02 September, 2009

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok, tokoh yang berprofil tinggi

(sumber : UNIMEP)

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok merupakan seorang tokoh yang berprofil tinggi dalam bidang akedmik dan professional.

Professor Dr Ismail Daut anak jati kawasan Merbok yang dibesarkan di Abu Bakar Estate, Sungai Petani merupakan tokoh yang dilihat boleh menjiwai rakyat dan masyarakat akar umbi.

Beliau yang dibesarkan di kalangan masyarakat India dan memahami benar asam garam budaya India serta boleh berbahasa Tamil dengan lancar merupakan tokoh yang sesuai di Merbok kerana rata-rata pengundi dalam kawasan Parlimen Merbok merupakan pengundi India.

Professor Dr Ismail Daut sekarang menjawat jawatan sebagai Dekan Sekolah Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Industri Electronik di Universiti Malaysia Perlis.

Jawatan tersebut merupakan di antara yang tertinggi di mana ia memerlukan pengalaman dan kelayakan professional yang bukan tandingan.

Beliau yang sebelum ini pernah berkhidmat dengan Lembaga Letrik Negara yang sekarang ini dikenali sebagai Tenaga Nasional Bhd merupakan bekas graduan USM dan mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari University of Cardiff, United Kingdom.

Di antara kejayaan beliau dan kumpulannya ialah memenangi pingat gangsa di dalam "Anugerah Innovasi dan Rekacipta" melalui hasil kajian yang bertajuk “Power Factor Correction Converter Circuit” anjuran Malaysian Association of Research Scientist (MARS).

17 comments:

  1. Tuan Merbok Times,
    Saya berpendapat tidak ramai tokoh yang berkalibar seperti ini yang sanggup turun bersama orang ramai dan menceburi politik UMNO.
    Kerapkali merekas ini hanya di belakang tirai sahaja.
    Kelayakan Professor harus kita hargai dan beliau diberi tempat setidak-tidaknya ADUN.
    Tetapi orang yang begini kerap dicantas oleh UMNO.

    ReplyDelete
  2. Cuba tanya SB dia layak atau tidak.....

    ReplyDelete
  3. Hidup Dr. Ismail calun piihan kita semua!!!!
    tapi cuba siasat dia dah menikahkah dengan pompuan yang dia dok usong selalau tu...

    ReplyDelete
  4. jarang nampak dah la ni...
    dulu masa dekat2 pemilihan, selalu nampak..
    takut juga... bukan apa, banyak dah yang mcm tu... dah naik atas...lupa yg bawah.

    pakat2 pikiq.
    No Komen.

    ReplyDelete
  5. Sememangnya berprofile tinggi..tapi adakah pasti beliau mampu menjadi seorang pemimpin yang disegani di Merbok ...politik dan elektrik merupakan 2 bidang yang berbeza..boleh bercakap india tapi belum pasti fasih bercakap cina dan bahasa ibundanya sendiri..kita jangan pandang pada pencapaian akedemik dan kerjaya semata-mata tapi keperibadian(hidden profile) beliau adakah setanding ????%@!!!

    ReplyDelete
  6. Perempuan yang dia bawa tu bukankah bini orang lagi.......

    ReplyDelete
  7. Saya kira Merbok haruslah merasa bertuah kerana ramai pemimpin yang berkalibar dan kesarjanaan yang tinggi.
    Pucuk pimpinan atasan khasnya YAB Datuk Najib tidak seharusnya mendengar cadangan dari juak-juak AJK Bahagian sahaja yang pasti mereka akan memberi maklumat yang salah dan berrat sebelah. Kehendak rakyat di bawah harus diutamakan.
    Rakyat mahu pemimpin macam Prof Dr Ismail Daut tetapi ia disekat oleh AJK bahagian dengan berbagai alasan bodoh yg tak masuk akal.
    Jika Najib mendengar lapuran ajak Bahagian maka Najib melayan idea ajk yg tidak berpendidikan dan secara tak lansgung Najib dengar lapuran Ramli Karim SUB.
    Siapa yng bijak? Ramli Karim atau Najib atau Tajul atau Li Jerung atau Hassan Aziz atau Shukor TNB?

    ReplyDelete
  8. Dr. Mail tu mandom saja, jalan pun macam org nak rebah ,tak mungkin layak jadi calun kot....dengar kata bini dia dok meniaga di Taiping .Bole ker di nak bagi perkhidmatan yang berkesan.Gosip dia dgn bini org tu macammane? nanti susah kita nak lawan bila isu itu keluar semasa kempen.

    ReplyDelete
  9. Dengar kata program bahagian pun tak pernah Dr.Ismail turun...mesyuarat pun jarang nampak mai.

