22 April, 2012

Sejauh mana iktibar Media Sosial kepada politikus BN Kedah

Pengaruh media social dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat 2008 menyaksikan kemenangan hebat Barack Obama. Media baru digunakan sepenuhnya untuk menghubungi pengundi, menyebar maklumat, mengumpul dana dan menganjur acara.

Jumlah penyokong Obama dalam Facebook adalah seramai 2,379,102, 380% mengatasi Mc Cain yang hanya mempunyai 620,359 penyokong manakala melalui laman Twitter Obama mempunyai 112,474 penngikut dan Mc Cain hanya mempunyai 4,603 pengikut.

Fakta ini diulangi kembali bagi menjawab kenyataan-kenyataan politikus Kedah yang memperkecilkan peranan media sosial dan memperlekehkan pengamal-pengamal media social di kalangan generasi muda hari ini.

Tidak dinafikan terdapat pertembungan di antara politik dan media sosial berhubung isu kesahihan fakta dan punca fakta di mana sesetengah politikus berpendapat media baru bukannya kewartawanan yang ‘real’. Persepsi mereka hanya jounalis sahaja yang berwibawa membuat lapuran yang tepat.

Malah terdapat juga blog-blog yang wujud hanya sebagai alat penyampaian menghentam rambang dan hilang begitu sahaja atau ‘hit and run’. Walaubagaimanapun terdapat juga banyak blog-blog yang bertahan lama dan sentiasa dikemaskini dan menjadi sumber rujukan pengundi. Blog-blog yang berwibawa akan terus kekal dan yang sebaliknya akan hilang di alam siber.

Seringkali blog-blog politikus di Kedah hanya hangat-hangat tahi ayam yang dikendalikan oleh penulis upahan untuk memuji dan mempromosikan aktiviti mereka.

Akhir-akhir ini kelihatan di kalangan sesetengah politikus Kedah media sosial hanya alat yang berperanan memaparkan gambar-gambar aktiviti mereka dan dipostkan ke Facebook. Mereka tidak menulis dan pengundi tidak dapat mengukur sejauhmana pendapat mereka terhadat satu-satu isu, keintelektulan mereka dan pemikiran mereka sebagai pemimpin glokal. Mereka dilihat masih bermain politik dengan acuan yang lama dan tidak banyak perubahan.

Maka tidak hairanlah jika rakyat meihat hanya PM sahaja yang beriaya-iya mengunakan media sosial dan ingin mebawa perubahan tetapi pemimpin di negeri dan bahagian jauh ketinggalan dibelengu kepandiran.

17 April, 2012

ANGKASA anjur "How Social Media is Changing Your Organisation and the World'

Sam Graham-Felsen
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan menganjurkan program bertajuk 'From a Click to a Movement: How Social Media is Changing Your Organisation and the World' pada 12 Mei di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Program yang diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia itu, antara lain, akan membincangkan mengenai kepentingan media sosial dalam pembangunan aktiviti perniagaan sesebuah organisasi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Angkasa berkata program itu akan dikendalikan Sam Graham Felsen, bekas ketua pengarang blog Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

"Sam Graham Felsen adalah individu yang bertanggungjawab membangunkan kempen pilihan raya paling berjaya dalam sejarah dengan menggunakan media sosial," kata Angkasa yang menaungi lebih 8,000 koperasi dengan tujuh juta anggota. Bernama

08 April, 2012

Senarai nama-nama yang bakal sabotaj jika tidak dicalunkan

UMNO Merbok telah menghantar senarai nama-nama professional (loya, doktor dan ahli perniagaan : Kata Dtk Bashah)bakal-bakal calun yang akan mewakili Merbok.

Calon-calon UMNO Parlimen Merbok PRU 13
1. Tajul Urus Ketua Bahagian Merbok (Bekas Guru, BTN dan tokoh korporat)
2. Abd Rahman Naib Ketua Bahagian ('Pengarah' KEMAS Daerah dan bekas tokoh perniagaan, tokoh agama Maktab Mahmud juga)
3. Hafsah Ketua Wanita (tak dapat maklumat)
4. Saiful Hazizi Ketua Pemuda (Tokoh Korporat)

Calon-calon UMNO Dun Tanjung Dawai PRU 13
1. Ismail Daut Timbalan Ketua Bahagian (Professor TNB)
2. Anuar Naib Ketua Pemuda (Tokoh Korporat)
3. Yusof Keda AJK Bahagian (Pegawai Tertinggi KEDA)
4. Ust Harun AJK Bahagian (Tokoh Agama)

Bahayanya bakal-bakal calun ni apabila nama mereka tidak dipilih oleh pucuk pimpinan atas dan meletak calun helicopter mereka inilah yang bakal buat onar dan sabotaj.

