29 December, 2013

JABATAN PENERANGAN GAGAL MENERANGKAN DASAR KERAJAAN

Prof Dr Ahmad Murad Merican
KEGAGALAN kerajaan memanfaatkan fungsi Jabatan Penerangan dalam menerangkan setiap dasar yang telah dan akan dilaksanakan merupakan punca rakyat tidak faham serta keliru. 

Kerajaan sepatutnya menggunakan seluruh jentera jabatan itu untuk menerangkan setiap polisi secara jelas dan konsisten bagi mengelakkan kekeliruan mengenai sebarang tindakan yang bakal dilaksanakan.

Kegagalan menggunakan sepenuhnya Jabatan Penerangan yang sewajarnya sudah mencapai status pakar strategi komunikasi mengakibatkan segala penyampaian maklumat antara kerajaan dan rakyat gagal. 

Keadaan diburukkan lagi apabila dasar-dasar itu dijadikan isu lalu dimanipulasi dan dipolemikkan oleh pelbagai pihak. Inilah realiti yang berlaku apabila perubahan polisi kerajaan berhubung penurunan subsidi yang menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak difahami oleh rakyat. 

Akibatnya isu yang mudah terus berpanjangan kerana banyak isu yang material dan bukan material tidak diperjelaskan dengan baik. 

Pensyarah di Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof. Dr. Ahmad Murad Merican berkata, kelemahan kerajaan itu perlu diatasi segera dengan mengembalikan semula peranan strategik komunikasi kepada Jabatan Penerangan. 

 "Kemarahan rakyat berhubung pelbagai isu sejak kebelakangan ini termasuk kenaikan harga barangan dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana tidak memahami polisi kerajaan secara menyeluruh. 

"Apabila isu tidak diselesaikan, ia menjadi krisis," katanya kepada MalaysiaGazette ketika diminta mengulas mengenai pemahaman rakyat Malaysia mengenai polisi-polisi kerajaan termasuk isu kenaikan harga barangan. 

Tambah Ahmad Murad, penjelasan mengenai polisi atau dasar kerajaan tidak sepatutnya dilakukan oleh Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, kementerian atau agensi-agensi kerajaan. 

Sebaliknya, tegas beliau, penerangan itu perlu dilakukan oleh satu unit khas seperti Jabatan Penerangan. Sambil memberi contoh kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Ahmad Murad berkata, pada awal kejadian situasi tidak jelas kerana terlalu banyak kenyataan dibuat tetapi apabila krisis itu diletakkan di bawah tanggungjawab Ketua Polis Sabah, kebimbangan rakyat reda. 
Visual dari FB KP Penerangan. "Steady Dato kita enjoyy,,yeahh,"

"Keredaan itu disebabkan rakyat sentiasa mendapat maklumat terkini daripada satu sumber dan maklumat yang disampaikan jelas dan difahami," ujar beliau. 

Berikutan itu, beliau berkata, kerajaan perlu menghidupkan semula peranan Jabatan Penerangan terutama membabitkan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

''Pengurusan komunikasi kerajaan bukan urusan menteri kerana ia akan dilihat bias. Lagipun kalau terlalu banyak sangat yang buka mulut, kenyataan-kenyataan akan menjadi spekulasi.

"Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang akibat kesan pengurusan strategi komunikasi yang tidak mantap," katanya.-MalaysiaGazette

13 comments:

  1. Pereanan kementerian penerangan diambil alih oleh pembangkang ....dengan membuat penerangan tongang terbalik dan mengelirukan ....rayaat jadi marah pada kerajaan ....yang sebenarnya pembangkang tidak kuat mana tapi diaorang pandai main isu.Penjawat awam didalam kementrian penerangan pemalas dan sudah lama makan gaji buta yang akhirnya menyusahkan kerajaan .

    ReplyDelete
  2. Tuan,
    Bagaimana Jabatan Penerangan nak pertahankan isu-isu yang bangkitkan?kalau perkara ini yang di bawa oleh Dr Ahmad Murad Merican sendiri pun mereka gagal mempertahankan jabatan mereka sendiri?
    Kelihatan lembat dan bisu dan kaku.

    ReplyDelete
  3. Helooooo,
    Tak kan u all expect we all nak pertahankan isu-isu pribadi PM seperti isteri beliau Rosmah? Kalau u all expect we all nak pertahan isu Rosmah silap la braderrrr.. Mana we all tau hal-hal anak tirinya di Hollywood kalau di RTM we all tau laa.... Cermat la sikit braderrrrr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun tak jabatan penerangan buat kerja susah macam dikatakan saudara anon di atas.....tapi ada banyak benda yang jauh lebih senang seperti memberi penerangan kepada rakyat seperti si Jaa buat....ini asik nak rakam wartawan perempuan seksi masa press conference.....nampak pervet giler......esp cameramanuntuk berita jam 1tghari dan berita jam 8 pm....

      RTM- ramai tengah miang

      Delete
  4. Saya pernah terlibat dalam beberapa mesyuarat bersama Jabatan Penerangan. Peranan mereka hanyalah untuk menyediakan peralatan siaraya atau PA Sistem. Bila disuruh memberi pendapat otak mereka mula kacau dan teraba-raba.

    ReplyDelete
  5. misalnya berkaitan Gst,spatutnya jbtn penerangan main peranan menjelaskn kpd rakyat apa itu GST.rtm kan ada,tv-yv lain,buat cerita pendek,contoh suasana di pasaraya/kompleks belibelah di mana ada transaksi melibatkn jualbeli barangan yg kena GST,buat simulasinya.ini rakyata dpt pelbagai maklumat bila GST ada,semua brgan naik mencanak

    ReplyDelete
  6. Penyampaian kjaan terlalu lemah...

    So negara ini di ambil.alih oleh red bin....

    Mereka yg mengawal isu dan turun naik harga...

    Menteri tido.... umno plak menguapp x sudahh... kitaaa masihh hebatttt....kata otai umno...

    Puii....

    ReplyDelete
  7. Yang pasti menterinya ada slot istimewa di rtm...

    ReplyDelete
  8. Shabery Cheek sendiri pernah berkata yang negara maju tiada kementerian penerangan, dan hasilnya, tiada lagi kementerian penerangan. yang ada hanyalah kementerian air liur meleleh untuk merebut peluang menaiki takhta teratas UMNO...

    ReplyDelete
  9. Banyak perkara , sikitsikit bawa ke lab,pegawai dah tak boleh fikir, cara kerje pun macam pelajar buat assignment kat kolej,nampak cantik tp takde isi.

    ReplyDelete
  10. KP nya kelihatan jalan-jalan merata dunia belajar lagi. Tapi apa hal dengan orang bawah-bawah ini? Yang bawah tak berubah KP sahaja berubah. Bila jabatan tak perform katanya org bawah sukar diubah. Balik-balik itu juga. Tegur sedikit ramai yang melenting very defensive.

    ReplyDelete
  11. Bila ada masalah, pakat cari sapa nak dipersalahkan, mudah punya kerja, hampa tanya Perdana Menteri la, pasai apa semua ni berlaku.. geng2 UMNO dok ligan porjek.. masa zaman Tun Mahathir dulu, tak dengaq pun jabatan ni tak buat keja, jabatan nu tak buat keja. kalau pemimpin tu bersih, senang kami dari jabatan kerajaan ni nak pertahankan.. satu lagi, Ketua2 kerajaan yang pangkat besaq2 diataih nu, hampa ingat semua menyokong kerajaan ka.?. pikiaq la woi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah..aku sokong statement atas ni..

      Delete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.