08 September, 2009

Mohon Biro Kebajikan UMNO Merbok tangani isu ini

(sumber Sinar Harian – 8/9/2009)
BEDONG - Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang tinggal di Kampung Kongsi 6 di sini memerlukan bantuan orang ramai bagi membolehkannya menjalani pembedahan jantung bagi menyembuhkan penyakit jantung berlubang yang dihidapinya.

Ibunya, Rosiah Din, 40, berkata, penyakit jantung berlubang yang dihidapi anak keenam dari tujuh adik beradik iaitu Nur Irma Adina Ismail itu baru sahaja dikesan beberapa hari lalu di Hospital Pulau Pinang dan doktor yang merawatnya mengatakan ada empat lubang di jantung anaknya.

“Doktor mengatakan sebanyak dua pembedahan perlu dilakukan dengan kos maksimum RM30,000 diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan untuk Nur Irma Adina menjalankan pembedahan ini boleh menyalurkan sumbangan anda melalui akaun Bank Muamalat bernombor 0202-0017593-72-0 atas nama Rosiah Din atau boleh mengunjungi rumah mereka di alamat No 63, Kongsi 6, Bedong, Kedah atau menelefon mereka menerusi talian 012-4919872.

Kampung Kongsi 6 terletak dalam Bahagian merbok. Diharap sebelum PAS ambil isu ini pihak UMNO Bahagian Merbok perlu memberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Biro Kebajikan UMNO Bahagian Merbok harus tampil mendahului isu ini.

7 comments:

  1. Mie Kongsi 6 blh ambik tindakan cepat..lgpun dia keja ngan Tajul kat pej UMNO. Xkan nak biaq kot


    Ahli Jilid 3

    ReplyDelete
  2. Bukan ka azmi yang tinggal d kongsi 6 tu adalah jkkk di situ?? Dok tunggu apa lagi.masa ini la masyarakat sekeliling nak tengok kita buat kerja.

    Kalau sembang deras.menyanyi karaoke laju..kerja macam taik.

    ReplyDelete
  3. Anak mi tu pun buakn puteri ka..tak kan tak buleh tolong apa kot,..keja tak buat jawatan mau .. anak pak sama saja..wayang pandai.

    ReplyDelete
  4. kalau setakat nk ckp dlm ni sapa2 pun boleh ckp.. klu berani p la bersemuka tnya... semua perbelanjaan perubatan dh di cover oleh insurans.. jkkkp dh sain semua borg... klu nk suruh jkkkp tlg semua gaji kena RM 20000 la sbln... lg pun org yg nk mintak bantuan tu pun masa Pilihanraya kecil Bkt Selambau dk bwk bendera BEBAS!!!!

    ReplyDelete
  5. aku nak habag kat hampa bg pihak mi kongsi 6...
    mi dah pi jumpa din lama dah sebelum isu ni hampa semua tau,din habag semua kos rawatan takaful insuran dah tanggung dan mi yang tolong tandatangan semua surat sokongan.bandar baru yang hang dok kata depa pandai wayang...hang apa tau,hang dah pi jumpa din tu ka....kita kalu nak bcakap biag tau fakta dulu...

    ReplyDelete
  6. sebenarnya kami di kongsi 6 ni lebih kenai ismail ni,cba tanya dia knapa org kampung tak berapa nak peduli kat dia...tiap kali ada majlis di kampung tak kirala majlis anjuran sapa dan yang terbaru sebelum ni majlis perkim pasai pa dia dok buat kecoh...abih org kampung pakat dok malu...masa PRK bukit selambau awat pi pasang bendera bebas keliling umah dia..cba tanya dia apa punca pendapatan dia...dari dia abih sekolah dulu tadak satu kerja pun dia buat sampai la ni..cba tanya dikongsi 6 sapa pcaya kat mail ni klu bab duit...berapa org dah kena tipu ngan dia...org semua kesian kat anak2 dia tp bila kenang perangai dia tu yang org tak berapa mau nak tolong...cba tengok kot kedai2 cina tmn.bandar baru apa dia dok buat petang petang hari sabtu,ahad ngan rabu...tak pernah sekali pun kenduri-kendara dia dok pi tolong sama....hampa pakat pi tanya mail tu tgk dia jawab pa......

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada JKKP Kampung Kongsi 6,
    Ternyata tuan tahu apa sebenarnya berlaku di kampung tuan.
    Beginilah kiranya JKKP yang kita mahu. Ada sikap kepimpinan dan tahu segenap aktiviti apa yang terjadi dalam kampungnya.

    Sekalung Penghargaan.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.