Minta simpang.

04 April, 2012

Mencari Calun 'Professional' di Merbok atau mencari calun 'winnable'?

Melayu sering kali di katakan mudah lupa dan bagi menafikan kenyataan tersebut di bawah MT siarkan kembali komen yang MT terima tiga tahun dahulu ia itu pada September 2009 daripada blogger Serindit Desa dan Merak Kayangan yang MT kira cukup bernas untuk dijadikan panduan di dalam memilih bakal calun di Merbok khasnya dan Kedah amnya.


Serindit Desa Sep 25, 2009 11:05 AM :
Setuju kalau yang nak dijadikan calun tu perlu mempunyai kelulusan akademik. Tetapi kelulusan ini tidak semestinya dapat diterjemahkan kepada kewibawaan sebagai seorang ahli politik. Kelulusan akademik yang boleh diijazahkan di dalam pelbagai disiplin tidak semestinya melayakkan seseorang secara otomatik di dalam disiplin atau 'ilmu politik'. Seseorang itu perlu menimba pengalaman yang panjang sebelum boleh diyakini oleh rakyat sebagai tokoh politik handalan.

Sekadar memegang 'scroll ijazah' dan menjadi Timbalan Ketua Bahagian BUKAN sebenarnya kriteria tepat untuk dipilih sebagai calun p/raya. Lihat pada tokoh yang dipertikai ini. Dengan ikhlas,bolehkah beliau berjaya sebagai wakil rakyat ? Adakah pada dirinya kualiti sebagai seorang YB ? Jangan pula dinilai dari segi jawatan dalam parti, yang kemenanganya dahulu pun boleh dipersoal dari kebersihannya! Kalau sekadar menang dengan kebetulan menaiki rakit calun Ketua Bahagian, adakah ini menampak kualitinya sendiri ? Cuba nilai sebelum beliau menjadi Timbalan. Apa sebenarnya sumbangan beliau ? Ada atau tidak ?
 
Kemudian selepas menjadi Timbalan, apa pula sumbangannya ? Ada atau tidak ? Kalau ahli menganggap penganjuran majlis berbuka puasa, menderma daging, kuih muih atau kain pelekat sebagai sumbangan yang boleh memenangi P/Raya,maka ahli UMNO di Merbok amat cetek sekali dalam ilmu politik !!!

Menjadi popular dan disenangi oleh ahli parti tidak akan menjamin kemenangan dalam mana-mana pilihanraya. Sebahagian besar pengundi bukan dari ahli parti, bukan dari orang Melayu sahaja. 

Justeru yang perlu 'diambil hati' dan dijadikan diri popular ialah dengan rakyat yang akan turun mengundi. Kalau sekadar mempromosikan sesebuah produk pilihan parti, kemudian disediakan jentera dari pelbagai sayap untuk menjual produk ini TETAPI tidak mengambilkira pun samada produk ini disukai atau diterima oleh pengguna ia itu pengundi, APA GUNANYA ?????

Diakui jentera parti hebat. Hebat dari segi jenteranya : jawatankuasa demi jawatankuasa, daerah2 mengundi,peti2 undi,pengarah pilihanraya, wakil-wakil calon, balaci2 yang keliru sepanjang masa, bilik2 gerakan dsb. Ini semua HANYA strategi pemasaran tapi sayangnya untuk 'produk' yang tak laku, yang rakyat tak mahu guna pun.

Jadi mahu tak mahu, jangan hanya jadi popular di kalangan penyokong di dalam parti sendiri sahaja . Tonjolkan diri untuk disenangi, dihormati dan dipercayai oleh rakyat / pengundi ! Melabelkan diri dengan BA, MA, PHD belum tentu dapat melariskan jualan sesuatu 'produk politik' . Tambahan 'the X-Factor' diperlukan dan mungkin dapat membantu strategi jualan.

Merak Kayangan : AnonymousSep 25, 2009 08:46 PM:
Aku setuju dengan 'Serindit Desa' bila dia kata kelulusan akademik sahaja belum tentu dapat mengwujudkan seorang calon yang berwibawa. Mungkin beliau dapat huraikan apakah 'X-Factor' itu. Selain daripada faktor pendidikan, apa lagi patut ada pada diri seorang yang 'galak' nak jadi calon ?

Sebenarnya bukan kita ahli parti dan pengundi sahaja yang perlu mencari dan melihat pada kualiti-kualiti X-Factor ini. Si 'galak'lah yang perlu cerminkan dirinya dahulu; lihat sama ada dirinya itu sudah cukup dengan kualiti yang boleh membantu dirinya menang dlm pemilihan atau pilihanraya.

