27 December, 2011

Datuk Azmi lebih sinonim di Tanjung Dawai

TANJUNG DAWAI – Penduduk Dun Tanjung Dawai masih memberi sokongan padu terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN), selain parti itu diyakini akan terus menjadi pilihan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Penaung Kelab Sukan Komuniti Tanjung Dawai dan Belia Berwawasan Bukit Selambau, Datuk Arzmi Abd Hamid berkata, sokongan itu masih kuat berdasarkan penglibatan mereka dalam setiap aktiviti dianjurkan.

Arzmi yang juga bekas Adun Tanjung Dawai berkata, beliau yakin terhadap sokongan rakyat di Dun berkenaan dan yakin boleh menang dalam PRU akan datang.

“Berpandukan suasana politik yang mahu BN kembali memerintah selain sokongan terhadap setiap program dianjurkan, kita yakin dapat meraih sokongan penuh,” katanya ketika ditemui dalam Program Bersama Jalinan Mesra, di sini, semalam.

Beliau berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang politik yakin dengan sokongan setia rakyat terhadap BN di Tanjung Dawai dan BN boleh merampas kembali kawasan berkenaan dalam PRU ke-13 nanti.

Menurutnya, Tanjung Dawai merupakan tempat cukup istimewa baginya di mana kawasan tersebut pernah menerima kunjungan 70,000 pengunjung ketika ditadbir BN.

“Kita pernah meningkatkan pelancongan di Tanjung Dawai apabila menerima sambutan baik pengunjung sewaktu menganjurkan Pesta Tanjung Dawai 2007 di mana jualan sehari bagi seluruh kawasan Tanjung Dawai mencecah RM100,000 pada masa itu.

“Namun apabila ditadbir oleh Kerajaan Pas, kita tidak nampak bentuk pembangunan dan kemajuan yang dibawakan bagi meningkatkan ekonomi penduduk,” katanya.

Arzmi berkata, kekalahan BN di Tanjung Dawai pada 2008 meninggalkan kesan dan kesedihan buat penduduk yang mahukan kemajuan.

Menurutnya, banyak projek yang telah diatur bagi menjalankan pembangunan khususnya di Tanjung Dawai tertangguh dan setiap perancangan tersebut akan diteruskan sekiranya BN diberi mandat selepas PRU13.

“Kita telah merancang Projek Jambatan Tanjung Dawai–Pantai Merdeka, pemasangan lampu di sepanjang pesisiran pantai dan penganjuran Sukan Laut menggabungkan negara Malaysia, Indonesia dan Thailand yang tertangguh,” katanya.

Dalam perkembangan berbeza, katanya, program anjuran bersama Kelab Sukan Komuniti Tanjung Dawai, Pertubuhan Belia Berwawasan Bukit Selambau dan Belia Samudera Biru itu dirancakkan dengan acara mengacau enam kawah bubur Asyura yang diagihkan kepada 700 pengunjung adalah salah satu cara mengerat silaturahim juga bersempena Pesta Tanjung Dawai.

Hadir sama, pimpinan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Kedah dan pemimpin Umno Merbok. (Sinar Harian)

3 comments:

  1. PRU 12 yang lalu Datok Mie Janggut kena sabotaj .Politik wang cukup top di merbok.

    ReplyDelete
  2. tahniah buat dato mi, tahniah kerana buat kerja kuat2 untuk menangkan kembali BN di DUN TG.DAWAI, ini lah contoh pemimpin sebenar, pakat2 turun bantu dan jumpa masyarakat untuk kebaikan tanpa ingin melobi dan tiada hasrat untuk jadi CALON BN PRU13 nanti, syabas syabas syabas,
    maka pucuk pimpinan bolehlah tengok calun2 muda dan baru serta berpendidikan dan berwibawa untuk diketengah, antaranya:-
    - syakirah ketua puteri
    - saiful ketua pemuda
    - mi lawyer bekas ketua pemuda
    - dato mokhzani bekas ketua pemuda
    - karim ali bekas ketua pemuda
    - cikgu mud bekas timb,bahagian
    - man boleh
    - anuar naib pemuda
    - romli ishak bekas s/u pemuda
    - lan mahmud
    - prop dr mail daud
    inilah calon2 yg perlu di beri perhatian di parlimen merbok dan dun tg dawai

    ReplyDelete
  3. Merbok memerlukan Kepimpinan baru yg Kuat dan Dinamik.Nama Merbok adalah nama Besar dalam Kepimpinan UMNO kerana TUN DAIM mewakili Parlimen MERBOK sepanjang pemerintahan TUN MAHATHIR dan Merupakan Menteri Keewangan yg terkemuka.Dato TAJUL dan DATO AZMI eloklah berundur dan beri laluan muka baru dan muda yg dinamik dan berpendidikan tinggi untuk memimpin dan meneruskan Perjuangan UMNO di MERBOk.Faktor umur dan kesihatan dan juga rekod kedua2 dato ni kalah dalam PRU12 lalu adalah isyarat jelas bahawa rakyat mahukan kepimpinan yg baru.salam.tq

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.