17 April, 2013

CALUN PARLIMEN MERBOK, DR ISMAIL DAUT ADA KEHEBATANNYA YANG TERSENDIRI.

Prof Dr Ismail Daut menerima anugerah khas Korea atas ciptaan produk "Power Generation Roof Ventilator". FotoBERNAMA
Professor Dr Ismail Daut,Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi ,Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) anak seorang penoreh getah dari Abu Bakar Estate, Bukit Selambau dan anak jati Sungai Petani akan turun padang berentap dengan calon PKR seorang jurutera wanita berasal dari Johor dan menetap di Sungai Petani.

Prof Dr Ismail Daut yang saya kenal berasal dari keluarga yang amat miskin tetapi beliau tidak pernah berputus asa untuk memperbaiki hidup keluarganya melalui pendidikan. 

Dasar Pendidikan Kerajaan yang tidak kira latar belakang seseorang penuntut pintar telah membawa beliau belajar hingga ke menara gading, bukan sahaja dalam negera malah hingga ke Universiti tersohor di England. 

Jarang sekali pada zaman itu kita dapat lihat seorang anak penoreh getah berani belajar dalam bidang yang amat sukar iaitu kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Elektromagnetik.

Satu lagi keistimewaan beliau ialah beliau amat fasih bertutur didalam bahasa Tamil, MGR pun kagum dengan kefasihan beliau bertutur didalam bahasa Tamil. 
(Sumber https://www.facebook.com/majoranuar.abdhamid)

3 comments:

  1. Dr. Ismail sy minta maaf bukan nak komen Sdr tak qualified dapat PhD. cuma kalau nak berpolitik, Sdr Dr. harus mempunyai sokongan di akar umbi di seluruh atau majoriti warga UMNO dan setidak-tidaknya di dalam masyarakat pengundi Merbok. Cuba Sdr. Dr. melihat apakah sumbangan Sdr. Dr. dalam masyarakat Merbok ataupun UMNO Merbok selama ini hanya menjadi boneka dan org suruhan Dato' Tajul? Maaf org Kedah dah kata kalau org meluat tu silalah undurkan diri sebelum malu nanti. Hanya Rakyat yg menentukan Sdr nanti.

    ReplyDelete
  2. Maaf, Tahinah diucapkan atas pemilihan Praf sbg calun UMNO P14. Tapi saya sedikit gusar utk beliau rampas kerusi P14 dari PKR. Manakan tidak, sebaik diketahui nama tercalun, apa yg dpt dilihat mood pengundi khususnya ahli UMNO dan jentera UMNO di Merbok mulai merosot. Mereka begitu terkejut dgn pencalunan ini. Samada calun dikenali atau tidak tidak menjadi persoalan tapi dari aspek penampilannya dalam majlis dan masyarakat amat janggal. Pesanan saya, perbaiki diri spt nasihat TPM.
    ....Lembah Bujang

    ReplyDelete
  3. Heboh di peringkat bawahan calun kita ini adalah pengamal ajaran taslim atau dipanggil orang matahari.
    Antara bukti yang dikatakan ia calun kita ini tidak pernah di lihat singgah bersembahyang dimana mana masjid sejak beliau melakukan lawatan kempen.
    Jika tidak benar silalah nafikan dan sebagai bukti bahawa penafian itu benar harap calun kita menjadi imam pada waktu maqrib atau isyak,sekali pun memadailah...jika tidak sukar untuk kami menafikan tuduhan ini.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.