Hasan Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam bersama Ketua Pengarah JAIS, Marzuki Hussin telah menahan 18 orang Islam termasuk wanita sedang mabuk kerana minum arak.
Tahun baru disambut dengan minum arak di di dua pusat hiburan di Mutiara Damansara dan Petaling Jaya ternyata ini amat memalukan umat Islam.
Inilah komitment Hasan Ali sebagai seorang exco yang bertanggung jawab mencegah mungkar dan murtad.
Tindakan-tindakan inilah yang membuat DAP pening dan benci dengan Hasan Ali. Hasan Ali tidak mudah tunduk kepada tekanan-tekanan Teresa Kok dan MB Selangor Khalid Ibrahim kerana beliau tahu beliau adalah asset yang berharga kepada PAS.
Kepimpinan tertinggi PAS menjadi kecut apabila Hasan Ali menggunakan media perdana Utusan dan TV3 untuk meluahkan kekeciwaan beliau tentang kegelinciran perjuangan PAS kerana tunduk kepada DAP dan PKR.
Yang lebih mengeciwakan beliau ialah apabila Harakah sendiri memboikot beliau.
ya ke hasan ali tu betul2 sayangkan islam bawaan PAS,
ReplyDeletekalau betul2 sayangkan islam mengapa hasan ali masih membenarkan PAS berkiblatkan al-juburi yang dilaknat islam dgn amalan perbuatan liwat luar tabeiii, bukan hanya pi tangkap org minum arak-itu serah sja pada pihak penguatkuasa agama islam JAIS, kenapa benarkan PAS lakukan banyak kemungkaran........