22 August, 2009

Datuk Syed Amin akan mengambil-alih keseluruhan konsesi tol negara ini

Kumpulan Datuk Syed Amin Al Jeffri, bekas Bendahari UMNO Bahagian Merbok telah menyerahkan cadangan pengambilalihan keseluruhan 22 konsessi tol di negara ini.

Melalui syarikat Asas Serba Sdn Bhd, syarikat yang diterajui oleh Datuk Syed Amin Al Jeffri, Ibrahim Bidin, Wan Kamarudin Wan Mohammad Ali dan Syed Budriz Putra telah menyerahkan cadangan pengambil-alihan itu pada 5 May yang lepas. Pengambil-alihan ini melibatkan pengurusan dan operasi keseluruhan pemegang-pemegang konsesi tol melalui ”wiling buyer wiling seller”.

Jika pengambil-alihan ini berjaya Kerajaan akan menjimatkan sebanyak M114 billion dari subsidi dan Kerajaan akan menjimatkan sebanyakRM20 billion jika 20% kadar diskaun diperkenalkan.

Mungkin tidak ramai generasi muda di Merbok yang mengenali Datuk Syed Amin tetapi di dalam senyap beliau telah banyak menyumbangkan sumbangkan dalam berbagai bentuk kepada NGO-NGO, pertubuhan kebajikan dan pelajar-pelajar miskin dalam Bahagian Merbok ini walaupun beliau bukan seorang Ketua UMNO Bahagian atau wakil rakyat.

Semoga Datuk Syed Amin akan berjaya di dalam perniagaan beliau.

6 comments:

  1. Mungkin Syed Amin layak dicalunkan sebagai Ahli Parlimen Merbok untuk PRU13.

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan,

    Tahniah, semoga dapat meringankan beban pengguna-pengguna lebuh raya termasuk penyokong 'pakatan rompak'. Kita patut berbangga kalau ada orang Melayu yang berjaya seperti ini, bukan untuk meruntuhkannya.......

    Kita lihat bagaiman Astro yang dikuasai bukan Melayu, semua rancangan tidak menguntungkan bangsa........

    ReplyDelete
  3. Tuan,

    Kalau benarlah pengambilan itu menjimatkan wang kerajaan berjumlah RM114 billion subsidi Kerajaan dan RMm20 million, I am all for it!

    Saya sokong apa juga pendekatan yang tidak membazirkan wang rakyat!!!

    ReplyDelete
  4. Memuat berita sebegini rupa adalah baik dan amat berfaedah sekakali.Tapi jangan jadi mummy rokiah sudahlah yang matlamat asal nya nak tonjolkan individu tertentu jadi calun pilihan raya.

    ReplyDelete
  5. Dengan pendedahan sebegini akan dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan serta pendedahan tentang kisah insan-insan yang telah banyak menabur bakti serta memajukan anak bangsa di Kedah.Tidak perlu sebarang publisiti atau diselangi pancaran cahaya kamera,yang penting niat dihati adalah ikhlas dan tidak bermuka-muka.

    ReplyDelete
  6. Elok juga cadangan sepertinyang dinyatakan... ini tentu idea dari din dagu...

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.