.....chedet.cc
Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong
seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO,
anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun.
10. Kenapa?. Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan
tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk
kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO
berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu
hati, untuk poket sendiri.
11. Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka
dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak.
UMNO adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak
orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu
lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai UMNO. UMNO
adalah untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua
bahagian. UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa
lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika
terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi
tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi.
12. Apa itu perjuangan untuk bangsa, agama dan tanahair! Bukankah yang sudah ada dalam UMNO, sebagai pemimpin atau ahli biasa terdiri dari bangsa Melayu, yang beragama Islam. Perjuangan untuk diri mereka bermakna perjuangan untuk bangsa mereka, bangsa Melayu, agama mereka, agama Islam. Oleh itu perjuangan untuk bangsa, agama dan negara sedang diteruskan, tanpa penyertaan Melayu lain.
13. Kesannya ialah hari ini ahli tidak bertambah selaras dengan
pertumbuhan jumlah orang Melayu. Dan mereka terutama yang berkebolehan,
yang berbakat tidak dibenar masuk UMNO lagi.
14. Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding
dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam UMNO mestilah
melalui cawangan, yang boleh masuk UMNO ialah yang kurang berkebolehan
dari ketua cawangan.
15. Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit,
bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan
jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang
kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot
sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih.
16. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti. Semakin lama
semakin kurang pemimpin UMNO yang berbakat. Semakin lama semakin kurang
ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU. Calon payung
terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan
juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan.
17. Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan.
18. Melihat UMNO hanya berjuang untuk diri sendiri semata-mata, dan
tidak lagi untuk bangsa, agama dan tanahair, orang Melayu tidak lagi
nampak kenapa mereka harus sokong dan jayakan semasa PRU orang yang
utamakan kepentingan diri sendiri sahaja. Jika ada sahaja parti lain,
mereka akan sokong parti itu. Hanya jika parti lain lebih buruk
baharulah sokongan kepada UMNO diteruskan. Inilah yang berlaku pada PRU
13.
19. Mungkin kita boleh tepuk belakang kerana UMNO masih menjadi parti
yang menang terbanyak dalan PRU 13. Tetapi ini bukan kerana orang
Melayu masih sokong UMNO. Sebenarnya kemenangan UMNO dalam PRU 13
disebabkan mereka tidak ada pilihan. Mereka amat takut kalau-kalau
Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP. Akan hancurlah harapan orang
Melayu sama sekali. Seburuk-buruknya UMNO, ia masih berbau Melayu,
masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu. Justeru itu
tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong UMNO. Namun
demikian dalam PRU 14 UMNO tidak boleh harap keadaan ini
berterusan. Jika UMNO tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan
kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain.
20. Demikianlah riwayat dan sejarah sebuah parti politik yang lupakan
usul-asal dan sebabnya ia ditubuh. Demikianlah berakhirnya perjuangan
yang lari jauh dari matlamat asalnya. Dahulu lain, sekarang
lain. Sejarah dan kecapaian dahulu tidak akan meraih sokongan
selama-lamanya. Dahulu dahulu, sekarang sekarang. Hanya berharap kepada
kata-kata hikmat Hang Tuah, “Tak akan Melayu hilang di dunia” tidak
mencukupi. Mungkin Melayu tidak akan hilang di dunia, tetapi apakah
jenis Melayu yang tidak hilang ini. Apakah mereka terdiri dari pencuci
kasut, pemandu kereta, kuli yang terbongkok-bongkok menyembah bangsa
lain yang menjadi Tuan mereka. Dan apakah nasib UMNO? Ia akan jadi
cerita dongeng dalam buku kanak-kanak di zaman akan datang.
21. Inilah masa depan yang menunggu UMNO. Inilah masa depan sebuah
parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa
depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri.
22. Kata seorang penulis sajak di zaman dulu, “tidak ada yang lebih
menyayat hati dari melihat bangsa ku dihina dan ditindas oleh orang”.
Bas terbalik jangan salahkan bas, salahkan pemandunya.
ReplyDeleteFeri sarat dgn penumpang sampai ada yg duduk atas bumbung hingga terbalik dan karam jangan salahkan pemandu atau pilotnya.
ReplyDeleteZainal
Aku rasa dah sampai masa Najib berundur, bagi peluang kepada orang lain la pulak. dah tak relevan lagi...semakin hari semakin terserlah kebodohan beliau...
ReplyDelete'Malay Delima'....poning kepalo den!!!!!
ReplyDeletesebelum pru13 nakhoda pencen campur tangan secara langsung kenapa ye...nakhoda sedia ada minta ke...atau ada udang galah di sebalik bongkah batu...
ReplyDeletebetoi betoi....huaaahhhhh....sungola sungolahhhhh...aku nak kata nyangtuuuu....
ReplyDeleteTkpayah nk pecah belahkan UMNO wahai perosak2. Najib baru ambil alih 4 tahun, yg 22 tahun tu lah hasilnya skrg. isi UMNO itu sendiri punca malasah pd Najib.
ReplyDeletedlm UMNO telah lama DIKUASAI SPESIS KONTRAKTOR (badan Melayu Kepala BABI- pikir UMNO sbg alat utk dpt duit dan kongsi dgn Cina bila dpt projek)
cerdik pandai, org2 yg berotak saintifik, lari ke PR.. itu krn wadah itu ada dlm PR..
JURUTERA, SAINTIS dan DOKTOR semakin menJAUHi UMNO kerana SPESIS 'KOTRAKTOR' dan 'PeMAKAN KOMISEN' terlalu berMAHARAJALELA di dalam UMNO
So, apakah ini salah Najib? Najib wariskan semua ini dr sape? dr yg pencen dn pandai ckp.. dia juga yg rosakkan org UMNO dgn materialistik.. wawasan DUIT dan Penswastaan yg buruk.
Skrg masa utk berikan sokongan dan betulkan kekurangan Najib.. yg suruh Najib undur tu syaitan upahan PAS ke DAP ke PKR??
DULU KELUAR AJA MUKA PAKLAH KAT TV, WE ALL TUKAR CHANNEL, LA NI BILA MUKA NAJIB CAN ROSMAH KELUAR TERUS TUTUP TV..
ReplyDeleteaku dan family undi adun dan parlimen bn dgn harapan jaga dan pertahan org melayu anak cucu..tapi nmpaknya mrk ni pemimpin2 melayu termasuk pm terus buta hati buta perasaan..betul ckp anon di atas..klua ja muka najib tambah2 lg kalu rosmahh..aku terus tutup tv @ tukar channel @ angkat punggung blh gi dapur dsbnya..sakit ati teramat sgt..kita org melayu sgt2 mengharapkan mrk utk menjga hak,kepentingan,maruah,ekonomi,politik,raja2 melayu dsbnya..ditanah Melayu yg tercinta ini..kita marah..beri penjelasan dan hujah kpd rakan2 melayu yg sokong pas dan dap..tapi ini lah hasilnya,tindakannya apa yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan dan menteri2 melayu..frust!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDelete