SUNGAI PETANI - Ketua UMNO Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Md. Zain kerugian RM6,000 apabila cermin kenderaan Toyota Harrier miliknya dipecahkan pencuri yang kemudian melarikan beberapa barangan berharga dalam kejadian di luar pagar rumahnya di Lagenda Heights di sini pagi ini.
Selain kerugian akibat cermin kereta yang dipecahkan, beliau turut kehilangan sebuah komputer riba, kamera dan iPad 2 yang diletakkan dalam kenderaan itu.
Tajul Urus memberitahu pemberita di rumahnya hari ini bahawa beliau menyedari kejadian itu pada 7 pagi tadi ketika menemani anaknya yang hendak ke sekolah keluar rumah.
Katanya, beliau telah memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya dan mendapati kejadian kecurian itu dilakukan oleh dua individu yang tidak dikenali pada 6.39 pagi tadi.
"Dua lelaki itu keluar dari sebuah kereta, seorang memakai topi keledar untuk tutup muka dan seorang lagi memakai pakaian serba hitam, oleh itu saya tidak dapat mengecam muka mereka.
"Mereka pecah cermin belakang kereta saya dan cermin sebelah tempat pemandu. Saya percaya kecurian ini didalangi oleh tiga orang semuanya sebab seorang lagi hanya tunggu dalam kereta sebagai pemandu,” katanya.
- Bernama
itu akbibatnya undang2 kiuta kian lemah..penjenayah berani sebab merak kini terlalu banyak hak...kau tanya lah PakLah...dia bantai polis , dia hantar menteri ke Chiana minta maaf dgn keraaajn Chian isu Tok Ketampi..pada hal yag kena tu org melayau.. orang malaysia...Imej PDRM masuk parit...Pakatan dan NGO tibai Polis..Paklah tambah dgn letak garam dan cili padi...Kini apa da Jadi...Mahkamah pun da lemah...peguam negara da layu...tak cukup bukti sukar nak tuduh..jika tuduh..pembela ramai membantu..jika jatuh hukum pun ala kadar...Ini lah ahkibat Keraaajn yg Lemah...Sekalong Tahniah PakLah....
ReplyDeleteanon 10:25
ReplyDeletebangang punya tanggapan.
sejarah buktikan Pak lah dah ujudkan suruhandiraja untuk baiki imej polis,tapi pihak polis(KPN waktu itu) yang bagi bermacam alasan untuk tidak laksanakannya.
memanglah perangai pembodek pembodek akan salahkan orang lain bagi melindongi kelemahan orang yang depa sokong
jadilah manusia yang baik
manusia yang baik mesti hentam paklah.....
ReplyDeletemanusia yang jahat bodeklah paklah......
aku ingat yg curi tu geng penagih dadah kot.sebab kuala muda pun top juga rekod penagih dadah dikedah.yang paling banyak jadi penagih dadah ialah anak melayu.dekat raya aidil fitri kenalah berjaga-jaga.lampu keliling rumah kenalah nyalakan sepanjang malam.lagi pun harga dadag pun mahal.apa lagi depa dok mengendap rumah orang kaya-kaya sahaja lah.depa pun tahu dalam kereta orang kaya ada macam-macam barang berharga.kita janganlah polis bulat-bulat.penjenayah pun bijak juga semasa nak songlap rumah atau kereta orang kaya.
ReplyDeletedalam masyarakat hari ini perenan emak bapa pun satu hal juga.bikin ansk pandai nak jaga anak tak pandai.anak masa kecik-kecik tak pandai nak jaga.bila remaja jadi problem pada masyarakat.
lagi banyak ceramah agama,lagi banyak kuliah agama,lagi banyak forum hal ehwal islam makin bertambah serabut akhlak orang Islam.Depa bukan tahu haram halal dosa pahala.
sepatutnya taman dato tajul duduk tu kenalah ada kawalan keselamatan sendiri.maklumlah taman orang kaya raya.gunalah hidmat rela atau syarikat keselamatan yg berbayar.
nak senang orang kampung aku dulu.sebelah malam tidur pun tak benrkunci.waktu malam pakai sendal dengan kukok nyok.itu dulu zaman orang kg miskin.penagih dadah pun tak ada.
apa pun hidup hari ini memang susah.miskin pun susah.kaya sikit pun susah.
aku harap janganlah ada pula pemimpin merompak harta rakyat.
ReplyDeletehe he he he.gurau je nooooo