    ReplyDelete
  10. Dr Ismail Daut mempunyaai kelayakan akademik,itu betul tapi ia tidak mempunyaai ciri ciri seorang Pemimpin yang baik.Mempunyaai kelayakan akademik dan kelayakan menjadi Peminpin adalah dua perkara yang berbeza.

    Cir ciri kepimpinan yang dimaksudkan adalah:

    1.BERANI
    2.TEGAS TAPI ADIL
    3.BERILMU
    4.BERTANGGUNGJAWAB
    5.JUJUR DAN IKHLAS
    6.BUKAN SAJA BERSIH TAPI MESTI KELIHATAN BERSIH
    7.SEDERHANA DAN TIDAK MENCARI POPULAR DAN NAMA
    8.SANGGUP BUAT KEPUTUSAN DAN DECISIVE
    9.BOLEH MEMIMPIN DAN DIPIMPIN
    10.TIDAK SEPATUTNYA RENDAH DIRI TAPI JANGAN SOMBONG DAN ANGKUH

    Adakah Dr Ismail memiliki ciri ciri ini ? Ahli ahli Merbok tahu jawapannya !

    ReplyDelete
  11. Al Hambra,
    Hang betoi..Tajul Urus Mat Zain mempunyai ciri-ciri itu yang lengkap sempurna dan kacak.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kawan-kawan di Merbok ; juga kepada penggemar dan pengikut Merbok Times. Janganlah kita masukkan komen-komen atau artikel yang menyentuh soal peribadi orang, lebih-lebih kawan kita sendiri. Dalam 'kemarahan ada kesabaran'. Memang seronok kalau kita boleh 'hentam' orang ; tetapi kerana marah kita yang punca daripada perbalahan politik ditempiaskan kepada ahli keluarga orang yang kita kritik.Janganlah sampai kiat memporak-perandakan keharmonian hidup keluarga seseorang.

    Nak komen, komenlah. Tapi elaklak dari menyentuh soal-soal peribadi , di mana kekadang yang tak betul atau fitnah itu boleh dianggap betul oleh ahli keluarga seseorang.Hasilnay keretakan rumahtangga akan berlaku.

    Adakah kita mahu ini berlaku ? Adakah sampai ke tahap itu kita tergamak lakukan ? Biarlah kita sesama Islam mempunyai had dan batas ; sedar akan dosa dan pahala !

    Orang kata dalam politik musuh boleh bertukar menjadi kawan dan juga sebaliknya. Jadi bukankah aibnya bilamana kecaman kita, tohmahan kita, fitnah kita yang kita lemparkan satu ketika dahulu memalukan kita balik dan menampakkan peribadi buruk kita sebenarnya.

    Kepada MT, teruskan dengan pembentangan yang bernas, cerdik dan matang. Kepada yang memberi komen, buatlah dengan penuh tanggungjawab dan bermoral.

    Salam Ramadhan !

    ReplyDelete
  13. Anom 7:44,
    MT ingin ucapkan terima kasih di atas teguran yang bernas itu.
    Memang benar seperti yang dinyatakan Anom itu. Kita tidak melihat fokus yang sebenarnya pembaharuan dan perubahan yang ingin kita bawa serta sejarah yang telah berlalu itu sebagai pengajaran dan tanda terima kasih kepada mereka yang telah berjasa, tetapi sasaran kita ditumpukan kepada pribadi kawan kita.
    Apakah itu sebenarnya Melayu UMNO ini yang kita laung-laungkan sebagai tuan di bumi ini?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Saya sokong Dr.Ismail dan semua ketua cawangan sokong dia dan cuba pergi tanya SB tokoh dia bersih ,rajin dan sentiasa berdampingan rakyat.Mana ada AJK Bahagian yang sanggup berkorban seprti dia masa ,tenaga dan wang ringgit tidak terkira nilainya ditaburkan untuk bangsa,agama dan negara.Ketua bahagian pun tak bole lawan dia.

    ReplyDelete
  15. Lantik Dr. Ismail mangkuk hayun tu tak dan pukul 12tgh PAS dah menang dahhhhhhhhhhhhhh....
    Manusia cukup penyegan dan malas.Dia menang TKB pun kerannnna sama team dgn Datuk Tajul.Kalau tidak Syed Osman mesti menang punya.

    ReplyDelete
  16. Pelajaran saja yang tinggi, akal macam budak-budak,bercakap pun tak pandai nak bawa diri berjalan pun tak larat bagaimana nak jadi wakil rakyat.Bini dok di Taiping,dia keja di Perlis lama rebah di alor star la!!!!

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.