18 August, 2013

EXCO SELEWENG AKAN BERDEPAN TINDAKAN

Kerajaan Kedah akan mengenakan tindakan tegas terhadap pihak pentadbiran negeri termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), jika mereka didapati melakukan penyelewengan dalam menjalankan tugas masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata tindakan itu perlu bagi memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan mempunyai tahap integriti yang tinggi dan bebas daripada amalan rasuah serta sebarang bentuk penyelewengan demi kepentingan rakyat dan negeri ini.

“Saya sendiri sudah memulakannya dengan diri saya sendiri selaku Menteri Besar Kedah dan saya juga berharap supaya ia dipatuhi oleh semua pihak terbabit dalam pentadbiran saya.

“Kita mahu sebarang keputusan dibuat secara telus tanpa membabitkan kepentingan keluarga atau membabitkan sebarang bentuk penyelewengan yang akan merugikan rakyat dan negeri ini.

Utama kepentingan rakyat

“Saya mahu pentadbiran di Kedah bebas daripada penyelewengan dan setiap keputusan membabitkan pelaksanaan projek di negeri ini dibuat dengan mendahulukan kepentingan rakyat,” katanya pada sidang selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Jerlun dekat sini, semalam. 

BH sebelum ini melaporkan, Mukhriz memberi jaminan tidak akan memberi projek perniagaan di negeri ini kepada ahli keluarganya.

Mukhriz dilaporkan berkata, beliau mahu mengelakkan keadaan yang boleh menimbulkan konflik kepentingan kepada dirinya jika ada ahli keluarganya mendapat projek perniagaan di negeri ini.

“Setakat ini, tidak ada seorang pun ahli keluarga saya nak buat apa-apa projek di sini. Saya harap ia akan kekal macam itu. Jika tak, ia akan buat saya serba salah kerana saya pasti menyinggung perasaan mereka.

“Yang saya utamakan kepentingan rakyat. Jika terpaksa pilih kepentingan rakyat dan kepentingan keluarga dalam soal perniagaan, sudah tentu saya pilih rakyat,” katanya. BH 18/8

4 comments:

  1. Baru-baru ini YB MB Kedah ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan memberikan apa-apa kontrak kepada ahli keluarganya dan mengharapkan semua ahli keluarga beliau tidak memohon mana-mana kontrak kerajaan.

    Saya berpendapat kenyataan sebegini tidak perlu dan lebih elok jika tidak dikeluarkan. Bagi saya sesiapa sahaja asalkan rakyat Malaysia adalah layak untuk memohon dan mendapatkan kontrak sebegitu asalkan mereka mempunyai kelayakan dan merit yang diperlukan. Masalahnya ialah apabila kontrak dipohon oleh "ahli keluarga/saudara mara/rakan/handai taulan/dsbnya, jangan ada nota kecil tanpa tandatangan yang mengiringi permohonan itu.

    Berdasarkan merit dan kelayakan, jika pemohon (tanpa mengira kaitan/keturunan dengan MB atau mana-mana ahli politik lain) layak, maka layaklah dia mendapatkan kontrak itu...

    Kenapa mesti kenyataan umum seperti itu dikeluarkan? Apakah agenda, apakah matlamatnya? Menunukkan ketelusan? Integriti...? Saya rasa tidak perlu. Ketelusan dan Integriti tak perlu ditonjolkan... Ianya akan dilihat secara automatik jika pelaksanaan sesuatu itu adalah betul dan mengikut peraturan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mukhriz bertindak dengan penuh kebijaksanaan - Persepsi rakyat boleh membawa padah pada pemerintah apatah lagi sekiranya kaum keluarga turut terlibat dan diberi peluang walaupun berdasarkan pada merit. Jadi pandangan saudara ni terpaksa saya bakul sampahkan dan amat bersetuju dengan tindakan MB Mukhriz.

      Delete
  2. Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?

    Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

    TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

    Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

    Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

    Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

    ReplyDelete
  3. Tongkang Yad Kedah.August 20, 2013 at 9:57 AM

    MT.
    Ikut pengalaman semua MB Kedah mula-mula naik cakap macam itulah.Sikit pun tak ubah.Sanusi Junid cakap lagi hebat.Kemudian Syed Razak awal cakap macam itu juga.Mahatir Khalid tak cakap apa.Tapi dia lagi laju.
    Dalam senyap-senyap walaupun bukan ahli keluarga tetapi suku sakat/kroni/sahabat handai/kenalan.
    Tambah kalau balak wajib Cina yang monopoli.Melayu Kedah makan persen sahaja.

    Sewmoga Mukhriz cakap serupa bikin.
    Jangan manis awal sahaja.
    EXCOnya pun apa kurang.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.