01 March, 2012

Kadir Sheikh Fadzil tak dak integriti

2012/02/29
ALOR SETAR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Kedah mendakwa bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mempunyai agenda politik kepentingan diri apabila mendedahkan pengundi Parlimen Kulim/Bandar Baharu mudah dibeli dengan wang.

Yang DiPertuanya, Syed Osman Syed Mansor, berkata tindakan Abdul Kadir menghina integriti pengundi yang mengundi beliau untuk mewakili mereka sebagai Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu selama beberapa penggal. "PERKASA Kedah ingin bertanya mengapa baru sekarang Abdul Kadir mendedahkan perkara ini. Adakah Zulkifli Noordin (Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu sekarang) juga menang dengan cara sama (membeli undi)? "Sekiranya beliau seorang yang berkewibawaan dan boleh dipercayai adalah wajar beliau membuat laporan polis," kata Syed Mansor kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan Abdul Kadir yang mendakwa wang digunakan bagi membeli undi pada kempen pilihan raya lalu ketika berucap pada satu forum baru-baru ini.

Syed Mansor turut mempersoalkan perbuatan Abdul Kadir sebagai balasannya kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang memberikan beliau segala keistimewaan dan kedudukan selama dia bergiat cergas dalam politik.

"Pengundi sekarang bertambah cerdik. Perbuatan Abdul Kadir boleh memberi kesan ke atas adiknya, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang sekarang Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu sekiranya terpilih sebagai calon BN pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Dalam suasana politik sekarang, beliau berkata bekas menteri daripada UMNO seharusnya lebih bijak mengeluarkan kenyataan kecuali mereka menyertai pembangkang untuk meraih kepentingan peribadi. - BERNAMA

3 comments:

  1. dia dah balun semua dah. baru sekarang nak bising. duit dye rambut pun duit masa kerja dalam bn dulu kot? tapi yang herannya, orang sebelah sana tak bising sangat. maklumlah, member ni dah nak jadi satu geng.

    ReplyDelete
  2. itu nasib rakyat biasa.Depa sapu isi sampai licin.rakyat dapat kuah saja.Pi mai pi mai depa juga yg buncit perut.

    cuba hangpa tengok orang kulim serdang mahang bandar baru selama junjung lubuk buntar ada apa.

    depa dua beradik serupa sahaja.Guna umno untuk berniaga saja.

    ReplyDelete
  3. Kadiak dah umur hampir atau dah lebih 70 tahun.Dia dah tak perlu apa apa lagi.Dia dah tak ada agenda peribadi macam Syed Osman bekas Chegu aku yang UMNO Merbok pun dah tak mau,jadi jalan mudah masuklah Perkasa yang dipimpin pula olih orang yang pernah tibai dan maki UMNO walaupun ketua dia tu dapat apa yang dia perlu dapat waktu dia dalam UMNO.Sekarang ketua dia masuk balik UMNO dan tibai balik parti yang bagi dia bernyawa pada waktu nyawa dia dalam politik dah tahap nazak.
    Aku tau apa yang Kadiak kata tu amat betoi pasai aku juga adalah sebahagian dari depa yang dok buat kerja tu dulu.
    Mungkin sekarang Kadiak mau,BN menang secara gentelman,bukan tipu sebalik tembok.
    BN,kalau kuat apa takut,lawan lah secara bersih.Tapi yang pasti ketua Syed Osman akan terpelanting dan dia pun akan ikut sama ketua dia.

    ***umno karat biru dari sungai lalang-dululah..la ni tengok siapa calun nya bukan partinya.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.