MStar - Ahad Oktober 7, 2012
LONDON: Kementerian Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan berhasrat memperluas penganjuran Minggu Malaysia ke lokasi
lain seperti Timur Tengah dan China.
Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata penganjuran acara itu buat kali keempat di kota London yang menampilkan pelbagai tarikan Malaysia, mendapat sambutan hebat bukan sahaja daripada masyarakat Britain tetapi juga pelancong asing yang berkunjung ke sini.
"Kami ingin sangat membawa Minggu Malaysia ke peringkat lebih tinggi iaitu bukan sahaja untuk masyarakat Eropah tetapi juga masyarakat di Timur Tengah atau China," katanya kepada wartawan Malaysia selepas merasmikan Minggu Malaysia London 2012 pada Sabtu.
Rais berkata Minggu Malaysia sebelum ini dianjurkan di London pada tahun 2006, 2007, 2008 selain di Washington, Amerika Syarikat pada 2010.
"Jadi dengan lima Minggu Malaysia ini, kita sudah rumuskan daya tarikannya memang hebat dan kita tidak harus berhenti begitu sahaja," kata menteri itu.
Edisi terbaharu Minggu Malaysia selama lima hari bermula semalam diadakan di South Bank bersebelahan tebing selatan Sungai Thames, yang menjadi antara lokasi pelancongan yang menjadi tumpuan ramai di tengah kota London.
Rais menarik perhatian bahawa elemen kepelbagaian yang wujud di Malaysia termasuk kepelbagaian bangsa boleh dikatakan menjadi aset paling besar negara.
"Seperti yang disebutkan oleh Mayor (Datuk Bandar Southwark Althea Smith), kepelbagaian itu merupakan kekuatan Malaysia iaitu kepelbagaian bangsa atau kaum, agama, budaya, makanan dan sebagainya," katanya.
Beliau juga berkata Minggu Malaysia di London kali ini berbeza dengan sebelumnya apabila tumpuan diberi kepada makanan dan kraf atau kerjatangan dari Malaysia.
Sementara itu, Smith berkata acara itu adalah mengenai kepelbagaian dan perlunya orang ramai bekerjasama sebagai satu komuniti.
"Kerana pada akhirnya, tanpa mengira dari mana asal kita, tanpa mengira di mana kita tinggal, kita adalah satu..kita semua bersatu sebagai umat manusia," katanya.
Pereka kasut terkenal Malaysia Datuk Dr Jimmy Choo melahirkan harapan bahawa Minggu Malaysia akan terus dianjurkan di sini yang membolehkan para pengunjung menikmati apa yang dapat ditawarkan oleh Malaysia dari segi budaya, makanan, fesyen dan tarikan yang lain.
Terdahulu, jemputan dan pengunjung dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan kesenian yang menampilkan tarian dan muzik berkonsepkan 1Malaysia serta pertunjukan fesyen. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment
(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.