Seorang calon perlu sedar bahawa dia mewakili parti dan rakyat setempat. Jika sekadar mahu menjadi calon kerana kita ada jawatan dalam parti, kerana kita ada kelulusan akademik yang agak tinggi, kerana kita sudah berkali-kali mengadakan majlis jamuan & penyampaian hadiah-hadiah yang kadang2 tak seberapa nilainya, kerana kita acapkali 'hulur' setiap kali bersalam; ini semua tidak sepatutnya diambilkira oleh pucuk pimpinan bila membariskan senarai calon.

Kata-kata 'Serindit Desa' tentang mempromosi sesuatu produk kemahuan rakyat hendaklah diambilkira secara serious.Betul juga, apa guna elok di mata ahli parti sendiri TAPI xboleh diterima dek rakyat ? Nak jual barang apa pun, biarlah yang rakyat mahu guna!

Awat sangat la ni kita asyik berbicara tentang calon dan pilihanraya. Dekat sangat kah PRU ke 13 tu ? Sudah bersedia kitakah ? Sudah tersusunkah strategi 'peperangan' ? Segala logistik lengkap ke ? Atau kita tunggu hingga saat terakhir dan kita hanya tumpu pada soal calon dahulu ? Sesuai ke begitu ?


Lihat di Bahagian Merbok, mungkin juga di Bahagian2 lain. Sudah reda ke implikasi 'pertempuran pemilihan' tahun lepas ? Sudah hilangkah marah-marah, geram-geram, kecewa-kecewa, rajuk-merajuk dan sebagainya ? Atau pun masih ada kumpulan pemenang yang mahu diteruskan vendetta terhadap puak yang kalah ? Di Merbok juak-juak kumpulan pemenang berlagak seolah-olah mereka sajalah yang peka,cekap dan pandai dalam serba serbi hal politik Bahagian.

Malah yang terdahulu bercakap pun tergagap-gagap, sekarang ni mahu pula berbicara tentang politik Nasional dan (jangan terkejut) nak dihurai pula isu-isu politik antarabangsa. Cuba bayang, dari minda yang selama ini begitu cetek, maka ceteklah kupasan dan huraian mereka. Mungkin difikiran mereka, membarisi kepimpinan Bahagian secara otomatik telah menghidupkan secara serta merta minda yang selama ini jumud kepada satu tahap yang tiba-tiba menjadi cerdik dan pantas?

Lihatlah di majlis-majlis anjuran Bahagian bagaimana 'si Kaduk2 ini naik ke junjung'. Wah, bukan main sombong mereka ini, baik dari kalangan AJK Bahagian maupun dari sayap-sayap parti! Kalau jumpa kita orang di Cawangan, tangan bersalam tapi muka ke lain! Punya hinanya kita di cawangan!

Kalau sesama kita dalam parti pun dah naik meluat, apatah lagi dengan yang di luar sana? Di akui Ketua Bahagian ada perancangan dan persediaan untuk menghadapi Pilihanraya akan datang. Akan tetapi serasikah pelan beliau dengan orang-orangnya yang tak seberapa peka dengan kehendak dan visi bos? Merancang satu hal, melaksana pun satu hal lain ! Ke mana pergi Pemuda? Wanita? Puteri? Sealiran pemikiran dengan bos? Nampak dan mampu melaksanan perancangan bos ? Atau masihkah mereka ditahap yang lama dengan menjalani aktiviti2 yang dah jumud, yang dah tak laku lagi, yang tak memberi sebarang impak apa-apa pun, yang tak conform dengan kehendak rakyat bistari dewasa ini?

Tepat kata 'SD', rakyat mahu produk yang sesuai dengan selera mereka bukan dengan produk yang ditonjol-tonjol oleh parti.Tambah pula dengan kempen2 promosi yang dah lapuk, maka lagi tak teringinlah mereka kepada produk tu!

Saudara atau saudari SD, anda tentu orang politik berpengalaman di Merbok. Menerusi tulisan dan teguran anda kami dapat teka yang sdr/sdri mahu parti berjaya di sini dan juga jelas sekali anda tidak mahu UMNO Merbok 'berkecamok' dan bermasalah.

Your comment, Sir!
Merak Kayangan.


Serindit Desa Sep 26, 2009 03:56 AM :
Merak Kayangan !
Sebagai seorang yang lama di Bahagian ini saya dapat lihat perkembangan politik Merbok daripada pelbagai sudut. Dari stail kepimpinan ke program-program politik hingga ke kerja-kerja persediaan pilihanraya, semuanya dapat dihuraikan satu per satu.

Pemimpin datang dan pemimpin pergi. Perebutan untuk jawatan-jawatan penting memang sesuatu yang 'colourful' di mana-mana Bahagian pun. Cuma yang ditakuti ialah persengketaan yang berterusan selepas pemilihan.

