KUALA LUMPUR, 5 Jan: Veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar 'tidak kalut' untuk mengadakan pilihan raya seawal Mac tahun ini.
Sebaliknya kata beliau, Najib sewajarnya menunggu Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya selesai melaksanakan tugas mereka terlebih dahulu dan segala syor mereka dilaksanakan sepenuhnya.
Jika Perdana Menteri membuat pilihan raya awal tanpa menunggu jawatankuasa yang dibentuknya selesai menjalankan tugas, orang ramai akan mempertikaikan langkah beliau itu dan menganggap beliau menipu.
Oleh itu, katanya, Perdana Menteri perlu memastikan jawatankuasa itu selesai menjalankan tugas mereka selepas beliau sendiri melantik mereka sebelum ini.
Bekas menteri penerangan dan pelancongan itu berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan Harakahdaily semalam.
"Setakat ini baru cap jari (dakwat kekal), benda kecik sahaja, benda-benda pokok belum buat lagi.
"Kita ada masa, parlimen ini sampai April 2013, apa duk kalut sangat. Tabur duit merata-rata nak buat pilihanraya bulan Mac," katanya.
Sambil mengingatkan Najib bahawa sekarang sudah tahun 2012, rakyat zaman ini sudah pandai menilai dan tidak boleh lagi diperbodohkan, kata beliau yang juga Timbalan Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).
Antara lain katanya, keperluan rakyat kepada media yang adil dan bebas, bukan melaporkan sebelah pihak seperti sekarang ini.
"Harakah misalnya, mewakili setengah daripada orang Melayu di Semenanjung.
"Dia mintak permit nak buat akhbar (harian) ni dah 50 tahun dah, tak bagi juga. Kalau saya ada kuasa saya bagi," katanya lagi.
Selain itu, beliau juga mengingatkan kerajaan BN pada hari ini agar matang dan tidak lagi menggunakan taktik kotor untuk menang pilihan raya termasuk amalan membeli undi.
"Saya sendiri pernah diberi satu longgok cash suruh saya edar. Pembelian undi secara-terang terangan dua tiga hari sebelum pilihan raya. Berjuta-juta duit diedar cara besar-besaran.
"Ramai orang kelabu mata bab duit ni, tapi tak usah buat dah la, hodoh sangat dah," katanya sambil menyeru BN bertanding secara 'gentleman'.
He is already expired in his tenure..........so please stay away from politics and start going to 'surau' to perform 'amal ibadat lahhhhhhh'.
ReplyDeletekadiaq sedar tak hang tu sapa?
ReplyDeleteawat keluarga hang tak tabuq duit ka?
sapa tak kenai hang, sapa tak kenai aziz adik hang tu? depa ni tak main duit ka? tak tabuq duit ka? awat, kalau hang hebat sangat, awat hang bagi adik hang pegang umno kulim, kalah pula pilihanraya, jangan lah dok mengaku diri sendiri hebat??????
awat,hang ingat PM NAJIB bodoh ka?
DATO' SERI PM tahu lah apa dia buat,
kami rasa kot-kot puak hang dah tak laku lagi di KULIM tu yang dok kalut, macam hasan ali juga lah....
dok kalut dakwatlah,dok kalu SPR la,
ingatlah pakatan pembangkang menang di kedah, penang,selangor,kelantan tu pakai SPR lama la, pasai apa nak kacau SPR lagi,
mengaku saja lah hang ni dah orang tak pakai
lagi, masa hang sapu dah berlalu............
salam dri mr.sedim
wah mamak tongkang bersuara.
ReplyDeletediri dia tu bagus sangat ke?
istana dia kat kampong tawar,baling tu bila nak dijadikan markaz pas.
biar kosong saja membazir namanya.
lepas ni bolih pakai serban dan naik pentas buat ceramah ugama.
cucu saad tokwan,tawar
ntah iya ntah tidak kadir ckp camtu...jgn2 harakah dok putaq kot....
ReplyDeleteeh eh eh eh......betoi ke kata-kata keling pekan tawar ini.dulu dialah kaki tabok duit rata sampai sabah.hari ini tikam umno pula.
ReplyDeleteeloklah dia dan adik beradik dia kaya kerana umno.kemudian tutoh umno pula.
awat adik dia kat kulim tu baguih sangat ke.
bungkus kalau adik hang jadi calon.aku orang umno pertama tak undi bn.
Laa...kadiaq. Hang dok merapu apaaa??? Mini bar kat rumah hang tu dok ada ka lagi?? Hang dok mabuk lagi ka?? Pi tobat cepat haisssh. Dah tua dah. Ckp hang tak laku dahhh!!
ReplyDeleteAwat dok kalut sangat ni ? Selalunya, bila dah lepas 'twilight zone' , mulalah ikhtiar cari jalan nak hidup semula. Dunia politiknya dah lama habis. Rehat aje lah ! Rakyat nampak permainan manusia ini sebenarnya. Kalau dah 'pencen' dok diam, cukuplah !
ReplyDeleteGreat post. I was checking constantly this blog and I'm impressed! Very useful information specifically the last part :) I care for such info a lot. I was seeking this particular info for a long time. Thank you and good luck.
ReplyDeletemy website :: nitro force