12 June, 2012

Peranan guru dan murid

Keputusan SPM 2011 pada tahun ini merupakan keputusan yang terbaik sepanjang lima tahun yang lepas.
Walaubagaimanapun keseluruhan keputusan masih terdapat jurang pencapaian di antara calun-calun luar Bandar dan calun-calun di Bandar. Calun-calun luar Bandar masih tercorot ke belakang dalam mata pelajaran English, Sejarah, Math, Pengajian Islam dan Moral Sudies.

Apa yang lebih menarik lagi ialah calun-calun luar bandar mengatasi calun-calun di bandar dalam subjek Sains. Mungkin guru-guru yang baik seharusnya di hantar ke luar Bandar dan tidak berkepol di di sekolah-sekolah dalam Bandar sahaja. Seperti menjadi amalan guru-guru yang tidak berprestasi dihukum dengan dihantar ke luar Bandar, secara tidak langsung pelajar-pelajar luar Bandar juga menerima tempias hukuman tersebut.

Realiti kehidupan di luar Bandar mungkin membantu pencapian mereka dalam mata pelajaran sains. Kehidupan harian mereka seperti bergelut dengan ayam kampong, keli, haruan, pakok-pokok ulam, ikan Karin, ikan semilai, petai, jering dan genuak berbanding dengan rakan-rakan mereka di Bandar yang hanya hidup di kota batu.

Murid yang cemerlang lahir dari bimbingan guru yang cemerlang. Pengalaman sahabat saya bekas guru cemerlang Tuan Syed Osman Mansor semasa diposting menjadi guru besar ke Sekolah Rendah Seri Gedong Sungai Petani yang merupakan di antara yang tercorot di daerah Kuala Muda di mana beliau telah ‘turnaround’ sekolah tersebut ‘from zero to hero’ seharus menjadi di antara ramuan dan pendekatan guru-guru muda hari ini.

4 comments:

  1. orang macam tuan syed osman inilah yang kita inginkan di namakan untuk calon pru13 merbok, insya'ALLAH doa agar di makbulkan

    ReplyDelete
  2. hemm....xpayahlah kot,banyak daripada kalangan yang dok ada lanie pun....semua xmenepati sebagai pemimpin yang beramanah dan ikhlas untuk bangsanya.Semua nak 'chiak',ingat lagi arwah pak wan midi dok hantam puakx nie.

    ReplyDelete
  3. aku sokong syed osman ini jadi calon untuk Parlimen Merbok.
    tapi dia ada degree ke....
    zaman la zaman degree

    ReplyDelete
  4. parlimen boleh dicalonkan, DUN pun boleh dicalonkan, jangan risau, pengalaman nya sangat luas dalam politik dan dalam kerajaan......

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.