27 January, 2014

SUDAH TERSERLAH KEHEBATAN "WINNABLE CANDIDATE" YANG DIPILIH NAJIB

Datuk Seri Najib Razak sudah mewajibkan latihan media kepada menteri Kabinetnya untuk mengelakkan kenyataan "kurang bijak" yang menyebabkan pentadbirannya menjadi bahan jenaka di kalangan rakyat Malaysia, kata satu sumber.
 
Imej perdana menteri penggal kedua itu tercalar disebabkan kenyataan kurang bijak beberapa menterinya sehingga menjadi bahan lawak yang menjatuhkan "air muka" Putrajaya, kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

"Perdana menteri mahu semua menteri menjalani latihan media untuk elak kenyataan-kenyataan kurang bijak terus dikeluarkan," kata satu sumber dengan syarat namanya dirahsiakan merujuk kepada arahan Najib kepada anggota Kabinet.

"Kita tak nak imej Putrajaya rosak kerana kenyataan-kenyataan seperti Ku Nan dan Hasan Malek," tambahnya.

4 comments:

  1. bagus lah kalau wakil2 kerajaan nie di berikan latihan berucap,latihan bagaimana nak memberikan jawapan dengan golongan belia,remaja,mcik2,pcik2,apek2,aso2,aya2,ama2..jangan main hentam keromo jek nak bercakap..kena sedar segala percakapan adalah mewakili kerajaan,bukan syok sendiri..ini pun mungkin kesilapan dr pucuk pimpinan sendiri juga,masih nak mengunakan khidmat org lama,zaman dah berubah,dunia makin maju,pemimpin pun harus yg baru..

    ReplyDelete
  2. abis yang bab kangkung tu....kenyataan sapa?

    ReplyDelete
  3. paku serpih kata dulang
    dia yang lebih PM kangkung

    ReplyDelete
  4. Putar belit media la najib oiii..... patut kene gantung sampai mati jeee editor akhbar... baik mainstream atau alternatif...

    Wujudkan kod etika baru aman msia ni....

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.