25 August, 2009

Merbok dalam Sejarah Bahagian 2- Rosnah Majid sebagai Ketua Wanita

Merbok dalam sejarah kali ini menyingkap kembali paparan keratan akhbar bagaimana permulaan Rosnah Majid bekas wartawan Utusan Melayu yang terkemuka mula menjejaki ke dalam arena politik Merbok sebagai Ketua Wanita Bahagian.

Selepas memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Merbok Rosnah telah dicalunkan sebagai ADUN Tg Dawai dan dilantik sebagai Exco Penerangan Negeri Kedah.

Walaubagaimanapun kerana kesihatan yang tidak mengizinkan Datuk Rosnah hanya dapat berkhidmat dalamjangka masa yang pendek sahaja.

10 comments:

  1. merbok....

    Apa kata kalau kita invite semua veteran2 UMNO tu mai jadi Ketua bahagian...ketua wanita bahagian...ket.pemuda bahagian...mesti Merbok aman tenteram..takdak dah hat yg tikam2 kot belakang....noooo...hehehhe

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya kepimpinan yang ada sekarang belajar ilmu memimpin daripada pemimpin yang terdahulu.Jangan nak gila jawatan saja,bila dah dapat tak pandai nak jaga.Biar penduduk yang ada di bahagian tersebut merasa bangga bila menyebut atau memberitahu siapa pemimpin mereka.

    Bila agaknya retreat utk semua ketua bahagian akan diadakan?

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan pendapat hensem itu. Pemimpin seharusnya ada auranya sendiri.
    Ini bila sebut saja si anu atau si anu orang akan mencebik mulut " alaaaamakkkkkkkk....".

    ReplyDelete
  4. Bukan setakat mencebik mulut,malah ada yang sampai ketawa terbahak-bahak apabila disebut nama pemimpin mereka...kenapa eehhh?

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya merbok mempunyai tokoh-tokoh yang ada kaliber. Tetapi mereka ini tetap tak akan terpilih kerana DUIT kurang. Orang merbok akan pilih yang ada DUIT dan senang bagi duit, maka orang itu di kira layak jadi ketua. Tanya lah kepada Ujang Tg Dawai, Lah jilid 3, Pak Long Jin, megat, Arshad, Awi, Hashim, Pak Hasan, Sawai, Bidin, man boleh, hali m dll. Semua fikir macam mana hendak mengambil duit dari kocek calon.
    Salahkan perwakilan yang anda pilih di peringkat caw bukannya calon yang bertanding.

    ReplyDelete
  6. Hahaaaa...ramli karim pun teringin nak jd Ketua Pemuda...haaahaaa.jd SUB pun dah haru biru bhg...geli perut aku

    ReplyDelete
  7. Mailah kita komen secara lebih akedemik dan professional agar membina tamadun yang tinggi serta dihormati org......Tak perlu mencaci serta mengaibkan org lain.

    ReplyDelete
  8. Salam semua,
    Memang diakui...dari pengamatan saya, UMNO Merbok boleh terus berkubur atas beberapa sebab. Antaranya:

    1. POLITIK WANG
    Politik wang di dalam UMNO kawasan merbok memanglah tidak dapat dinafikan, difahamkan semasa pemilihan dahulu... ada diantara perwakilan yang mendapat sehingga RM600.00 daripada satu calon yang bertanding.. bayangkan ada berapa banyak calon yang bertanding..

    2. CANTAS MENCANTAS
    Sikap cantas mencantas ini dah jadi sesuatu yang sinonim di UMNO Merbok terutama di cawangan-cawangan. Dalam penelitian saya, terdapat golongan-golongan yang boleh diketengahkan terutamanya golongan pemuda. Disebabkan rasa takut hilang suara, hilang kuasa, hilang wang walaupun sudah melepasi had pemuda ... maka dinaikkan orang2 yang tak tau apa... tak ada sifat kepimpinan semulajadi, maka atas sebab-sebab inilah ramai PRU12 dahulu tidak berpihak kepada UMNO.

    3. TIDAK BERTEMU AKAR UMBI
    Akar umbi adalah penentu PRU, perwakilan hanyalah penentu pemilihan. Disini saya ingin saya ingin mengejutkan pemimpin di Merbok (Bahagian, Wanita, Pemuda & Puteri) daripada tidur mereka... turunlah ke akar umbi, berjumpa, berbincang dan dapatkan suara2 dari bawah... Jika pemimpin merbok hanya berjumpa perwakilan dan ketua2 daripada cawangan... pastinya jawapan yang diterima baik2 belaka... hakikatnya adalah berlawanan...
    Saya sendiri pernah bertanya kepada seorang pemuda yang aktif memasang poster semasa pilihanraya kecil bukit selambau dahulu..Jangan terkejut jika pemuda2 tersebut tidak kenal siapa Ketua Pemuda, Naib ketua Pemuda dan apatah lagi AJK Pemuda... renung2kanlah...

    ReplyDelete
  9. Hangpun serupa la juga.pandai kutuk orang saja. hang best sangat ka. Orang semua tak kena.

    ReplyDelete
  10. Anon AUGUST 28,2009 5:58PM

    Bersifatlah lebih terbuka. Saya rasa pandangan yang diberikan oleh Lampu_DEpan lebih bersifat membina. Daripada penilaian yang dibuat... jika benar apa yang dikatakan Lampu_DEpan berlaku di UMNO Merbok, maka lakukanlah perubahan sekiranya anda masih sayangkan UMNO merbok. Terimalah pandangan atau komen dari sudut positif.

    Penerimaan orang terhadap sesuatu komen atau pandangan terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif.

    Sekiranya pandangan atau komen dinilai dari sudut positif....maka positiflah pandangan itu..
    Dan...andainya dinilai dari sudut negatif... makan negatiflah ia...

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.