16 April, 2013

PRU13 : UMNO KEDAH TAMPIL GANDINGAN MANTAP

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
ALOR SETAR 16 April - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan seorang doktor muda berusia 35 tahun, Dr. Zaki Zamani Abd. Rashid dikhabarkan antara muka baharu yang akan membawa cabaran Barisan Nasional (BN) Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini. 

Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan UMNO Kedah dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen Jerai manakala Dr. Zaki yang merupakan Naib Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah berkemungkinan dicalonkan untuk kerusi Kuala Kedah. 

Selain itu, muka-muka baharu yang dijangka diketengahkan BN Kedah pada pilihan raya umum kali ini ialah Ketua Pemuda BN Kedah, Badrol Hisham Hashim di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerang; Ketua Pemuda UMNO Langkawi, Saidi Nanyan (Kuah); Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu, Aminuddin Omar (DUN Jitra) dan Fadzilah Mohd. Ali di DUN Sungai Limau. 

Beberapa nama dalam kalangan profesional dikatakan turut tersenarai termasuk Dr. Mansor Abd. Rahman di Parlimen Sik dan Prof. Ismail Daut di Merbok. Mereka masing-masing merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sik dan Merbok. 

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail di kerusi Parlimen Pokok Sena; Ketua Pemuda UMNO Baling, Mohd. Khairul Azhar Abdulah (DUN Kuala Ketil); Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Pokok Sena, Mohktar Mohd. Noor (DUN Bukit Pinang) dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sungai Petani, Dr. Syamsul Anuar Ismail (Parlimen Sungai Petani). 

Beberapa muka baharu di kalangan wanita juga dijangka membawa cabaran BN Kedah iaitu Ketua Puteri UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Nor Sabrina Mohd. Noor di DUN Bandar Baharu; Kama Noriah (DUN Pedu); Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Setar, Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah (DUN Alor Mengkudu) dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah, Hasnita Md. Isa di DUN Pengkalan Kundur selain Datuk Suraya Yaacob kekal bertanding di Sungai Tiang. 

Di samping itu, dua penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikatakan dipindahkan bertanding di kawasan Parlimen iaitu penyandang kerusi Pedu, Datuk Seri Mahdzhir Khalid ke Parlimen Padang Terap dan Datuk Ir. Nawawi Ahmad dari DUN Kuah ke Parlimen Langkawi. 

Datuk Mukhriz Mahathir pula dari Parlimen Jerlun ke DUN Ayer Hitam. Beberapa penyandang dijangka mempertahankan kerusi masing-masing termasuk Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah di DUN Bakar Bata; Mohd. Rawi Abd. Hamid (DUN Ayer Hangat); Datuk Abu Hassan Sariff (DUN Kota Siputeh), Datuk Mohd. Johari Baharom (Parlimen Kubang Pasu); Datuk Ahmad Zaini Japar (DUN Bukit Kayu Hitam) dan Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail di DUN Guar Chempedak. 

Kebanyakan Ketua UMNO Bahagian dikatakan tersenarai sebagai calon iaitu Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin di DUN Bukit Lada dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah (DUN Kubang Rotan). 

Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajol Urus Md. Zain di DUN Tanjung Dawai; Ketua UMNO Bahagain Sik, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah (DUN Belantek), dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Ali Yahaya (DUN Pantai Merdeka).

Hanya dua ketua UMNO bahagian dikatakan tidak tersenarai sebagai calon. Senarai calon UMNO bagi kerusi Parlimen dan DUN dijangka diumumkan hari ini. - UTUSAN ONLINE

2 comments:

  1. Salam Kepada Saudara Semua Islam Di Kedah. Renungkanlah Kejadian Yang Menimpa Insan/Keluarga Di Taman Lagenda, Padang Serai Kedah. Tiada seorang pun peminpin pakatan rakyat yang tampil dan membela keluarga ini. Rumah mereka telah di ceroboh oleh Majlis perbandaran Kulim, tanpa perintah mahkamah. Semasa kejadian Tuan rumah tidak di maklumkan. Pondok Gazebo yang dibena di halaman rumah mereka telah diruntuhkan tanpa belas kasihan. Apakah cara ini mereka memerintah dan tidak perihatin (Bertanggungjawap)Renungkanlah dan marilah kita memberi bantuan kepada keluarga ini supaya mereka ceria Kembali di Bumi Bertuah ini. Salam (MPK hanya menggunakan Kuasa Notis Sahaja) Sedangkan rumah pegawai mpk ada yang dibena sehingga dua tingkat dan inikah keadilan peminpin pakatan rakyat. Tolong saya sama2 kita cari keluarga ini untuk membantu mereka melawan kejahatan peminpin pakatan rakyat yang hanya berlakon baik sahaja. kita bantu mereka memdirikan pondok tersebut. Salam sejahtera untuk saudara Islam Di Kedah

    ReplyDelete
  2. Salam Kepada Semua Saudara Islam Di Kedah. Kenapa peminpin pakatan rakyat tidak membantu Keluarga ini.Rumah mereka telah diceroboh tanpa perintah mahkamah. pondok gazebo yang dibena telah diruntuhkan oleh MPK Kulim, hanya menggunakan Kuasa NOTIS.
    Tolong Siasat, Kejadian berlaku diTaman Lagenda Kedah, Padang Serai Kedah

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.