1. Yang pertama, budaya mendengar - kita kena sentiasa mendengar suara rakyat, rintihan rakyat, sanggup sentiasa disisi rakyat dan bukannya jauh, bukan sombong tapi merendah diri dan jangan jadi golongan elit.
2. Budaya kedua ialah berkhidmat iaitu sentiasa memberikan khidmat yang terbaik sepanjang masa.
3. Berkhidmat untuk rakyat, jangan berkhidmat kepada puak kita sahaja, berkhidmat mesti sepanjang masa, bukan masa dekat pilihan raya, (bila dekat pilihan raya), kepil biodata, harap-harap jadi calon.
Ini lah tiga budaya yang PM Dato' Seri Najib gariskan. Tetapi semua ketiga-tiga ini tidak ada pada Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato' Tajul Urus Mat Zain.
Budaya mendengar Tajul hanya mendengar masuk telinga kanan kelaur telinga kiri. Janji-janji semasa bertanding dulu pun tak ditunaikan lagi. Mempunyai sikap ego dan cakap besar dan tergolong dari golongan elit.
Budaya kedua dan ketiga Tajul hanya berkhidmat untuk puak-puaknya sahaja.
Kesimpulannya tiga budaya untuk mantapkan UMNO tidak ada pada Tajul.
Mana ada 3 Budaya yang Najib idam idamkan dalam UMNO,yang ada dalam jiwa dan sanubari ahli UMNO ialah budaya berikut:
ReplyDelete1. AMPU dan BODEK Pemimpin.
2. Ligan Projek hingga dapat,lepas tu jual pada CINA.
3. Salam kena isi,salam kosong tak dapat undi.
4. Ketua kena pakai kereta mewah Mercedez,BMW dan Harrier.Proton tak ada kelas.
5. Tegur pemimpin tak boleh,jadi pak turut ok.
6. Dalam Mesyuarat jangan bangkang,puji dan lambung ketua sampai kelangit ok.
7. Jangan tunjuk pandai,silap cakap kena pancung.
8. Salam dengan pemimpin kena cium tangan.
9. Belakang Ketua maki hamun,depan puji melambung.
10.Bahas dan perjuangkan bangsa sendiri tak boleh nanti kaum cina kata rasis.
Kesimpulannya Melayu UMNO KINI TELAH MENJADI BANGSA YANG TAKUT BERTINDAK.
Kata Noor Azam BANGSA MELAYU TELAH MENJADI BANGSA YANG TOLOL DAN BACUL.
Salam,
ReplyDeleteTidak dinafikan ada segelintir Melayu dalam UMNO seperti diperkatakan.
Namum sebagai penyokong UMNO tulen, kita wajib mengikuti apa yang diperkatakan pemimpin, dan kalau ada salah satu daripada apa yang diperkatakan, kita wajib mengubahnya demi UMNO yang memperjuangkan serta memertabatkan bangsa dan agama.
Diri kita dulu perlu yakin untuk berubah sebelum kita menyuruh orang lain berubah dan jangan mudah hanya menuding jari kepada orang lain.....
Terima kasih sudi ke blog kawan.....
Permasalahan yang berlaku di UMNO Bahagian Merbok berpunca dari perwakilan tahun 2008 yang terpaksa memilih. Ini adalah kerana majoritinya sudah kena beli. Umpama pelacur. Bayar duit kemudian di kerjakan. Perwakilan Merbok pula bayar duit, pangkahlah.
ReplyDeleteKenapa jadi begini? Sebab ahli UMNO Merbok terdiri dari golongan yang layak menerima zakat. Musim pemililahan ialah masa untuk mendapat duit. Antara punca pendapatan kewangan ahli UMNO ialah duit rasuah pemilihan.
Merdeka dan memerintah lebih dari 50 tahun, tetapi perangai ahli UMNO masih di zaman penjajah.
Ekonomi ahli UMNO lemah. Bukan kerana tiada peluang. Mereka telah di ajar dan didik dengan begitu manja sekali. Nak hantar anak sekolah kena bagi beg sekolah, nak masuk U kena bagi duit. Nak buat kenduri kawin pun nak minta duit.
Apa standard AHLI UMNO MERBOK ???
Apa standard AJK UMNO Merbok????????
Mesyuarat yang lalu sebenarnya berkisar dengan duit. Usul ubah perlembagaan di buat kerana rasuah politik. Duit juga.
Pembahagian projek , duit juga. Soal rombongan ke Indonesia, duit juga. Ubah suai pejabat UMNO, duit juga.
Semua bercakap hanya untuk kepentingan mikro tidak pada makro. Nak buat macam mana, itulah standard UMNO Merbok. Buat Usul kemudian Ketua Bhgn tarik balik. Sebab apa? Orang tak faham.
Please changed before kena changed !!!!
(TQ on using the pic..for me no problem. Bottom line... yang tak elok kita HENTAM CUKUP)