(Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj meninggal pada 10.25 malam pada 6 Disember 1990 hari Khamis semasa berusia 87 tahun.
MT ingin menceritakan kembali serba ringkas anekdot perjalanan kisah Tunku selepas beliau bersara yang mungkin ada di antara kita yang telah tahu dan mungkin ramai yang tidak tahu.
Anekdot-anekdot ini dicerita oleh sahabat karib Tunku, Datuk Abdul Aziz Ahmad atau kerap dikenali sebagai “Aziz Antara” beliau adalah seorang usahawan yang berjaya dan pengasas Syarikat Pustaka Antara.
Beliau bukan lah merupakan seorang bekas tokoh politik atau menteri kanan tetapi beliau merupakan sahabat karib Tunku yang kekal bersahabat dengan Tunku walaupun setelah Tunku tidak berkuasa lagi khasnya ketika ramai yang berjauhan dengan Tunku ketika Tunku sudah tidak menjadi PM.
Lumrah manusia semasa berkuasa seperti semut menghurung gula tetapi apabila sudah tidak ada kuasa kawan-kawan pun hilang entah kemana.
Selepas persaraan sebagai Perdana Menteri Malaysia YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Organization of Islamic Conference (OIC) yang beribu pejabat di Jeddah.
MT membahagikan kisah-kisah ini di dalam beberapa anekdot agar ianya segar difahami dan dihayati.)
Jangan Lupa Kisah Ini – Anekdot Tiga : Jutawan Cina tidak ikhlas
Sebulan kemudian Tunku memanggil saya dan menyatakan hasratnya untuk berehat di London selama satu bulan. Tujuan Tunku mengajak saya bersama ialah supaya ada teman terutamanya rakan untuk bermain golf, kerana beliau pergi lama. Saya bersetuju untuk pergi, tetapi saya meminta Tunku berangkat dahulu dan saya akan menyusulnya dua hari kemudian.
Seperrtiyang dijanjikan, dua hari kemudian saya pun berangkat ke London dan terus ke Hotel Mayfair, hotel tempat saya selalu menginap. Saya terus menelefon Tunku untuk memberitahunya tentang kedatangan saya. Tunku meminta saya datang ke York House, tempat beliau menginap. Tunku sungguh gembira dengan kedatangan saya
Hari itu juga kami keluar membeli- belah di beberapa buah pusat membeli-belah. Petangnnya saya balik ke hotel bersama Syed Hussein. Sampai dibilik, saya sungguh terkejut melihat “briefcase” saya telah hilang. Ini kerana semua barang penting ada dalam briefcase itu. Termasuklah duit, tiket kapal terbang, passport dan kamera Nikon yang saya baru beli di Singapura. Yang tinggal hanya suitecase sahaja.
Saya terus memberitahu Tunku tentang kejadian tersebut. Di samping itu juga saya membuat lapuran kepada Polis. Saya katakana pada Tunku bahawa saya tidak dapat ikut serta untuk makan malam pada malam nanti seperti yang telah dijanjikan.
“Kalau hang tak ada tak payahlah dinner” kata Tunku. Kira-kita setengah jam kemudian Tunku sampai di bilik saya. Pada masa itu pihak Polis sedang mengambil kenyataan.
“Saya sangat terkejut mendengar hang kecurian. Apa lah nasib boleh jadi macam tu” kata Tunku pada saya.
“Hang jangan susah hati, kita tak payah duduk lama di sini kira-kira 15 hari cukuplah, kerana saya pun tak banyak duit. Apa duit yang ada pada saya kita bahagi dua, sampai habis kita baliklah” tambah Tunku lagi.
“Tak pa Tunku, kita boleh duduk di sini mengikut rencana, patik ada duit” kata saya.
“Mana hang ada duit, semua dah kena curi. Nak mai duit dari mana. Besok hang mai ke York House, kira berapa duit hotel kita bayar dan apa yang lebih kita bahagi dua”.