Semua pemimpin akan cuba menyatupadukan semula ahli-ahlinya; cuma akan wujud juga individu-individu yang sengaja mahu persengketaan ini berterusan atas sebab atau agenda tersendiri.Selagi ada puak-puak selama itulah akan terasa penting diri beberapa orang individu. Jadi biarlah krisis puak ini hidup segar semata-mata untuk menyubur beberapa kerat politikus murahan.

Komunikasi dua hala, antara yang memimpin dan yang dipimpin, memang wujud dalam pelbagai bentuk, cara dan pendekatan. Sekarang ini media alternatif menjadi antara pendekatan popular yang boleh mengizinkan interaksi pemimpin dan pengikut.

Segala bentuk cadangan maupun teguran yang dibuat secara berhemah, beradab dan lebih penting tanpa beremosi patut diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Tuduh menuduh yang hanya berlapik kepada syak wasangka seperti yang dapat kita baca di salah satu komen di sini jelas menampakkan kedangkalan idea dan daya pemikiran yang jumud, yang sudah semestinya datang daripada minda seseorang yang prejudis.

Jangan pula kerana kita tidak mempunyai sebarang komen, kritikan atau analisa serta pendapat yang positif dan bernas yang boleh membantu parti; maka kita gantikannya dengan komen yang prejudis, yang rendah mutu dan nilai, yang tidak membantu apa-apa atau sesiapa pun dan cukup sedih dengan bahasa yang kurang manis pula tu!

Kita boleh berbeza pendapat tetapi biarlah cara kita mengutara pendapat kita tidak pula menampakkan sifat tak cerdik, tak matang dan kurang kematangan kita.

Ya, saya memang mahu melihat Merbok pulih semula seperti di zaman kegemilangannya, di mana nama parti keramat kita disanjung dan dihormati. Ini tidak mustahil dilakukan !!! Cuma ia memerlukan kebijaksanaan kepimpinan dan keikhlasan sokongan daripada semua.

Terima kasih.

03 April, 2012

Calun-calun yang disebut-sebut akan mewakili Parlimen Merbok

Tahun ini adalah tahun pilihanraya. Dari atas ke bawah semuanya bercakap perihal pilihanraya. Dari hotel Holiday Villa Alor Setar sehinggalah ke kedai kopi catok tepi jalan dan kedai mamak nasi kandar. Mamak nasi kandar 24 jam hampir sudah boleh hafal watak-watak politikus yang berkunjung di kedainya . Siapa yang mereka pro dan siapa yang mereka anti dan maki. Minum teh tarik segelas duduk sampai tiga atau empat jam.

Sedikit keciwa ialah mereka tidak membincangkan perihal ‘survival’ bangsa Melayu, Islam dan Tanah Melayu tetapi lebih kepada siapa bakal calun. Kononnya seperti merekalah yang akan membuat percaturan siapa bakal calun yang akan mewakili kawasan mereka. Ruang perbincangan lebih bersifat keAKUan daripada sifat keKITAan.

Ruang-ruang Facebook di gunakan wewenangnya untuk ‘character bashing’. Bekalan iPad percuma hasil sumbangan Yang Berkuasa Di Bahagian dikilik ke hulu ke hilir keciwi mencari lokasi pengambaran untuk rakaman gambar-gambar kelompok mereka sedang memeberi sumbangan besalaman sesama sendiri untuk diupdatekan dalam Facebook mereka dan semuanya lebih kepada aktiviti dan kegiatan syok sendiri.

Walaubagaimana pun kesemua ini adalah menifestasi perkembangan politik yang sihat. Negara ini yang mengamalkan pemerihtahan demokrasi berpelembagaan tidak menyekat mana-mana individu yang ingin bersuara dan mengambil gambar. Cuma bagi yang beragama Islam itu harus beringat-ingat supaya tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Kesimpulannya blog MT juga telah menerima beberapa senarai calun-calun yang disebut-sebut akan mewakili Kawasan Merbok dalam PRU13 yang akan datang tetapi masih diperingkat ingin mendapat pengesahan dari pihak-pihak yang tertentu supaya ia tidak mengeciwakan mana-mana individu yang nama mereka tidak dicalunkan.

Mungkin senarai ini ingin didedahkan supaya calun-calun tersebut tidak terkejut berok dan pengundi boleh bersiap siaga dari sekarang dengan pen di tangan untuk memangkah semasa hari pembuangan undi kelak. Dan yang maha penting ialah bakal calun tersebut sudah boleh membaca siapa yang akan mensabotaj beliau khasnya di peringkat Bahagian. Dan siapa yang akan melompat seperti ikan keli kehabisan air.

Apa pun di harap bersabar…WAIT AND WE ALL SEE.