Pengaruh media social dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat 2008 menyaksikan kemenangan hebat Barack Obama. Media baru digunakan sepenuhnya untuk menghubungi pengundi, menyebar maklumat, mengumpul dana dan menganjur acara.
Jumlah penyokong Obama dalam Facebook adalah seramai 2,379,102, 380% mengatasi Mc Cain yang hanya mempunyai 620,359 penyokong manakala melalui laman Twitter Obama mempunyai 112,474 penngikut dan Mc Cain hanya mempunyai 4,603 pengikut.
Fakta ini diulangi kembali bagi menjawab kenyataan-kenyataan politikus Kedah yang memperkecilkan peranan media sosial dan memperlekehkan pengamal-pengamal media social di kalangan generasi muda hari ini.
Tidak dinafikan terdapat pertembungan di antara politik dan media sosial berhubung isu kesahihan fakta dan punca fakta di mana sesetengah politikus berpendapat media baru bukannya kewartawanan yang ‘real’. Persepsi mereka hanya jounalis sahaja yang berwibawa membuat lapuran yang tepat.
Malah terdapat juga blog-blog yang wujud hanya sebagai alat penyampaian menghentam rambang dan hilang begitu sahaja atau ‘hit and run’. Walaubagaimanapun terdapat juga banyak blog-blog yang bertahan lama dan sentiasa dikemaskini dan menjadi sumber rujukan pengundi. Blog-blog yang berwibawa akan terus kekal dan yang sebaliknya akan hilang di alam siber.
Seringkali blog-blog politikus di Kedah hanya hangat-hangat tahi ayam yang dikendalikan oleh penulis upahan untuk memuji dan mempromosikan aktiviti mereka.
Akhir-akhir ini kelihatan di kalangan sesetengah politikus Kedah media sosial hanya alat yang berperanan memaparkan gambar-gambar aktiviti mereka dan dipostkan ke Facebook. Mereka tidak menulis dan pengundi tidak dapat mengukur sejauhmana pendapat mereka terhadat satu-satu isu, keintelektulan mereka dan pemikiran mereka sebagai pemimpin glokal. Mereka dilihat masih bermain politik dengan acuan yang lama dan tidak banyak perubahan.
Maka tidak hairanlah jika rakyat meihat hanya PM sahaja yang beriaya-iya mengunakan media sosial dan ingin mebawa perubahan tetapi pemimpin di negeri dan bahagian jauh ketinggalan dibelengu kepandiran.
Ha Ha Ha, Tuan baru sedaq kah bahawa blogger UMNO di KEDAH ni semua kaki ampu dan kaki jilat. Tulisan macam ke laut dan bahasa kalahkan bangsa dan kaum keling.
ReplyDeleteTapi yang lebih serono, bapa kaki ampu dan bodek di tingkat 6 suker budak-budak macam ini. Konon boleh di arah. Pemimpin yang ingin mengarah pun - PEMIMPIN KELAUT.
PAKATAN RAKYAT TETAP AKAN BERJUANG HABIS-HABISAN.
- PEJUANG MAYA