19 February, 2013
18 February, 2013
TRAGIS - KEDAH SEJAHTERA BERAKHIR MENJADI KEDAH SENGSARA
Kerajaan Negeri Kedah meminta kerajaan persekutuan membayar pampasan sebanyak RM100 juta sekiranya mahu penebangan balak di negeri itu dihentikan.
Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri Kedah di Wisma Darul Aman baru-baru ini.
Tindakan YAB Datuk Seri Ustaz Azizan selaku Menteri Besar Kedah ini tak ubah seperti kata Inggeris “putting people’s head on the chopping block” meletak kepala rakyat Kedah di atas papan pancung.
Segalanya berpunca dari kelemahan mentadbir negeri kini rakyat Kedah yang tidak berdosa pula dijadikan taruhan. Mereka tidak bijak menjana pendapatan negeri.
Sepanjang tempoh 5 tahun amanah yang diberi rakyat untuk mentadbir negeri Kedah langsung tidak membawa apa-apa pembaharuan dan pembangunan, tandus, kering dan kontang.
Misi-misi dagangan mereka banyak yang gagal akibatnya pelaburan luar tidak masuk. Dasar-dasar kerajaan negeri yang tidak konsisten membuatkan pelabur-pelabur yang sedia ada dalam negeri beralih ke negeri lain.
Perbalahan dengan pentadbir negeri seperti tidak kesudahan.
Kerajaan negeri juga tidak bijak memenafaatkan kepesatan pembangunan sektor pelancungan di Langkawi dengan mengambil initiatif untuk membawa pelancung ke tanah besar Kedah.
Contohnya dengan kemasukkan 2.8 juta (2011) pelancong ke Langkawi tidak terdapat 5% pun yang masuk ke tanah besar.
Untuk menutup kelemahan-kelemahan ini mereka megambil jalan mudah. Kawasan-kawasan hutan simpan yang merupakan khazanah alam digondol mereka hingga cerah, botak dan licin.
Akibat kerakusan ini tidak hairanlah jika berlaku tanah-tanah runtuh dan pencemaran yang tidak terkawal kawasan-kawsan tadahan air.
Spesis-spesis pokok yang dilindungi habis dibelasah, habitat flora dan fauna habis musnah. Akhirnya hutan hujan tropika akan menjadi padang jarak padang terkukur.
Generasi muda hari ini mungkin tidak akan merasai akibatnya tetapi impaknya pasti akan dapat dilihat lima hingga ke sepuluh tahun yang akan datang.
Sesungguhnya memenangi pilihanraya tidak membawa apa-apa makna jika kepimpinan dan pentadbirannya tidak bijak dan cerdik menguruskan kesejahteraan rakyat.
Sungguh trajis, Kedah Sejahtera akan berakhir menjadi Kedah Sengsara.
11 February, 2013
MANA AZMI HAMID YANG KONON BERJUANG ALAM SEKITAR?
SUNGAI PETANI 7 Feb. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kedah mengambil tindakan menghentikan segera aktiviti mengorek pasir di perairan Kuala Muda dekat sini.
Presidennya, S.M.Mohamed Idris berkata, aktiviti tersebut yang dikesan sejak Julai tahun lalu telah menimbulkan masalah pencemaran laut akibat sisa buangan lumpur.
Aktiviti ini mengancam alam sekitar dan sumber pendapatan nelayan kawasan Tanjong Dawai dan daerah Yan. CAP difahamkan sebanyak enam buah kapal korek terlibat dengan aktiviti tersebut.
"Berikutan masalah pencemaran air laut, nelayan Tanjung Dawai telah mengadakan tunjuk perasaan membantah aktiviti itu kerana banyak pukat mereka rosak akibat terkena sisa lumpur yang dibuang ke laut," katanya di sini.
Mohamed berkata, di Yan, kira-kira 1,000 nelayan pantai terjejas pendapatan harian kerana ikan dan udang semakin berkurangan.
"Dalam tinjauan yang dibuat CAP, sumber pendapatan nelayan telah merosot sejak beberapa bulan lalu daripada RM100 hingga RM15 sehari," katanya.
Tambah beliau, berdasarkan keterangan nelayan, kapal korek terbabit beroperasi jauh di laut tetapi pada waktu malam, beroperasi dekat daratan.
Selain pencemaran laut, alam semula jadi di tiga buah pulau iaitu Pulau Bidan, Song-Song dan Telor turut terjejas.
"Dasar laut di kawasan itu berlubang dan CAP bimbang akan berlaku hakisan," jelasnya.
Mohamaed turut melahirkan kebimbangan tentang kehadiran penyu belimbing yang sebelum ini kerap mendarat tetapi tidak lagi berbuat demikian selepas kes tersebut.
"CAP kesal dengan kejadian ini dan merasa hairan bagaimana projek yang boleh mendatangkan kesan buruk ke atas alam sekitar dan kehidupan penduduk dibenarkan operasi tanpa kajian mendalam," katanya. (Utusan Online)
KOMEN:
Sebelum Kerajaan PAS memerintah Kedah, Sdra Azmi Hamid sangat galak dan lantang perjuangkan kesejahteraan alam sekitar.
Dulu beliau jugalah pembantah yang tegar menentang cadangan Syed Razak untuk mencabut balak menggunakan helicopter "Heli Harvesting". Hari ini balak di pedu digondol oleh Kerajaan negeri secara berleluasa di mana Azmi Hamid?
Dulu beliau jugalah menentang kerja-kerja kuari batu di Kampung Singkir. Hari ini di mana Azmi Hamid?
Subscribe to:
Posts (Atom)