Untuk menyakinkan Tunku terus saya buka suitecase dan menunjukkan cek pengembara kepadanya. Cek tersebut memang saya pisahkan dan tidak diletakkan dalam briefcase semuanya. Apabila Tunku melihat cek tersebut barulah Tunku kelihatan lega dan berkata bahawa bolehlah kita duduk lama di London sebagaimana yang telah dirancang.
Pegawai Polis yang sedang memeriksa bilik saya sesekali melihat kepada Tunku. Akhirnya dia berkata “Saya rasa saya kenal dengan Tuan. Kalau tidak salah Tuan adalah Perdana Menteri Malaysia”.
“Itu dulu sekarang tidak lagi” Jawab Tunku.
“Dari mana awak tahu dan kenal saya?” Tanya Tunku
“Dulu saya pernah di Singapura dan selalu melihat gambar Tuan dalam surat khabar” kata Polis tersebut.
Sambil tertawa Tunku berkata kepada saya “Mana nak sorok muka ni, sampai Polis ni pun kenal saya”.
Di London boleh dikatakan hampir setiap pagi, kalau cuaca baik kami berdua bermain golf di kawasan rumah Tun Datu Mustapha. Padang golf tersebut cukup indah, dengan dihiasi dengan pohon-pohon rendang serta di kelilingi oleh bukit dan lurah.
Tun Mustapha menyediakankan buggy yakni kereta yang digunakan untuk bermain golf. Habis bermain kami singgah di rumahnya yang terletak di tepi sungai. Rumah beliau mempunyai taman yang sungguh menyegarkan dan untuk berehat sambil minum dan kadang-kadang disediakan makan siang, sayang Tun Mustapha tidak berada di London pada waktu itu. Hanya sekali sahaja ketemu di London.
Inilah gambarannya betapa mulianya hati Tunku terhadap sahabat. Sanggup bersusah bersama dengan rakan, sehingga sanggup membahagi dua apa yang ada padanya.
Banyak lagi hal-hal yang manis yang tidak dapat digambarkan, dilukiskan dan ditulis tentang Tunku, baik tentang hati budinya, tingkah lakunya dan tutur katanya. Kadang-kadang lucu dan kadang-kadang pedas tetapi manis didengar kerana dia menyebutnya dengan cara bersahaja.
Satu lagi keistimewaan Tunku ialah beliau tidak pandai marah, mudah memaafkan kesalahan orang lain, tidak pendendam, tidak pernah melupakan jasa orang dan sentiasa menyebut-nyebut dan memandang tinggi kebaikan seseorang.
Banyak nama yang disebutnya tetapi Tun Datu Mustapha lah yang kerap diperkatakannya. Apabila saya menemui Tunku beliau sering bertanya di mana Tun Datu Mustapha sekarang, apalagi jika Tun Datu Mustapha lama tidak datang melawatnya.
“Barang kali dia sibuk. Dia tu sangat baik orangnya. Dia lantik saya jadi penasihatnya, tapi tak pernah pakai nasihat saya. Tetapi dia tetap orang yang baik, saya sayang padanya”. Inilah yang sering di sebut oleh Tunku tentang Tun Datu Mustapha.
Semasa Tunku menjadi Perdana Menteri, seorang jutawan Cina memberi sebuah apartment di London kepadanya.
“Tunku boleh duduk di apartment ini sampai bila-bila. Ini apartment Tunku punya” kata jutawan itu.
Apartment yang agak besar itu telah dilengkapkan oleh Tunku dengan perabut-perabut yang agak istimewa. Apabila Tunku bersara daripada jawatannya dan menjadi Setiausaha Agung Sekretariat Islam, jutawan berkenaan meminta Tunku mengosongkan apartment tersebut.
Apabila perkara ini sampai kepengetahuan Tun Datu Mustapha beliau terus menemui jutawan tersebut dan memarahinya kerana beliau biadap terhadap Tunku. Tun Datu Mustapha kemudiannya terus menyediakan apartment lain untuk Tunku.
Jangan Lupa Kisah ini – Anekdot terakhir : “Saya tidak lupa budi baik Dr Mahathir, sungguh dia baik hati” Tunku
salam perjuangan, mohon dilink blog hamba disini.Terima Kasih.
ReplyDeletehttp://klboyzwangsa.blogspot.com