28 August, 2009

UMNO Bahagian Merbok tidak ada program terancang untuk mengimarahkan Bulan Ramadhan.

Kepimpinan UMNO Bahagian Merbok dan AJK sehingga hari ini sudah seminggu kita berpuasa langsung tidak nampak ada aktiviti-aktiviti masyarakat untuk mengimarahkan Bulan Ramadzan ini.

Jika diimbas kembali tahun-tahun kebelakangan yang sudah-sudah tidak putus-putus program bulan puasa diadakan dalam Bahagian Merbok.

Aktiviti-aktiviti ini bukan perkara baru. Ia diwarisi sejak Tun Daim Zainudin sebagai Ketua Bahagian lagi sehingga kepada Tan Seri Zainudin Maidin, Ahli Parlimen Merbok, Pak Njang Badri dan Datuk Arzmi Hamid sebagai Ketua Bahagian.

Semasa kepimpinan Tun Daim dan Tan Seri Zam dahulu, hampir setiap mesjid dan surau diagih-agihkan dengan beras dan ramuan untuk bubur lambuk sehingga ada surau dan masjid yang tidak sanggup untuk menerima kerana tidak ada pengelolanya.

Selain bubur lambuk diadakan pula program-program untuk fakir miskin dan ibu tunggal dengan sumbangan kain batik, kain pelikat dan wang tunai. Yang menarik sekali pernah di zaman Tok Zam membawa rombongan pelakon-pelakon rancangan TV Gerak Khas Datuk Yusof Haslam untuk berbuka puasa bersama masyarakat kampong Merbok di salah sebuah Masjid di Merbok.

Hari ini UMNO Merbok sepi, sunyi, tandus dan mati. Percakaran dalaman ajk dan tokak-menokak sesama ajk tidak habis-habis dan selesai.Mana mungkin mereka mengatur perancangan yang rapi seperti Tun Daim, Tok Mi dan Tok Zam.

7 comments:

  1. Kalau dapat di lihat bahagian lain lain punyalah meriah.Dengan bubur lambok nya, jamuan buka puasa gengan anak yatim, ibu tunggal, musabaqah alquran,mengkatam quran dan majlis pemyampaian beras dan rencah bubur lambok.

    Pendekatan yang di buat oleh bahagian lain lebih menjerumuskan kepada permuafakatan, tolong menolong bg mengeratkan siratulrrahim dalam bulan yang penoh berkat ini. Pendek kata bulan ini lah sepatutnya amal kebajikan dengan mendekatkan AJK2 Bahagian Merbok yang laih, gemalai dan tidah bermaya itu terus bangun dan bersama sama membuat program bulan puasa ini.Bukan ke Kuala Lumpur untok berbuka puasa dengan pemimpin atasan disana.

    Masih ada 3 minggu dalam bulan puasa ini lagi andai kata pucuk pimpin ini mahu perubahan..

    ReplyDelete
  2. Merbok Times,
    Mana depa nak susah-susah buat program kerana depa lebih suka pi makan di program orang saja.
    Tempek program orang kata program depa dan depa dapat nama.
    Kerja zaman tok nadoq makan dedak dulu boleh laaa..

    ReplyDelete
  3. hari2 ada program Lan oi, saja hangpa saja x mau ambik tau...yg tau dok maki org macam meja anuar... tanyaustaz harun , biro agama hari ni program di mana? macam la hangpa best sangat.. pala but pak hangpa ..

    ReplyDelete
  4. Anon 4:45pm..
    Program apa yang hang buat..takat p tumpang buat program n p boh nama tumpang program orang lain buat apa..
    Kalau tidak tumboh tidak mengata, kalau tidak sunngoh orang tidak kata..

    ReplyDelete
  5. Kalau tahun lalu pada bulan Ramadhan, program merata. Jenuh buka posa. Ada tempat sampai berturut-turut. Macam Surau Taman Bunga Raya, hari Tajul esok Tok Mi (mungkin terbalik). RM time ni sewaktu tahun lepas jenoh.
    Sementara nak dapat katakan.

    Kata ada program. Kenapa ahli-ahli tidak tahu? Atau program untuk orang-orang tertentu!!!!

    ReplyDelete
  6. Program ada .... tapi tak semeriah dulu kerana pendekatan lebih kepada kecil-kecilan tetapi lebih kerap.Program mega tak berapa sesuai dah.La nie zaman kekalalah peruntukan wakil rakyat dah tiada.Sekarang sentuhan secara personal amat diperlukan untuk meningkat rasa kemesraan dan ingatan di hati.

    ReplyDelete
  7. hang duduk di KL, imformer hang dah lalok... mejor anuar wayar dah putus lepas kalah calon bebas tempohari... semua maklumat dan fakta dah gila macam hangpa jugak... orang lain semua tau... kata hangpa canggih sangat . it apa maklumat maacam ni pun tak dapat.. , kokok bertalu-talu , ekor penuh taik !

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.