ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun 
Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan 
perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini 
kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.
Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan 
perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan 
kebenaran.
"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh 
negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap 
kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan 
Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima.
"Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh
 pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak 
berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran 
peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di 
sini, Sabtu.
Pesuruhjaya PAS Kedah yang baharu, Datuk Mahfuz Omar pada SAbtu 
merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan 
perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata pihaknya sebelum ini telah
 mengemukakan surat permohonan kepada pihak pengurusan stadium tersebut 
namun ditolak dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan 
tersebut.
Katanya pihaknya hari ini akan menghantar surat rayuan kepada Mukhriz
 selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah agar membenarkan mereka 
melakukan himpunan tersebut atas dasar 'demokrasi'.
Mukhriz berkata jika perhimpunan itu dibenarkan dan dakwaan-dakwaan 
itu diulangi, beliau khuatir ia akan mengelirukan rakyat dan mencetuskan
 ketegangan di kalangan rakyat.
"Kita dah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 
(Pilihan Raya Umum ke-13) yang paling sengit, kita satukan balik rakyat.
 Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat. 
Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu 
digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan 
dikeluarkan ," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mukhriz yang merupakan bekas Timbalan 
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyambut pengumuman 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Datuk Seri 
Mustapa Mohamed untuk terus menerajui Kementerian Perdagangan 
Antarabangsa dan Industri (MITI).
"Satu keputusan yang amat tepat. Kerja-kerja di MITI perlukan 
kesinambungan berterusan. Kalau ketuanya sama banyak dasar yang beliau 
rangka sebelum ini dapat diteruskan dan dilaksanakan sebaik mungkin," 
katanya.-BERNAMA
PANDANGAN:
Tindakan tegas Mukhriz sangat dialu-alukan. Mengapa harus memberi gelanggang untuk puak-puak ini menghentam  BN?
Kedah mesti bersatu untuk kemajuan seterusnya bukan melayan kerenah puak miang-miang politik yang penuh hasutan dendam dan kesumat.
Hari ini bagi betis besok nak paha. 
 
 
 
Harap2 biar semua Menteri Besar negeri2 dalam negara ini ikut sama sependapat macam Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. Teliti dulu butir pengisian perhimpunan itu. Kalau perhimpunan untuk menyatukan ummah atau mengeratkan perpaduan pasti tak ada masaalah. Syabas Datuk kerana berpendirian tegas.
ReplyDeleteTahniah Datuk Mukhriz, Menteri Besar Negeri Kedah yang baru.
ReplyDeleteUntuk hidup aman rakyat amat memerlukan pemimpin yang tegas dan tak mudah berganjak dengan keputusannya.
Kami rakyat bawahan di kampung-kampung dan sudah semestinya di bandar-bandar amat bergantung harap kepada seorang Menteri Besar, yang tegas dan berani.
Lusa pijak kepala. Yang pijak kepala bukannya Melayu tetapi babi.
ReplyDeleteMelayu PAS, PKR dan DAP pun sokonglah babi pijak kepala Melayu ...
INI BARU LAH BIJAK DAN NAMPAK BIJAK MACAM BAPAK JUGAK.TAK MACAM MENTERI BELIA YANG MACAM BAGUS NAK JEMPUT PEMUDA PEMBANGKANG BERBINCANG....OI DEPA PEMBANGKANG TUGAS DEPA CUMA MEMBANGKANG BENAR ATAU SALAH DEPA PASTI BANGKANG .KELUARAN OXFORD YANG BODOH RUPANYA MENANTU PAK TIDUR NI.
ReplyDeleteJangan pula si KJ tu cakap ...itu sekadar pandangan peribadi Mukriz
ReplyDeleteharap Mukhriz akan konsisten dlm kenyataannya...jgn apologetic mcm KJ....
ReplyDeletenampaknya Mukhriz lebih cerdik mcm bapaknya ....
KJ belajar kat Cambridge / oxford (lupa la pulak..) tak cerdik cerdik lagi nampaknya.....