26 August, 2009

Merbok dalam Sejarah Bahagian 3- Rosnah Majid menerajui wanita Merbok

Kemenangan Rosnah Majid menerajui wanita UMNO Merbok telah membawa satu perubahan yang drastik bagi pergerakan wanita bahagian.

Ketokohan dan ketegasan beliau diterjemahkan secukupnya sepanjang memimpin wanita. Dahulunya wanita dilihat lebih pasif, konsevatif dan menjadi hanya followers kini tampil dinamik berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama lelaki di bahagian.

Ekoran dari ketegasan dan kelantangan beliau seringkali membuat kepimpinan bahagian sentiasa "alert" dan tidak lena tidur.

Walaubagaimanapun tidak ada pergeseran besar sehingga membawa kepada perpecahan diperingkat akar umbi seperti sekarang.

Tetapi malangnya sekarang ini kepimpinan wanita bahagian kembali mandom, letih, lemah dan longlai. Mereka berada dalam zon selesa, diperalatkan dan menjadi pak turut yang setia kepada Ketua Bahagian.

13 comments:

  1. Salam,

    Satu paparan sejarah yang menarik, kawan setuju pandangan tuan, kebanyakan sayap-sayap parti UMNO Bahagian adalah yang ditunjuk oleh Ketua Bahagian dan perlu mengubah corak kepimpinan sebegini kalau mahu terus diyakini.

    ReplyDelete
  2. Saya nak cadangkan penulis blog ini kalau betul2 ikhlas nak perjuangkan UMNO istiharkanlah diri sebenarnya.Jangan hanya nampak kesalahan org lain dan tak mau mengaku keslahan diri sendiri.Fikirkanlah bagaimana nak majukan diri sendiri,keluarga dan bangsa serta agama Islam dari membuang masa .sikap anda seolah-olah tak percaya qada dan qadar tuhan.....menentang takdir bermakna anda melawan kehendak tuhan....

    ReplyDelete
  3. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yg mengubahnya...jadi tak salah jika kita menegur untuk tujuan yg baik dan berharap agar sesiapa yang ditegur dapat berubah ke arah yang lebih baik,kita hanya manusia biasa,pasti tak akan lepas dari melakukan pelbagai kesalahan,namun jangan diulangi kesalahan yang sama,kelak orang tidak akan mempercayai kita lagi...

    ReplyDelete
  4. Menegur untuk membina Alhamdulillah bagus.Tapi jika ada agenda lain hanya tuhan saja yang tahu.Hati-hatilah kerana tuhan adalah hakim yang terakhir yang menentukan kita semua.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh juga.

    ReplyDelete
  5. hang nadim,
    Awak bercakap tentang takdir Allah. Awak seolah-olah cuba menidakkan sejarah dan ingin lari dari iktibar dan pengajaran yang lepas.
    Apakah awak telah lupa bahawa di dalam Al Quran juga memaparkan cerita-cerita dan kejadian-kejadian yang lepas yang menimpa para rasul dan nabi?
    Semua kejadian yang lepas di dalm AlQuran adalah untuk kita jadikan iktibar dari apa yang telah berlaku kepada kaum-kaum yang lepas supaya jangan kita ulangi.

    Merbok Times adalah warga Merbok, pengundi Merbok, rakyat bawahan dan hamba pecacai UMNO Merbok yang sentiasa mengikuti perkembangan sejarah dan susur galur perjuangan Melayu amnya dan secara kebetulan banyak mengikuti perjuangan tokoh-tokoh politik yang lepas.

    Yang sebenarnya banyak fakta-fakta ini diperolehi dari sebahagian kajian untuk tesis Merbok Times.

    Suara di blog ini adalah suara rakyat bawahan yang sentiasa dipandang sepi oleh pemimpin atasan. Jika pemimpin atasan selama ini tidak pernah mengenali siapa Merbok Times mengapa hari ini Merbok Times perlu tampil memperkenalkan diri?

    "I'M THE VOICE OF THE PEOPLE AND I'M NOT GOING TO UNMASKED MYSELF"

    Apakah kerana pemimpin ini merasa tergugat dengan suara-suara rakyat di blog ini sehingga mendesak Merbok Times memperkenalkan diri?

    Untuk makluman, Merbok Times akan dedahkan banyak lagi fakta-fakta sejarah Merbok yang di dalam arkib Merbok Times untuk dijadikan iktibar kepada generasi muda hari ini yang rata-rata banyak bersumberkan maklumat dari internet. Agar mereka jangan jadi seperti pemimpin UMNO Merbok yang korup seperti sekarang.

    Merbok Times akan terus bersuara, berblogging walaupun pahit dan terkena batang hidung mana-mana pemimpin.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Syabas Merbok Times

    ReplyDelete
  7. Salam Sejahtera.

