15 August, 2009

Ahli UMNO Merbok tertipu

(lakonan semasa pilihanraya kecil Bkt Selambau)

Mana satu aktiviti pribadi mana satu aktiviti parti?

Menyingkap sisipan laporan aktiviti UMNO Bahagian Merbok dari Januari 2009 hingga Jun 2009 yang dibentang semasa Mesyuarat Perwakilan Bahagian baru-baru ini ternyata laporan tersebut sekadar melepaskan batuk ditangga.

Yang lebih melucukan ialah lampiran ”Keratan Akhbar dan Maklumat dari Blog Ketua Bahagian” semua yang dipaparkan adalah aktiviti lawatan peribadi Ketua Bahagian, Tajul Urus Mat Zain bukan UMNO Bahagian untuk menafaat ahli-ahli UMNO dalam Bahagian Merbok.

Blog ”Dari Meja Ketua UMNO Bahagian Merbok” tidak pernah ”up to date” dan dikemaskini dengan maklumat-maklumat semasa. Berita-berita yang dipaparkan seperti Ketua Bahagian menunggang motor semasa pilihanraya kecil Bukit Selambau sudah basi dan menjadi bangkai.

Disarankan kalau malas untuk ”update blog” lebih baik jangan buka blog kerana ia hanya memalukan warga bloggers.

”Orang blog depa pun nak blog, tapi tak faham apa itu blog?” kata salah seorang ahli UMNO muda Merbok yang ditemui.

Jika maklumat ”half past six” sebegini yang diketengahkan ianya amat memalukan UMNO Bahagian Merbok dan amnya ahli-ahli UMNO di dalam Bahagian Merbok yang dahagakan aktiviti dan bimbingan dari kepimpinan AJK Bahagian.

Kesimpulannya ahli-ahli UMNO cawangan telah tertipu dengan janji-janji manis Ketua Bahagian, Tajul Urus Mat Zain semasa berkempen untuk bertanding dalam pemilihan Ketua UMNO Bahagian menentang Dato’Arzmi yang lepas.

15 comments:

  1. Blog tu patut tutup saja. Sebab tak ada info apa-apa pun.

    ReplyDelete
  2. AHLI UMNO MERBOK TERTIPU ATAU DITIPU ?

    Kulit Buku Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Merbok cukup HEBAT,ditampal dengan gambar YAB Tajul Urus dan YB Dato Noh Omar.

    Adakah ahli ahli UMNO meneliti Penyata penyata yang dilampirkan didalam buku tersebut ? jawabnya tidak,kalau ada pun berapa kerat sahaja yang betul betul baca,faham dan menghayatinya !

    PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2008 amat keliru dan mengundang banyak soalan,andaian dan mungkin berlaku PENIPUAN.

    Contoh 1.

    Pendapatan Sewa tahun 2007 RM 72,000.0
    Pendapatan sewa tahun 2008 RM 66,000.00

    Terdapat perbezaan kekurangaan sebanyak RM 6,000.00

    Sebenarnya pendapatan sewa yang diperolehi dari Pelita Nasi Kandar ialah sebanyak RM 15,000.00 sebulan dan dibahagi dua antara Bahagian Sungai Petani dan Merbok.Ini bermakna tiap tiap Bahagian akan dapat RM 7,500. 00 sebulan (RM 7,500 KALI 12 BULAN = RM 90,000.00).

    Sepatutnya Bahagian Merbok kena menunjukan RM 90,000.00 dalam ruang pendapatan sewa dan bukannya RM66,000.00.PERSOALANNYA KEMANA PERGINYA WANG SEBANYAK RM 24,000.00 ?

    Contoh 2

    Perbelanjaan untuk Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri tahun 2007 RM 23880.00,Tahun 2008 tiada sebarang perbelanjaan ,Mustahil ?

    Nota 6 Perbelanjaan Pergerakan Wanita ,Pemuda dan Puteri tahun 2007 ialah:
    Wanita RM 6,900.00
    Pemuda RM 2,300.00
    Puteri RM 14,680.00
    Jumlah RM 23,880.00

    Betul ka Puteri dapat peruntukan sebanyak RM 14,680.00 ? JAWAPANNYA TIDAK INI SATU PENIPUAN.

    Contoh 3

    Nota 7 Lain lain Perbelanjaan RM 78,318.50,apa yang dibelanjakan tidak diperincikan.Kemungkinan wany ini lesap dibelanja diBANDUNG ?

    ReplyDelete
  3. Jilid 3 Ban Merbok,
    Syabas! pendedahan ini cukup telus dan tepat!Nampaknya ahli UMNO Merbok ditipu lagi. Inilah kalau tuan-tuan pilih musang berbulu ayam jika tidak dibendong habis ayam satu reban dimakan musang ini.
    Tajul dan AJK yang ada harus diubah sebelum PRU13 ini.
    Jika tidak jangan harap Merbok akan kembali kepada BN dan UMNO.
    Shapie Apdal yang bertanggung jawab di Kedah harus menangani isu pembongkaran penyata kewangan ini dengan segera!!!!!
    Jangan dok percaya pada Pak Mentua Shuib Lazim yang Tajul dok bodek sekarang.

    BUNGKUS TAJUL UNTUK SELAMAT MERBOK!!!!

    ReplyDelete
  4. Perbelanjaan Pu3 Rm 14, 680???
    Pu3 anak emas bahagian Merbok ka??

