BN akan mempertaruhkan calun MIC dalam Pilihnaraya Kecil Ulu Selangor. BN akan meperlihatkan satu lagi kekalahan dan akan kehilangan jutaan ringgit dalam pilihanraya ini selagi Samy Vellu kekal bergayut sebagai Presiden MIC.
MIC bukan setakat akan menjadi basi dan pengkasam tetapi jika kekal berpresidenkan Samy Vellu, MIC akan menjadi bangkai dan bakal dimakan ulat.
Rakyat akan melihat kelemahan Najib menangani masaalah Samy Vellu dan jangkitan virus ini akan merebak kepada BN pula dalam PRU yang akan datang.
Salam Mt,
ReplyDeleteSaya amat bersetuju dengan pandangan Sdr. Saya tidak yakin BN akan dapat melakukan apa juga kejutan selagi banyak 'status-quo' yang menjadi racun dalam BN tidak dibetulkan. Tambah-tambah pulak dengan pemilihan Chua Soi Lek kembali sebagai Presiden MCA setelah meletak jawatan atas alasan moral! Agaknya politik Malaysia sekarang adalah 'the age of the immorals' (di dalam dan di luar BN). Dan mungkin itu sebabnya mereka yang bermoral tinggi dipaksa turun dari kuasa dan duduk diam-diam di luar politik? Kata seorang teman saya Malaysia sekarang berada dalam era politik budak-budak hitam! Dan yang tidak hitam kena undurkan diri kerana semua budak hitam sahaja yang boleh 'survive' dalam politik 'hang makan aku, aku makan hang pulak!' Astagafirullah Hal Azim.
Terima kasih.