06 January, 2011

Ramai wanita Britain peluk Islam


LONDON - Wanita kulit putih adalah antara golongan paling ramai memeluk Islam di Britain sepanjang tempoh 10 tahun lalu.

Jumlah penduduk negara Eropah itu yang memeluk Islam turut meningkat daripada 60,000 orang kepada 100,000 dalam tempoh sedekad, melalui tinjauan pertubuhan bukan kerajaan, Faith Matters.
Sekurang-kurangnya 5,200 penduduk Britain memeluk Islam sepanjang tahun lalu.

Wartawan, Lauren Booth (gambar) yang juga adik ipar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair menarik perhatian ramai apabila mengumumkan telah memeluk Islam, tahun lalu.

Tinjauan yang dijalankan terhadap 122 mualaf itu menunjukkan sebanyak 56 peratus daripada mereka adalah rakyat Britain, dan 62 peratus lagi merupakan wanita kulit putih.

2 comments:

  1. Alhamdulillah. Bila pulak puak rasis kiasu ni boleh diIslamkan oleh PAS?

    Nampak gaya PAS ni yang lebih kepada nak dikristiankan DAP.

    ReplyDelete
  2. Setelah mereka memeluk Islam adakah mereka menyertai PAS atau tidak.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.