    Hajjah Hanisah ,Hajjah Embun Awang, Dato Hajjah Rokiah,Hajjah Jamriah Yusuf,Hajjah Che Su Bedong,Hajjah Jamilah Gurun,Hajjah Huriah Hussin dan banyak lagi antara pemimpin Wanita terdahulu yang bagitu gigih berusha merapatkan saf kepimpinan bahagian dengan akar umbi melalui berbagai program. Setiap idea untuk mengadakan program datang dari kepimpinan yang berkesan,cergas,pantas bertindak dan mempunyai sensiviti yang tinggi. Perlu mendapat pandangan akar umbi bukan pandangan 2 atau 3 orang dikeliling yg mempunyai kepentingan peribadi bukan kepntingan WANITA UMNO MERBOK. kepimpinan Wanita juga semestinya menghormati akar umbi kerana kepimpinan dipilih oleh akar umbi.Sesiapa yang dipilih harus diterima dan harus sepakat dan bekerjasama demi UMNO.Nampaknya hari ini kepimpinan Wanita Merbok tidak menghormati akar umbi kerana menolak dan menyisih Naib Ketua Wanita sehingga beliau meletak jawatan.Harus diingat Naib Ketua Wanita sekarang dipilih dalam perwakilan bukan ditepi parit atau dikedai kopi.Tolong hormat sikit Makcik2,kakak2 dan ibu2 dikampong yang menjadi Ahli Wanita. Tolong jangan takbur dengan jawatan yg ada sekarang.Ingatlah .." Barang siapa tidak mensyukuri nikmat yg Tuhan bagi nescaya ia akan ditarik balik dan ingatlah azab Tuhan amat seksa ". Renungkalah.

    ReplyDelete
  8. Jawatan Naib Ketua, bukan untuk di tatang atau di julang apatah lagi di agung-agungkan. kalau sudah diberi tanggungjawab maka laksanakanlah sebaik mungkin. Kalau tak mampu lebih baik letak jawatan. tahniah kepada Nor Asiah yang sedar dirinya tidak mampu dan berupaya untuk memikul tanggungjawab itu. Lebih baik lepas jawatan.. bagi kat orang lain. Itulah yang terbaik. Orang lain pula menyibuk lebih apahal. Lebih sudu dari kuah. Eskspoit isu yang remeh untuk kepentingan diri.. piraaaah.tanya Nor asiah apa yang boleh dia sumbang umtuk wanita, habukpun tarak.

    ReplyDelete
  9. Kak, kami hormat kak sebagai ketua Wanita kami. Tapi yang kami tak syok tu ialah Kak begitu lemah dan lembik sampai Kak terpaksa bergantung kepada dua tiga orang untuk jadi penasihat Kak. Mereka ini bukan boleh buat kerja pun. Tanya abang-abang kita, semua tahu pengampu Kak tu satu ketika tak laku pun di Bahagian. Yang seorang tu kaki pengacau, kaki berkelahi, mulut bisa. Siapa tak kenal perangai dia. Lain kali tetap tak mau undi dia lagi. Yang seorang lagi tu, kaki ampu semua orang. Mereka inilah yang cucuk Kak sampai Nor Asiah Kak sisihkan.Elok dia letak jawatan pun.
    Sayang kita hilang seorang peguam.

    ReplyDelete
  10. Aku tidak nampak yang Pn Asiah tidak laksanakan tugas2 beliau. Jelas terbukti beliau bukan baru dalam Wanita. Tapi sayangnya beliau di kelilingi oleh mereka2 yang tidak tahu buat kerja/ tidak berpelajaran dan kaki pengampu..

    Beliau profesional jadi, memang lah elok beliau letak jawatan. Untok apa meneruskan kalau tampok pimpin memilih budak hingusan.
    She have a Class!! She's interligent but she's never show off!! A person soft spoken, & humble not just like those in top 5 now.Bossy & stupid!!

    ReplyDelete
  11. Penulis merboktimes adalah terdiri dari mereka=meraka yang kalah dlm perjuangan dan teringin snagt nak jadi ketua .Sabarlah tunggu 2 than lagi.Lawanlah sampai tak tidur mlm selama 6 bulan.Mamak Maidin yang kedekut tu hang dah tua tak sah dok bayang nak jadi wakil rakyat lagi.Banaykkanlah ibadatmu agr kau terdiri dari org-org yang beriman.Sapa kata hang pa mewakili org Merbok sebenarnya hang pa adlah suruhan iblis dan syaitan yang ingin memecah-belahnkan perpaduan dikalangan org-org Islam khususnya org-org Melayu.Kalau hang pa sebenarnya pejuang kenapa tidak melawn dgn parti pembangkang yang terang-terang sekarang ini Menentang ISA.Apa yang hang pa buat kepada org Hindraf?Hang pa sebenarnya manusia pengecut dan bacul hanya berani mengutuk dan melawan sesama kawan sesama sendiri shj.Inilah sebenarnya kerja syaitan dan iblis.Apa yang hang pa buat apabila Karpal singh pertikaikan tentang status Malaysia sebagai negara Islam?Hang pa hanya berani mengutuk sesama sendiri di kedai kopi dari berjuang dalam gelanggang.Hang pa bacul dan pengecut serta kecewa sebenarnya!!!!!

    ReplyDelete
  12. Betul pak chot.....

    Betoi Pak Chot aku setuju.

    Merboktimes adalah manusia yang teringin sangat nak jadi wakil rakyat tetapi kalah dalam pemilihan parti.Depa kecewa sebenarnya!!!

    ReplyDelete
  13. Betoiiiiiiii pak chot.

    Merboktimes org yang kecewa politik... macam Zahran tuuuuuuu

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.