29 August, 2009

Merbok dalam Sejarah Bahagian 6- Pengunduran Tun Daim, dalam "Kilat ada Kilau"




Tindakan Daim untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Merbok walaupun mendapat pencalunan yang banyak dari cawangan-cawangan dan mendapat desakan dari akar umbi untuk beliau terus kekal di Merbok telah menimbulkan berbagai spekulasi.

Yang tersurat ialah Daim tidak mahu ada perpecahan kesan dari pertandingan itu kelak. Ini dapat dilihat sehingga sekarang apabila berlaku sahaja pertandingan merebut jawatan khasnya di dalam UMNO yang pasti maka berlakulah puak-puak, kumpulan-kumpulan dan perpecahan yang tidak berkesudahan.

Pemimpin yang mengambil alih jawatan tidak mendapat sokongan yang ”solid” dari ahli-ahli kerana ada sahaja duri-duri yang akan mengambil kesempatan melaga-lagakan pemimpin untuk kepentingan peribadi mereka.

Malah yang lebih mendukacitakan lagi akibat dari berpuak-puak ini akan berlaku kumpulan-kumpulan yang keciwa yang melampau serta tidak berpuas hati akan membocorkan semua rahsia parti dan memburukan pribadi rakan kepada parti lawan dan isu ini akan menjadi modal pembangkang sehingga UMNO kalah dalam pilihanraya.

Peribahasa Melayu yang indah yang sering dilaungkan sebelum bertanding ”Biduk Berlalu Kiambang Bertaut” tidak berlaku di dalam UMNO malah dalam masyarakat Melayu sendiri.

Malah yang sedihnya Kiambang dibawa arus deras jauh sehingga terus mati berkaparan. Apa yang sering menjadi amalan mereka ialah "Tidak Dapat Kepala Telinga dipulas". Inilah yang berlaku dalam politik UMNO Merbok khasnya dan UMNO amnya.

Walaubagaimanapun ada juga cerita-cerita disebalik isu ini dan cakap-cakap yang mengatakan ada tangan-tangan tersumbunyi yang tidak suka kepada Daim kerana isu projek Jerai International Park yang ditentang oleh Daim ketika itu kerana akan menjejaskan lestari gunung yang tertinggi di Kedah itu.

Pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan Daim dan berkepentingan telah ”planted” Tok Non untuk menjatuhkan Daim di peringkat UMNO Bahagian sebagai strategi awal sebelum dijatuhkan diperingkat nasional.

Walaubagaimanapun Daim tetap meneruskan khidmatnya di Merbok sebagai Ahli Parlimen yang berkesan dan terus menyalurkan peruntukan-peruntukan dan sumbangan pribadi beliau seperti biasa melalui pejabat Tuan Syed Amin Al Jeffri di Sungai Petani dan diuruskan oleh Pak Hassan Shafie bekas Setiausaha Kerja UMNO Bahagian.

Pada awalnya ada juga isu berbangkit mempersoalkan mengapa Daim tidak menyalurkan peruntukan beliau untuk diuruskan dan diagihkan melalui UMNO Bahagian Merbok?

Sebagai pemimpin yang berpengalaman dan pengurus keewangan yang bijak sebab utama Daim tidak menyalurkan peruntukan beliau melalui UMNO Bahagian kerana khuatir peruntukan ini akan digunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik UMNO sahaja.

Manakala hakikat yang sebenarnya ialah peruntukan ini harus disalurkan untuk keseluruhan rakyat dan pengundi di dalam Parlimen Merbok kerana yang mengundi beliau terdiri dari rakyat atas pagar, NGO yang rata-rata bukan ahli UMNO tetapi penyokong Kerajaan @ "the silent voters".

Walaubagaimana berjasanya sesorang itu kepada UMNO pun seperti Tun Daim Zainudin masih ada dendam-dendam kesumat yang penuh keiblisan di dalam diri mereka. Pelakon-pelakon dan hippokrate ini boleh menyerupai bebagai-bagai wajah seperti Ketua UMNO Merbok dan kuncu-kuncunya yang ada sekarang.

Next entry : Bahagian ke 7-Sinonim Daim di Merbok -Tun Daim Merbok, Merbok Tun Daim

9 comments:

  1. Awat romli karim sub merbok diam membisu saja. tak mau berkata apa-apa ka,kalau tak banyak idea yang hendak diulas. Biasanya kalau dia buka mulut, dia sorang saja yang bercakap orang lain jangan harapla nak masuk daun. jawabla romli, jangan dok panas kerusi dibilik sub saja. Jawab jangan tak jawab.

    ReplyDelete
  2. Dia mana reti..yg dok jwp ni lee jerung ja..br 2,3 ni dok asyik usung laptop ja..tp reti ka dia guna...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum
    YAB Tun Daim adalah seorang pemimpin bukan ketua.Tanpa jawatan seseorang yang berkreteria sebagai pemimpin dihormati dan diterima oleh orang bawahan atau rakyat.Seorang yang berjawatan Ketua belum tentu boleh menjadi pemimpin. Seseorang pemimpin sanggup berkorban dan mempunyai perancangan dan pandangan jauh untuk kesejahteraan rakyat yang dipimpin dan diwakilinya.Tindakan YAB Tun Daim tidak mempertahan jawatan Ketua Ketua Bahagian pada masa itu ialah untuk mengelakan perpecahan dlm Umno Merbok.Selepas pertandingan antara Dato Badri Yunus yang ditunjuk oleh Tun Daim dgn Allahyarham Dato Zainol Johari yg juga ditunjuk oleh seseorang sehingga kini Umno Mtidak pernah harmoni.Sayugia diingatkan yg penting ambillah iktibar dari sejarah kejatuhan sesebuah tamuddun bangsa lain untuk dijadikan panduan.Apakah Umno yg yg ditubuh diIstana Johor pada 14 Mei 1946 akan hampir garis kehancuran dlm waktu yg cukup hampir.... muhassabahlah kita semua....

