KUALA LUMPUR 7 Mei - Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia
(Perdasama) menyambut baik cadangan pengambilalihan PLUS Malaysia
Berhad (PLUS) kepada syarikat swasta yang dikaitkan dengan Idaman Saga
(Idaman Saga) Sdn. Bhd., milik Tan Sri Halim Saad.
Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, walaupun cadangan itu
dilihat masih samar namun persatuan itu menganggap langkah
pengambilalihan tersebut harus dipertimbangkan bagi meringankan beban
rakyat.
"Perdasama beranggapan cadangan itu harus dipertimbangkan bagi
meringankan beban rakyat sekali gus menurunkan kos tanggungan rakyat dan
dapat mengurangkan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan setiap tahun,"
katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 25 Mac lalu melaporkan Halim
melalui syarikatnya, Idaman Saga berhasrat mengambil alih PLUS dengan
cadangan terbarunya kepada kerajaan untuk mengekalkan kadar tol pada
paras semasa.
Isu pengambilalihan itu bagaimanapun dibantah oleh Pertubuhan Pribumi
Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana bagi pertubuhan itu, PLUS merupakan
tulang belakang dan pemacu kepada perkembangan ekonomi negara.
Naib Presiden Perkasa, Syed Osman Syed Mansor semalam berkata, PLUS
yang kini dimiliki bersama dua syarikat milik kerajaan (GLC) dan agensi
kerajaan, iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan UEM
Bhd. (UEM) selama ini juga telah diurus dengan baik.
Menurut Moehamad Izat, tidak dinafikan kedua-dua agensi kerajaan ini
menunjukkan prestasi yang baik malah kedua-dua agensi tersebut mendapat
manfaat daripada pelaburan mereka dan disalurkan kepada rakyat.
"Bagaimanapun saya percaya cadangan baharu yang dikemukakan oleh Tan
Sri Halim Saad itu tidak harus diketepikan. Ini kerana, PLUS merupakan
tunjang yang menghubungkan negeri-negeri di Malaysia dan merupakan
landasan utama sektor pelancongan dalam negeri.
"Inisiatif seperti ini bukan sahaja membantu meringankan beban rakyat malah merancakkan ekonomi negara," katanya.
Halim Saad pernah bankrup semasa menerajui Syarikat Renong dan kerajaan terpaksa bail out....salahsatu lagi penipuan wang rakyat oleh kroni Mahathir diharap Najib jangan terpedaya sekali lagi....atau mungkin Najib mempunyai share....rakyat akan bangun memberontak jika penyelewengan harta negara terus berleluasa dibawah pimpinan BN
ReplyDeletePenyamun2 tarbus dh nk kebas harta negara..ni la penyangak sebenar...kerajaan kalu ikut ckp diong ni..mmg bangang ler..asal ader syarikat glc yg untung besar ..penyamun pn dtg
ReplyDeletePenyamunnn....penyamun dh dtg dh ...Asal ade syarikat GLC yg uuntung besar , penyamun nk kebas...alasan mmg cantik je ..untuk kebaikan rakyat ..Kalu kerajaan Najib ni ikut ckp penyamun ni ...next election ..good bye ler
ReplyDeleteSahih dah kawtim/
ReplyDeleteSbb tu org melayu berdagang rogiii...
ReplyDeleteSbb ada presiden mangkok ayun mcm amirr ni...
Halim dah dpt mcm2 faedah dari kjaan.....tapi bila dah kaya ...lopaaa tjawab pd agama...
Patut bila dah kayaa.....tlg laa org melayu bawahan...
admin, ramainya anon2 yg beri komen kasar dan ganas!! kalau ikut peraturan, anon seperti ini tiada ruang di sini. kalau ingin memberi komen ganas, biarlah sertakan nama sekali. akupun kekadang ganas dan kasar pada komen, tapi berani sertakan nama. kan demokrasi, luahkan je la komen. tapi kena bertanggungjawab la...
ReplyDeleteAkan diambil tindakan.
DeleteBanyak yang telah ditapis. Terima kasih atas teguran.
hampa yang dok komen ni dah tolong ker masyarakat? hampa dgn tan sri bukhary pun hampa tak suka , dgn halim pun tak sukae. awat kalau buat amal nak kena canang kesemua orang kah? mokzani kaya pun hampa tak suka , shahril kaya pun hampa tak suka. jadi apa yang orang melayu mau?
ReplyDeleteOrang sama jugak selalu dapat habuan. Dah tua keladi pun nak lagi kaya. Lain orang tak ada ke?
ReplyDeleteBagilah sikit kat orang bawahan ler. Kan Ibrahim Ali dan Abdullah Shiak tu tengah berlakon hebat untuk dapat perhatian nak dapat habuan jugak.Mereka lah pejuang Agama, Bangsa dan Negara tu.
anon 8:48pm....baca doktor umum...kau leh dpt jawapannya...
ReplyDeleteazhar
Elok bagi pada cina baru depa puashati dan diam.
ReplyDelete