    ReplyDelete
  5. Amat malang sekali apabila terdapat segelintir pemimpin di peringkat bahagian tidak jujur dan amanah yang mempunyai agenda peribadi bukannya untuk berkhidmat kepada rakyat.Ahli-ahli UMNO wajib bangkit membuat perubahan dan menukar pemimpin sebegini daripada terus merosakkan perjuangan suci parti jika mahu terus relevan dan diterima oleh rakyat pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  6. AWAT depa bagi kat PEMUDA rm23oo saja......tak ngam kot.....PUTRI WOW...rm14600(ade cerita baguss ke..dengar kata ramai yg rambut blone..perang le!!!!ngacam ketua Bahagian kot........Wanita rm6900 sebab anggok2 dan geleng2 dgn ketua bahagian.............

    ReplyDelete
  7. Puteri merbok semua cun2 kot,tu pasal la ketua bahagian 'sayang' sangat..pandai ambik hati,lemah lembut..kalau tak mana mungkin bawa p Bandung skali..ish..ish..ish..memang sayang sungguhh.

    ReplyDelete
  8. Untuk pengetahuan ini adalah blog penulis yang dilahirkan hasil pernikahan anak luar nikah antra ibu dan bapa dia yang hidup bersekedudukan lebih 3 bulan .Nak tahu sapanya akan saya dedahkan dlm masa 3 hari lagi.MELETUP SELURUH MERBUK DAN MALAYSIA.Saya bagi hint dia adalah ahli UMNO yang kecewa kerana Dato Mi kalah pertandingan dulu.Nak tahu tunggu 3 hari lagi.

    ReplyDelete
  9. blog ni melampau sangat !!!!! kalau dah kecewa sanagt tunggulah pemilihan yg akan dtg.Sabarrrrr.Kita amalkan demkrasi berilah peluang pada mereka yang menang.Awat hang pa tak percaya pada Qada dan Qadar tuhan ?

    ReplyDelete
  10. Semasa persidangan dulu kenapa tak tanya soalan.Sebenarnya penulis terlalu kecewa.Kalau betul-betul ikhlas dtg pejabat UMNO dan jumpa setiausaha dan dia kan perjelaskan satu persatu.Usahlah nak hentam kepimpinan sekarang.PRU 13 UMNO masih terlalau sukar sebenarnya.Marilah kita sama-sama bersatu dan lupakan sengketa.Banyaklah berzikir agar Tuhan memberi hidayah dan kekuatan kepada kita semua.Ingat kerja -kerja Tuhan jnganlah kita nak lakukan nti gila dan jadi sasau susah nanti.

    ReplyDelete
  11. Biar Major Anuar tu gila talak sorang dia.Manusia yang paling gilaaaaa di Merbuk itulah dia Major Anuar.Muka tak malu masa persidangan umno bahagian dok sibok-sibok dtg buat apa. Hoi major keparat sedarlah hang tu dah keluar dari UMNO!

    ReplyDelete
  12. Dinjj bodoh..dia mai tu nak tgk kebodohan UMNO Merbok handle mesy...dia nak mai gelak ja tgk pengrusan baru UMNO Merbok..memang teruk gila...haahaaaa padam muka..

    ReplyDelete
  13. Hangpa jangan la dok kata kat Maj Anwar , berdosa tau. Dia la ni dok buat umrah di Mekah.Biar dia cari pahala sikit. Kita di sini dok cari dosa buat apa.
    Aku pun jumpa dia masa mesyuarat bahagian baru ni. Awat bahagian tak mau terima dia balik masuk umno? Kerana dosa jadi calon bebas kot ?
    ada sorang lagi balaci dia. dia ni pun kena buang dari umno. isteri dia pun sama. tapi tak boleh buat apa sebab ajk wanita, perunding kanan kpada ketua wanita. Mampuih merbok macam ni. Dah la terok.ni timbalan wanita pula letak jawatan. dia lawyer,cerdik,hebat TAPI tak tahan dengan wanita dan bahagian. aku pun kalau jadi dia, aku lari awai-awai lagi.
    Ingat ooi, pilihanraya 13. jangan dok syok sendiri saja. Mamak S/U buat kerja elok2, gaji beribu-ribu, buat kerja untuk bahagian dan cawangan2 BUKAN untuk ketua. jangan jadi 'b'
    pukul 'r'. hangtu bukan rekod baik sangat.Kalau zamn Tok Mie, tobat hang tak jadi SU. Enggang sama enggang, pipit sama pipit.
    Wallahuallam.

    ReplyDelete
  14. Sebenarnya bukan ahli Umno merbok tertipu. Sebenarnya ahli Umno merbok bodoh dan tak tahu menilai. Perwakilan lapar duit. Ahli Umno merbok dari golongan papa kedana. Bila lihat DUIT, kelam mata. Pilih sapa yang bagi lebih. 10% sahaja perwakilan tahun lalu yang tidak di pengaruhi DUIT. Inilah akibat apabila ekonomi lemah atau perkataan lain miskin, senang kena beli. Sebenarnya proses ini tetap akan berulang dan akan terus berulang. Nasib la....dah bodoh nak buat cam mana.

    ReplyDelete
  15. Awt cerdik sangat ke hang nie dok kata org bodoh.Inilah tanda -tanda Melayu akan hilang di dunia ini kerana asyik bercakaran dan suka mengaibkan org lainnn.Org macam ni patut balik jilat pungkok... babiiiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.