    ReplyDelete
  4. Selamat Berpuasa

    Untuk renungan semua/cuba fikirkan.Guna akal fikiran jangan guna emosi dan nafsu.

    Pemilihan Ketua bahagian antara Dato Badri Yunus dan Allhyarham dato Zainol Abidin Johari.
    - Dato Badri di tunjuk oleh Tun Daim
    - Dato Zainol ditunjuk oleh seseorang diperingkat pusat. ( Nota :Surat yg berkaitan dgn pemilihan disalinkan kpd seorang pemimpin pusat)
    - Pemilihan selepas itu antara Dato Arzmi Hamid dan Dato Badri Yunus.
    - Allahyarham Dato Zainol memberi laluan dan menyokong Dato Arzmi Hamid.Beliau meminta semua penyokongnya menyokong Dato Arzmi Hamid.Keputusannya Dato Arzmi Hamid menang.
    - Selepas itu Dato Arzmi Hamid dilantik menjadi Setiausaha Politik kpd Tun Daim.
    - Beliau juga dilantik sebagai Senator dan dipilih sebagai ADUN Tanjung Dawai selepasa itu.
    - Lojik politik - tanpa sokongan Dato Zainol dan penyokongnya, Dato Arzmi tidak akan menang. Mengapa Tun Daim lantik Dato Arzmi yang disokong kuat oleh Dato Zainol dan orang2nya sebagai SETPOL pada hal Dato Arzmi adalah ORANG Dato Zainol yang menyebabkan Tun Daim tidak mempertahan jawatan Ketua Bahagian.

    - Itulah politik namanya dan kita juga harus ingat bahawa - Rezeki,jodoh,hayat maut dan tanah kubur hak ALLAH tetapi harus ingat jawatan adalah rezeki yg ALLAH bagi pinjam sudah tentu akan dianbil balik jika kita amanah,tidak bertanggungjawap. Yg Peliknya ada orang UMNO merasakan apabila mereka memegang jawatan mereka tidak ada dosa dan boleh buat apa pun untuk kepentingan mereka. Renungkalah ..... Untu Agama,Bangsa dan Kampong halaman kita.

    ReplyDelete
  5. Merbok Times,
    1.Saya ingin ucapkan tahniah kepada blog anda di atas usaha anda untuk mengenang kembali pemimpin-pemimpin yang telah banyak berjasa kepada UMNO Bahagian anda.

    2. Sesungguhnya inilah caranya kita menyingkap kembali peranan-perana mereka yang lepas agar generasi muda hari ini mengenali sejarah kawasan yang sebenarnya.

    3. Jika ini tidak dilakukan mereka akan cenderung kepada pembangkang dan akan tertanam di dalam kotak pemikiran mereka bahawa pembangkang lah yang telah membawa perubahan hari ini.

    4. Walaubagiamanapun ingin saya cadangan Blog Merbok Times ini disebar meluas kepada anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit Ketua-Ketua Cawangan di dalm Kawasan Merbok ini termasuklah golongan-golongan muda.

    5. Ini kerana merekalah yang bakal mengambil alih kepimpinan di Merbok kelak. Yang dah dewasa dan berumur mungkin agak jauh pengetahuan mereka dalam dunia internet.

    6.Peningkatan pelawat blog anda yang pesat menunjukkan blog anda telah berjaya memikat baik kawan dan lawan.

    7. SYABAS MERBOK TIMES!!Teruskan berblogging walau menghadapi berbagai cabaran yang mendatang.

    Ikhlas rakan bloggers : www.semut-gatai.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. begitulah sepatutnya,yang lama jangan dilupa.terus menjadi kenang-kenangan.barulah Malaysia aman dan damai

    ReplyDelete
  7. Bismilahhiramanirrahim.

    Didoakan semua dlm keadaan sihat sahaja dan selamat berpuasa.

    Syabas Merbok Times kerana membuka mata dan minda dengan mencetuskan sejarah Parlimen Merbok atau UMNO Merbok yg dibina oleh pemimpin terdahulu untuk kita kecapi sekarang. Yang tua dihormati yg muda dikasihi.

    Banyak lagi sejarah yg tersimpan dlm lipatan.Kepada pemimpin muda ambillah iktibar sejarah lalu untuk dijadikan panduan dan pedoman.

    Merbok Time, banyak lagi input,boleh kita kongsi. Syabas...Kawan Lama Merbok 82.

    ReplyDelete
  8. Tok mi janggut dan Mail salaAugust 31, 2009 at 12:46 AM

    Janganlah dok cerita sejarah sangat......ceritalah tentang pembangunan rohani dan jasmani.Negeri dan kuasa politik nak boleh kat org dah.Kita dok gaduh sesama sendiri.Mailah kita sama-sama bermuhasabah sesama sendiri dan terimalah hakikat akan kelemahan diri sendiri dan jangan suka dok cari kesalahan org.Kaum pendatang dok gelak tak kering gusi melhat kebodohan org Melayu .

    ReplyDelete
  9. Bila la yang mail sala terbabit dalam politik merbok ni..dia ada dalam cawangan mana2 ke dalam Bhg. Merbok ni...????@@ atau hanya menumpang glamour nama Tok Mi Janggut..

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.