajul x buat kerja langsung ka..
ReplyDeleterashid din Buat apa..
MT,
ReplyDelete1.Bukan Tajul saja yang dapat elaun sebanyak RM5,000 +,simamak boroi Ramli Karim pun dapat juga sebanyak RM3,000+ untuk tugas tugas sebagai Penyelaras DUN.
2.Zaman BN memerintah Kedah mana ada ELAUN Penyelaras kawasan,semuanya guna duit sendiri,cukup bertuah la Tajul dan MAMAK BOROI Ramli Karim dapat duit dari Kerajaan Pusat.
3.Duit itu bukan untuk kegunaan peribadi ianya untuk disumbang dalam kes kes kebajikan sebegini
4.Hal YB Rashid Din AP Merbok dan YB Manikumar ADUN Bukit Selambau janganlah PEMERHATI dan PUNAI dok sibuk,kalau dia tak jaga kawasan dia akan lingkup dengan sendirinya.Yang penting Pemimpin UMNO KENA BUAT KERJA SEBAB MEREKA DIBERI ELAUN DAN PERUNTUKAN UNTUK MENGURUS BAHAGIAN MERBOK.
5.Dengar khabar Peruntukan Pembangunan dari Kerajaan Pusat untuk Parlimen Merbok ialah RM500,000.00 setahun,kemana duit tu pi ?Siapa yang dapat ?
6.Untung juga bila Kedah tumbang pada Pembangkang,banyak peruntukan Kerajaan Pusat datang melayang.
Pi mai,Pi mai..Merbok bangkit dok persoal Dato'Tajul tak buat kerja..Mana Merbok Bangkit tau bahawa Dato'Tajul tak buat kerja..Kerja apa yang Dato'Tajul nak kena buat..Merbok Bangkit tulung bagitau kat kawan2..Jangan lah dok pandai komen itu dan ini,pada hal tak tau nak bagi cadangan..Merbok Bangkit dok pertikai Elaun Penyelaras..Tetapi gaji dan elaun wakil rakyat dok tutuh beribu sebulan tak apa..Bukan soal depa yang nak lengkop dalam PRU 12..masaalahnya pembangkang makan gaji buta,tak buat kerja..perabih duit rakyat..Merbok Bangkit suka ke wakil rakyat macam ni,tak kesah lah samaada dia Wakil Rakyat Pembangkang atau BN..Merbok Bangkit nak komen sesuatu biarlah nampak kecerdikan sikit..Jangan pakai hentam keromo dan tak tentu pasal macam pembangkang..Semua yang Kerajaan BN buat,tidak betul..Perangai busuk hati tu,janganlah nampak sangat..
ReplyDeleteKalau MT termasuk para komen2 yang suka sangat dok menghentam Dato' Tajul dan mendakwa beliau tak buat kerja..Tulung jengok2 kat Face book Dato'Tajul dan Dari Meja Ketua Umno Bahagian Merbok..Pasal masaalah Normah Hamzah Di Flat Paya Nahu,rupa2nya Dato'Tajul dah pergi melawat kerumah mereka lebih awal lagi..
ReplyDeleteKemana perginya wakil rakyat..tak berani nak pergi melawat ke,takut kena bagi sedikit sebanyak derma..Apa komen MT dan para komen lainnya.. Dok tak apa juga ke,wakil rakyat tak ambil tahu hal masaalah rakyat..Mampoih lah macam ni..
jgn lah kacau tajul, di bnyk kja nak buat utk rampas balik kjaan kedah walaupun dia kmgkinan besar tidak mjadi clon pru13, baik mintalah bantuan pada kerajaan pas kedah kan depa jadi kerajaan, dulu umno masa jadi kerajaan kedah org pas pun depa bagi bantuan, bagi kerja, bagi biasiswa dll, jadi skg baru org ramai tau yg mna satu yg baguz, sudah tentu umno la
ReplyDeleteSalam Hormat,
ReplyDeleteUMNO Merbok hari ini berdepan satu era perang siber yang mengila yang diwujudkan di kalangan orang UMNO Merbok sendiri yang gilakan kuasa.Situasi ini dapat dinilai pada setiap artikel yang disiarkan setia hari hanyalah menfokuskan serangan secara peribadi mengenai pelbagai isu terhadap Ketua Bahagian Merbok sehinggakan ada isu-isu yang langsung tidak masuk akal turut diutarakan di laman blog MERBOK TIMES yang diterajui oleh individu berkenaan. Walaupun tempoh pemilihan dalam bahagian telah lama berlalu. Tampuk pimpinan bahagian telah bertukar tangan dalam situasi pemilihan yang mengiktiraf Ketua Bahagian sekarang diterajui oleh DTUMZ. Pimpinan baru pula telah menampakkan iltizam dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk kembali menyatukan bahagian akibat pemilihan yang mewujudkan 2 kelompok penyokong dalam UMNO bahagian. Setelah setahun berlalu kita nampak usaha yang dilakukan telah menunjukkan hasil yang positif bak kata pepatah Biduk Berlalu Kiambang Bertaut.
Dalam tempoh ini sepatutnya sesame ahli UMNO telah bersatu dan berpadu di bawah pimpinan bahagian melaksanakan agenda untuk mengembalikan kerusi yang telah terlepas kepada pembangkang. Dalam tempoh ini kita hanya berhadapan dengan pembangkang dan mendekati masyarakat khususnya pengundi untuk memenangi hati mereka. Fokus boleh terus kita tumpukan kepada kerja kita.
Namun hakikatnya tidak berlaku demikian kerana sebilangan kecil ahli ini masih menyimpan dendam yang tidak pernah kunjung padam. Malahan semakin hari dendan mereka dilihat memakin menyala. Ada sahaja perkara yang tidak kena di mata mereka lalu di hebahkan kepada umum. Maka hari ini banyak masa terpaksa kita bazirkan untuk berpolitik atau bercakaran sesama kita. Musuh-musuh diluar UMNO terus memerhati dan bertepuk tangan.
Suatu situasi yang malang kerana ketika UMNO berada dalam keadaan yang genting sedang berhempas pulas untuk berusaha mendapatkan kembali sokongan rakyat, ada sebilangan ahli-ahli yang terus-terusan mencaci , mencerca , menghina dan melemparkan pelbagai tuduhan yang tidak berasas alam media siber. Saban hari ada saja artikel yang disiarkan untuk menghentam membabi buta DTUMZ. Janganlah keranan nila setitik rosak susu sebelanga. Sehinggakan apabila Ketua Bahagian hadir daalam program menyampaikan sumbangan hari raya di hospital Sultan Abdul Halim Sg Petani menjelang Hari raya yang lepas juga dihentam habis-habisan oleh MERBOK TIMES. Apa salah beliau memakai baju melayu. Beliau melaksakan yugas yang mulia , di bulan yang mulia . bekerja untuk parti , itu adalah antara usaha untuk memenangi semula hati rakyat, selain dari banyak lagi usaha –usaha beliau yang lain yang setiap hari bekerja untuk rakyat.
(bersambung)