27 May, 2011

Rashid Din, Ahli Parlimen Merbok tak peduli rakyat penjaja tepi jalan walaupun berlaku di hadapan rumahnya

Gerai-gerai sedang diroboh Pic : Panggongopera.blogspot
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri disaran menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membincangkan isu peniaga tepi jalan yang berleluasa di seluruh Kedah selain meneliti proses ke arah pemutihan masalah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, S Manikumar berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu penting kerana isu peniaga tepi jalan tidak pernah dibincangkan secara terperinci di setiap mesyuarat pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah, sedangkan terdapat pelbagai aduan dan tindakan penguatkuasaan dijalankan ke atas mereka.

:Menurutnya, keperluan Kerajaan Negeri untuk meneliti permasalahan peniaga tepi jalan penting memandangkan kegagalan menangani isu tersebut dengan bijak akan menyebabkan nama baik Kerajaan Negeri terjejas walaupun sebarang tindakan dilakukan berlandaskan peraturan.

“Sebagaimana masalah penjaja yang berniaga di atas rizab jalan di kawasan saya (Bukit Selambau) baru-baru ini, saya mengakui mereka berniaga tanpa mematuhi semua peraturan perniagaan sebagaimana disyaratkan PBT, bagaimanapun tindakan penguatkuasaan terhadap mereka akan menyebabkan kehilangan sumber pendapatan kerana sudah lama bertapak di sesuatu tempat.

“Sekiranya tindakan penguatkuasaan awal diambil terhadap mereka, peniaga terbabit kemungkinan tidak berniaga di situ. Bagaimanapun, setelah tindakan tidak diambil dalam tempoh masa lama, peniaga terbabit sudah bergantung pendapatan dengan berniaga di tempat itu.

“Justeru, penelitian sewajarnya isu ini perlu dilakukan terhadap kedua-dua pihak memandangkan ada pro dan kontra dalam soal kewajaran tindakan penguatkuasaan PBT diambil ke atas mereka,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.

Manikumar berkata, satu proses pengumpulan data peniaga tepi jalan perlu dilakukan PBT setiap daerah untuk memastikan jumlah peniaga dan lokasi perniagaan mereka dikenal pasti bagi membolehkan urusan ‘pemutihan’ peniaga terbabit dapat dijalankan.

“Urusan ‘pemutihan’ yang dimaksudkan bukan membasmi peniaga-peniaga terbabit, sebaliknya Kerajaan Negeri menggunakan kesempatan ini untuk membantu mereka dengan menyediakan prasarana dan tapak berniaga baru yang lebih selamat dan terjamin.

“Di pihak Kerajaan Negeri, isu peniaga tepi jalan ini perlu diletakkan di bawah satu komponen khas untuk memantau dan meneliti permasalahan dialami kedua-dua pihak iaitu peniaga dan PBT bagi mengelakkan masalah berbangkit timbul di kemudian hari,” katanya.

Manikumar menegaskan cadangan yang dikemukakannya bukan untuk menghalalkan tindakan peniaga tepi jalan yang kebanyakannya berniaga tidak memenuhi syarat diperlukan, sebaliknya bertujuan memberi perlindungan kepada mereka.

“Dari sudut penguatkuasaan, sememangnya tindakan mereka salah. Tetapi kita perlu akui kegagalan kita melaksanakan tindakan penguatkuasaan awal terhadap mereka menyebabkan mereka terus bergantung harap terhadap sumber pendapatan diperoleh daripada berniaga di situ.

“Justeru, masalah ini perlu diperhalusi dengan kerjasama kedua-dua pihak termasuk Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat Kedah,” katanya.

5 comments:

  1. Tempat melayu depa p musnah, tempat cina tgk depa musnah ka dak...kita tunggu tgk Pekan Lama...

    ReplyDelete
  2. Pemerhati jalananMay 28, 2011 at 4:20 PM

    Isu ini dah lama sejak zaman BN lagi.Aku rasa wajar juga PBT ambil tindakan pada peniaga tepi jalan yang nampak amat kotor dan comot.Mereka ini adalah peniaga yang tak tahu jaga kebersihan dan pengotor pula itu.Sudah kotor dia punya bumbung pun ada yg pakai pelastik,zink buruk,dinding buluh dan sebagainya yg cukup menggamnbarkan peniaga Melayu macam peniaga pelarian.Aku sokong PBT ambil tindakan bukan kerana soal politik.Tapi soal peraturan dan keselamatan.Undang-undang yg ada pun digubal zaman BN lagi jadi kerajaan .Kadang kala peniaga Melayu wajib diberi tindakan keras sikit.Paniaga Melayu dia kira mana ada ruang dan tumpang sikit dia mula lah berniaga.Kalau ada sorang jual goreng pisang nampak laris sikit maka dia mulalah tempek disitu.PBT pun satu hal juga.Kalau nak ambil tindakan kenalah cepat jangan sampai bertahun baru nak ambil tindakan.Nampak lemah sangat penguatkuasa Melayu,Kerajaan Melayu dan peniaga Melayu mudah naik tocang.Sampai bila Melayu nak bertniaga ditepi jalan.PBT pun kalau nak bina gerai bagilah senonoh sikit.Pegawai Melayu dPBT pun bengong bukan ada otak busines.Dia kira nak buat sahaja tanpa penyelidikan yang kemas dan betul.Janji periuntykan dapat di habiskan.Mentaliti pegawai Melayu PBT pun sudah hampir sama dengan peniaga Melayu ditepi jalan.Sudah tiba masa nya peniaga Melayu dan PBT duduk bincang cara nak tolong peniaga Melayu atau Cina.Sebab yang berniaga ini adalah orang miskin dan susah.Pegawai mereka dapat gaji tetap bulanan.tapi kena ingat juga gaji itu datang dari mana kalau tak lain tak bukan dari hasil cukai juga.Oleh itu eloklah pegawai PBT pun kena diberi kursus sikit tentang alam berniaga.Orang politik bila campur tangan dia kira soal pengaruh sahaja.Oleh orang politik tengok mana yang patut sudahlah.Jangan semua dijadikan isu politik.Takut nanti undang-undang tertsangkut dibahu jalan sahaja.Siapa pun tak hormat.Berpada=padalah kalau nak kaitkan dgn politik.

    ReplyDelete
  3. memang pemimpin melayu PAS dan PKR kedah hanya berani dengan melayu sahaja,
    puak2 ni bukan boleh percaya,depa pandai berlakon konon2 tolong rakyat........
    rasid din ni apa dia boleh tolong, dia pun uzur sana uzur sini dan tahniah kepada penyokong2 dan pengundi2 beliau,.... dan elok nya PRU13 nanti undi lagi parti haprak geng juburi dan ayah pin klantan tu kerana utk rakyat sejahtera

    ReplyDelete
  4. Undilah Dato Mi

    ReplyDelete
  5. aku sokong PBT, jangan bagi muka sangat..,dulu BN bagi muka kat peniaga haram , sbb tu rakyat tolak BN... aku mau MPSPK mai pereban kedai haram di depan Taman Sidam Kiri...kalu berani mai laa...

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.