09 September, 2009

Biro politik UMNO Merbok sedang tidor mamai

UMNO Bahagian Merbok diseru membaca berita yang menakutkan di bawah ini. Tindakan segera harus diambil oleh Biro Politik atau kalau ada Biro Daftar Pemilih UMNO Bahagian Merbok.

Jangan lagi tidor dibuai mimpi indah tetapi realitinya amat menakutkan serta hanya hebat berpolitik sesama sendiri untuk kejar-mengejar menjadi calun. Kelak besok kampung tergadai.

DAP paling aktif bantu SPR daftar pengundi

PUTRAJAYA 8 Sept. - DAP adalah parti yang paling aktif dalam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tahun lalu.

Ia diikuti oleh Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala yang paling lembap adalah MIC dan Gerakan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika mendedahkannya berkata, rekod SPR itu adalah berdasarkan komitmen dan kerjasama positif parti-parti politik dalam menarik hampir empat juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Katanya, kerjasama SPR dengan parti-parti politik itu adalah menerusi Penolong Pendaftar Sementara (PPS) yang diberi kuasa oleh badan itu untuk berbuat demikian.

"PPS dari DAP mengatasi parti-parti lain di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.

"Daripada kutipan data pemilih baru sejak PRU-12, kita dapati kesedaran kaum Cina sebagai pengundi pilihan raya adalah yang paling tinggi sementara terendah adalah kaum India," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

Wan Ahmad berkata, SPR menghargai daya usaha PPS dalam menarik minat orang ramai mendaftar menjadi pemilih memandangkan tanggungjawab besar yang dipikulnya berikutan setiap tahun terdapat 400,000 orang mencapai umur 21 tahun.

"Kumpulan PPS inilah yang paling berkesan dalam mencari dan mendaftarkan pemilih baru berbanding kakitangan SPR yang turun padang, diikuti di pendaftaran di pejabat pos dan kaunter.

"Tahun lepas terdapat kira-kira 2,000 PPS di seluruh negara. Mereka begitu rajin sekarang dan bila rajin, tinggilah pendapatan mereka yang diberi RM1 jika berjaya mendaftarkan seorang pemilih baru," katanya.

Sehubungan itu, Wan Ahmad berkata, beliau akan mencadangkan kepada SPR supaya menambah bilangan PPS sedia ada iaitu dari seorang setiap parti untuk satu Dewan Undangan Negeri kepada tiga hingga lima orang.

"Mungkin kita akan mencadangkan supaya setiap daerah mengundi diperuntukkan seorang PPS bagi setiap parti," katanya.

6 comments:

  1. Orang umno Merbok tidak gusar atau gundah. Semua calon calon yangg dok lena atau yang sedang bermimpi telah membahagikan hak siapa Dun tg dawai, dun bkt selambau dan Hak siapa Parlimen Merbok.

    Kerja untuk berkhidmat kepada masyarakat telah awai - awal lagi di bahagikan kepada orang suruhan bakal calon- calon ini. Kita tunggu dan lihat episod kesudahan drama ini.

    Yang menjadi penonton adalah kita..Rakyat ini yang akan membuat pilihan.Tunggu.!!

    ReplyDelete
  2. Dulu di Bhg Merbok ada kerani PPS SPR untuk membuat pendaftaran SPR tetapi telah dipecat oleh Ahli Parlimen Merbok YB Dato'Tajul Urus akibat kerani SPR ini merupakan Ketua Cawangan yang tidak sehaluan dengannya semasa pemilihan bahagian....

    X patut...x patut..tidak adil namanya..

    ReplyDelete
  3. Zaman tok mi dulu Pengerusi Daftar Pemilih ialah Mej Anuar dan beliau dibantu oleh Shaqirah ,Faridah dan Pak Ngah Idrus sebagai PPS.Depa buat macam macam program dengan SPR diseluruh pelusuk Kampung,hasilnya Parlimen Merbok dapat menambah beribu ribu pengundi baru.Bukan itu saja cawangan cawangan digalakan bersaing mendapatkan Pengundi baru,cawangan yang banyak dapat mendaftar pengundi baru diberi hadiah berbentuk wang.

    Lepas Tajul ambil alih dia pecat semua PPS,Mejar Anuar keluar UMNO bersama Tun Dr Mahathir.

    Difahamkan Cikgu Hassan Aziz mantan Ketua pemuda/mantan setiausaha bahagian tahun 70/80 telah dilantik menjadi Pengerusi daftar pemilih yang baru.Dia cukup sibuk sebab terlalu banyak jawatan yang dipegang antaranya Ketua cawangan jalan badlishah,pengerusi felcra sg derhaka,AJK mesjid Sultan mudzaffar shah dan AJK Kelab Sungai Petani(jaga hindu dan cina mabuk dan main judi).Mungkin kerana kesibukan ini beliau tak dapat tumpu untuk buat gerak kerja mendaftar pengundi baru.

    MT,dalam hal ini PAS cukup cekap,dalam diam diam dan secara sukarela mereka telah dapat mendaftar beribu ribu pengundi baru didalam Negeri Kedah.

    Kata Sun Tzu "UNTUK MENANG PERANG PERTAMA SEKALI KITA KENA TAHU KEKUATAN MUSUH KITA".Tanya dengan Pengerusi daftar pemilih berapa jumlah ahli PAS didalam Parlimen Merbok dan berapa orang yang jadi penyokong tegar mereka!Ini baru pengundi melayu,macammana pula dengan pengundi cina dan india ? Angka yang diberi oleh MCA dan MIC semuanya tipu !

    Pengundi CINA dan INDIA dah lama tinggal parti ini hanya nama mereka yang masih ada dalam senarai ahli parti.

    Kata Sun Tzu lagi "LEPAS TAHU KEKUATAN MUSUH,KENALI PULA KEKUATAN KITA" kalau dua dua faktor ini dapat dikumpul barulah boleh atur strategi untuk berperang dengan musuh.

    Wake up ! jangan jadi macam Pak Lah.

    ReplyDelete
  4. Td aku sembang dgn Pengarah SPR Kedah..PAS dri bulan Januari hingga sekarang dah beribu pendaftar baru yg di cari...tp UMNO baru 7 orang..mana aku nak letak muka...malu-malu.


    Ahli UMNO Merbok

    ReplyDelete
  5. salam:

    Pada aku bukan UMNO merbok saja tidoq mati...tapi lain-lain bahagian umno pun serupa.
    Ada yang tidak ambil kisah apa yang sedang berperang dalam blog2 politik.Sesetengah ketua bahagian lansung tak ambil pusing hal2 politik hari ini lebih2 lagi pengaruh Anwarisme.

    Pada mereka ada rezeki....ada ! tak ada rezeki..nak buat cam na.

    Eloklah tu UMNO teruslah tidoq...

    ReplyDelete
  6. Dulu ada seorang AJK Bahagian selalu hantar risalah-risalah, keratan2 akhbar dan rencana-rencana yang dipetik daripada Internet kepada cawangan-cawangan. Bahan-bahan ini yang berkisar tentang isu-isu politik semasa sedikit sebanyak menyedarkan kami di cawangan2 tentang perkara-perkara yg kami patut ketahui atau fikirkan sebagai org politik di akar umbi.Proses 'pendidikan' ini
    memang baik dan patut sangat diteruskan.

    Lanjutan dari itu, sesi perbincangan atau foram elok dianjur bagi membincang tentang isu-isu semasa yang kritikal, yang boleh membantu menang pilihanraya dan juga yang berunsur cabaran bukan sahaja kepada parti UMNO tetapi lebih bahaya lagi kepada bangsa Melayu amnya.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.