08 April, 2013

PAS 'PARTI AJARAN SESAT' - PENASIHAT MINDA PONDOK

GURUN - Pondok Minda, gabungan 25 pondok pengajian agama di Kelantan, mengulangi bahawa Pas adalah parti ajaran sesat dan semua fatwa dikeluarkan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat wajib ditolak. 

Penasihat Pondok Minda yang juga pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Tok Guru Abdullah Sa’amah berkata, Pas sebuah parti yang dibentuk oleh manusia untuk menegakkan Islam tetapi telah menyeleweng dan menyimpang jauh daripada ajaran Islam. 

Sambil menyifatkan Nik Abdul Aziz sombong, takbur dan angkuh dengan fatwa-fatwanya yang didakwa syirik dan menyesatkan, beliau berkata: “Saya kata Pas ‘Parti Ajaran Sesat’ kerana Nik Aziz dakwa Pas itulah Islam sedangkan Islam diturunkan oleh Allah SWT yang diajar kepada Nabi Muhammad SAW. 

“Ini bukan fatwa kami tetapi keputusan hasil rumusan setelah merujuk kitab-kitab muktabar, tafsir al-Quran, hadis dan hukum-hakam,” kata Abdullah pada sidang akhbar di sini, hari ini. 

Beliau ditemui selepas Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok, Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz Al-Quran 2013 peringkat kebangsaan di sini yang dihadiri 150 orang bermula Sabtu lepas. 

Katanya, perbuatan Nik Aziz mengkafirkan UMNO dan penentang Pas, membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme merupakan kesalahan cukup besar beliau. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.