19 April, 2013

BAHAN MISTERI DITEMUI DI BANGUNAN TENTERA LAUT AS

UtusanOnline


WASHINGTON 19 April - Satu bahan misteri ditemui di dalam bilik surat di bangunan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), berhampiran Washington semalam. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pentagon, bahan misteri yang berbentuk serbuk putih itu ditemui di Pusat Sokongan Tentera Laut di Arlington, Virginia. 

Sehubungan itu, semua anggota tentera yang berada di dalam bangunan tersebut diarah keluar bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. 

Sebelum ini, pihak berkuasa AS menerima dua pucuk surat berisi sejenis bahan kimia beracun yang dikenali sebagai 'ricin' yang ditujukan kepada Presiden Barack Obama dan Senator AS. - AFP

1 comment:

  1. itu mungkin dari yahudi,yahudi terkenal dalam permainan kotor dalam apa bidang juga.inilah sejarah mereka.dasar luar obama tak begitu agresif saperti yang di kehendaki oleh pelobi2 politik uahudi america.That all.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.