15 August, 2009

Kepimpinan UMNO Merbok seperti ULAR SAWA tiada gigi

Berikut ialah satu lagi pembongkaran yang dibuat oleh seorang bloggers yang menggelarkan dirinya sebagai ”jilid 3 ban Merbok”.

Jika ini ternyata betul dan terbukti bermakna UMNO Merbok dibawah Tajul Urus memang seperti ular sawa tiada gigi. Ular Sawa yang suka membelit dan akan menelan mangsanya hidup-hidup tanpa ada belas kasihan.

Berikut adalah pendedahan beliau :

jilid 3 ban merbok said...

AHLI UMNO MERBOK TERTIPU ATAU DITIPU ?

Kulit Buku Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Merbok cukup HEBAT, ditampal dengan gambar YAB Tajul Urus dan YB Dato Noh Omar. Adakah ahli-ahli UMNO meneliti Penyata penyata yang dilampirkan didalam buku tersebut ? jawabnya-- tidak, kalau ada pun berapa kerat sahaja yang betul-betul baca, faham dan menghayatinya !

PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2008 amat keliru dan mengundang banyak soalan, andaian dan mungkin berlaku PENIPUAN.

Contoh 1 :
Pendapatan Sewa tahun 2007 RM 72,000.0 Pendapatan sewa tahun 2008 RM 66,000.00 Terdapat perbezaan kekurangaan sebanyak RM 6,000.00 Sebenarnya pendapatan sewa yang diperolehi dari Pelita Nasi Kandar ialah sebanyak RM 15,000.00 sebulan dan dibahagi dua di antara Bahagian Sungai Petani dan Merbok.
Ini bermakna tiap-tiap Bahagian akan dapat RM 7,500. 00 sebulan (RM 7,500 KALI 12 BULAN = RM 90,000.00).


Sepatutnya Bahagian Merbok kena menunjukan RM 90,000.00 dalam ruang pendapatan sewa dan bukannya RM66,000.00.
PERSOALANNYA KEMANA PERGINYA WANG SEBANYAK RM 24,000.00 ?


Contoh 2:
Perbelanjaan untuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri tahun 2007 RM 23,880.00, Tahun 2008 tiada sebarang perbelanjaan, Mustahil ?

Nota 6 Perbelanjaan Pergerakan Wanita ,Pemuda dan Puteri tahun 2007 ialah:

Wanita RM 6,900.00
Pemuda RM 2,300.00
Puteri RM 14,680.00
Jumlah RM 23,880.00

Betul ka Puteri dapat peruntukan sebanyak RM 14,680.00?
JAWAPANNYA TIDAK! INI SATU PENIPUAN.


Contoh 3 :
Nota 7 - Lain-lain Perbelanjaan RM 78,318.50, apa yang dibelanjakan tidak diperincikan. Kemungkinan wang ini lesap dibelanja di BANDUNG ?
(August 15, 2009 3:31 PM )

7 comments:

  1. Sejauh benar harus disiasat sampai lubang cacing sebelum menuduh.

    ReplyDelete
  2. Mummy ,

    Ini bukan soal tuduhan,semua fakta diambil dari penyata kewangan Bahagian Merbok.

    Mummy boleh cross check dengan sahabat sahabat Mummy diMerbok,antaranya Syed Osman Syed Mansor,mantan Setiausaha Bahagian,Cikgu Mohd Khir Awang,mantan Setiausaha Bahagian,Zahran,Cikgu Mahmud Omar mantan Timbalan Ketua Bahagian,Karim Ali mantan Ketua Pemuda,Dato Rosnah Majid mantan Ketua wanita dan ramai lagi.

    Mummy,tolong sampaikan maklumat ini kepada rakan mummy dalam SPRM dan minta mereka bertindak,datang kePejabat UMNO MERBOK dan amabil keterangan dari Pegawai pegawai yang terlibat membuat penyata kewangan .

    ReplyDelete
  3. Mummy, SPRM dah tak mau siasat lagi kes dalam parti politik, tak tau le kalu Mummy dah jadi KP SpRm.

    Perkara ini dah lama berlaku, tapi paham2lah kut.

    ReplyDelete
  4. Dakwaan sebegini hendaklah diberi perhatian yang serius.Siasatan segera secara telus dan bebas adalah amat perlu.Pihak yang mendakwa disarankan menyalurkan maklumat dan bukti kepada Perhubungan UMNO negeri dahulu sebelum melibatkan pihak luar.

    ReplyDelete
  5. Cek takleh nak tolong lah kalu lagu ni punya cherita..

    ReplyDelete
  6. Nash,
    I would rather agreed with your idea. This is a very serious case as it involve the integrity of not only Merbok UMNO Divison but UMNO at large.
    Get clean up now rather than sweep this under the carpet and it is useless when this issue crops up near he general election.

    Persoalannya bagaimana penyata keewangan ini boleh diluluskan samaada ianya beraudit atau tidak?

    Bagaimana boleh dibentang didalam mesyuarat begitu sahaja?

    ReplyDelete
  7. Itulah keje penulis blog yang professional?Macam perangai Pak Lah juga tubuh SPRM pas tu tuduh pula org Melayu!Org Cina dok ketawa lihat kebodohan org Melayu yang sudah berpecah dua .Kita report org kita tapi org cina sama-sama depa dok tulong jaga tak kira parti masing-masing tolong cover.Kita sama-sama Melayu bercakaran nak tunjuk depa baik dan bersih dan sanggup bunuh bangsa sendiri asalkan dapat sampai cita-cita .

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.