07 February, 2012

Pegawai Menteri Isu MINYAK MASAK. Pegawai Hal Ehwal Pengguna di Sungai Petani cakap lain tetapi yang berlaku di bawah lain

SUNGAI PETANI 6 Feb. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kedah memberi jaminan bahawa bekalan minyak masak di negeri itu mencukupi.

Pengarahnya, Mohd. Sakri Saleh berkata, jaminan itu dibuat selepas beberapa tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai.

Bagaimanapun katanya, kekurangan minyak masak yang berlaku di sesetengah kawasan adalah disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan.

"Minyak memang mencukupi untuk negeri. Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin dan tidak membuat pembelian panik," katanya kepada pemberita selepas meninjau bekalan minyak masak di sekitar bandar ini, hari ini.

Minyak masak yang merupakan salah satu barang kawalan yang disenaraikan oleh kementerian itu dilapor sukar diperoleh di beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor sejak kebelakangan ini.

Mohd. Sakri berkata, pihaknya memantau keadaan itu dan memberi amaran peniaga yang menaikkan harga barang berkenaan akan menghadapi risiko untuk didakwa mengikut Akta Antipencatutan. Beliau mengakui, ada kalanya bekalan tersebut menghadapi kekurangan terutamanya di kawasan pedalaman tetapi bukan dalam jumlah ketara.

"Di Kedah para peniaga diberikan kouta oleh MPOB sebanyak 2,500 tan metrik setiap bulan sedangkan penggunaan lebih. Bagi mengatasi masalah ini, kita bercadang memohon penambahan kouta kepada 4,000 tan metrik setiap bulan dalam tempoh terdekat," katanya.
(Utusan Malaysia)

Sejauh mana kebenaran kenyataan pegawai di bawah Ismail Sabri, Menteri Hal Ehwal Pengguna ini pun kita tak tahu kerana baru semalam apabila tinjaun di buat di pasaraya Tesco Sungai Petani pengguna masih merungut kerana tidak terdapat minyak masak. Yang hanya terdapat di rak-rak bahagian minyak ialah minyak jangung dan minyak bunga matahari.

Inilah yang dikatakan pegawai atasan cakap lain tetapi realiti di bawah lain yang terjadi.

2 comments:

  1. nak tau pasai pa minyak masak dikedah tak cukup..pi la tengok kat kampong2 dalam negeri siam yg berdekatan dengan kedah.
    kedai runcit depa juai minyak masak keluaran malaysia.
    kastam dan imigeresen kat sempadan tu rabun belaka.rabun pasai mata kena tutup dengan RM.

    ReplyDelete
  2. Merbok Times ,Tuan Pengarang, izin saya mohon masuk
    SUBSIDI TODAK SAMPAI KPD GOLONGAN SASAR

    Kerajaan Pusat terus tidak bertanggungjawab kapada negara dan rakyat tulin dengan memberi lagi tambahan subsidi sehingga RM600 juta untuk gula,yang di antara RM20billion subsidi subsidi .
    1.Subsidi minyak petrol diesel gas minyak masak gula tepong dan beras menguntung golongan yang BUKAN sasar ,yaani 3,000,000 PATI dan warga asing yang:
    a..menghantar pulang 3 billionRM kapada negara indonesia kerana jimat kos sara hidup asas di malaysia.Kerana subsidi gula beras tepong minyak gas petrol dan kesan hiliran , mereka dapat jimat duit hantar pulang.
    b..yang berniaga dalam negara dan runcitan menjual barang subsidi kapada warga senegara asing juga di kedai runcit dengan harga lebihan dari harga kawalan.Pereksa lah siapa yang beli dengan kuantiti yang amat banyak di hypermarket di lembah kelang termasuk KR1M.
    c..Yang membuka curry house dan membeli barangan subsidi dengan murah dan menjual makanan yang sangat menguntungkan.Pereksa lah siapa yang membeli dengan kuantiti yang banyak di hypermarket termasuk KR1M lembah kelang , gula beras minyak masak tepong dan bahan produk hiliran yang murah.
    d...Yang membuka kedai TOM YAM KUNG dan mengunakan bahan bahan subsidi untuk kedai mereka,termasuk kos operasi kenderaan diesel dan petrol.Pereksa lah siapa yang membeli beras gula minyak tepong dan bahan yang murah di hypermarket dilembah kelang.
    e...Menyeludup barangan subsidi gula minyak tepong gas masak petrol disel ke Thailand Indonesia Philiphine.Pada hakikat nya rakyat Malaysia yang sarakan hidupan asas ratusan ribu Rakyat Indonesia Thailand Philipine.
    2/ Akibat kos terlampau di subsidikan,maka ratusan ribu warga asing dari Indonesia India sri Lanka cina vietnam camboja iran irak thailand philipine nigeria ghana somalia bangla desh Myanmar datang melulu macam halintar dan hirup udara malaysia dan nak ratah subsidi malaysia.

    2.1 PATI yang di tangkap dalam ops 6P meronta meronta ronta ronta tak mau di tangkap dan tak mau pulang .Mereka sanggup masuk dari pintu belakang, sebab Malaysia ada 20 billionRM subsidi dan mereka akan hidup di Malaysia saperti tak pernah bayang impian.
    2.2Mereka tidak mau pulang.
    Mereka mau hidup di malaysia sampai mati, sanggup buat apa saj.
    Hebat betul Malaysia !!! Najib, setuju tada negara lain lah di dunia yang bagi Rakyat asing dan PATI melantak.Muhyideen bangga dengan bandingan harga2 subsidi dengan Singapura Amerika England....

    3.Aku Hairan Najib tak putus tak henti memuji Malaysia di mana saja di berucap dan ber Hariraya berkrismas berHappy New year dan berGonXI Fa Chai,di london Beijing new york Saudi,Australia kerana memberi lantak 3,000,000 pati dan non pati !!
    Hebat betul Malaysia !
    Najib kata pada diri nya.

    4.Najib tidak bolih ambil jawatan Menteri kewangan lagi dengan 1M PM liberal bapak vernakular kelainan inklusive engage Mr Kool gajet futsal Jen Y transformsi dan terbanyak sekali cuti umum dan juga presiden 3.4 ahli UMNO.

    5.Najib,kalau anda menang kerusi PRU, cara ini mentabir kewangan negara, melayakkan anda menjawat ketua pembankang saja. Idris Jala setuju dengan saya.

    6.Nak gelak sakan, minyak masak bersubsidy memang susah nak jumpa di pasaran biasa dan kedai runcit walaupun berbersibdi.
    Sebab nya: Kilang2 tidak mau proses minyak CPO.Mana Tidak.
    Harga CPO dah cecah 3,200 stau tan,yaani 3.20 sekilo. Nak proses jadi miyak masak kena belanja 65 sen satu kilo.Jumlah 3.85,jual kat orang 2.60 sekilo !!!!!!

    Dapat subsidi tapi lambat lah aliran kewangan,lagi baik jual CPO,bolih simpan duit iti di luar negara 6 bulan ke setahun.

    Tindakan saperti ini dan hanya mengalakkan kaki anda putus kerana tembak kaki sendiri terlalu banyak kali sahinggalah sesiapa yang nak ambil alih kerajaan PRU 13, tak perlu kerja kuat dan tak payah kempen lama.


    Dan tak perlu hamparan subsidi demi subsidi dan beaneka macam kapada warga asing,sebab mereka bukan yang di sasarkan.

    Harap maklum.
    arjuna waspada
    changkat lobak

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.