30 December, 2010

Ustaz Azizan akan bangunkan Pulau Tuba

Visual dari Perpustakaan Awam Pualu Tuba
LANGKAWI - Kerajaan Kedah bercadang membangunkan Pulau Tuba di sini, sebagai pulau ilmu yang dapat memberi manfaat kepada golongan muda.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata sehubungan itu sebuah sekolah tahfiz dan sains akan dibina di pulau tersebut.

Jabatan Agama Islam negeri dan Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Kedah akan menyediakan kertas kerja yang akan dibentang kepada kerajaan negeri, katanya pada sidang media selepas lawatanya di sini semalam.

Azizan berkata, sebuah pertubuhan telah bersetuju untuk mewakafkan sebidang tanah seluas 1.6 hektar bagi pembinaan sekolah itu.

Pembinaan sekolah ini juga adalah bagi memenuhi permintaan penduduk setempat, katanya.

Selain itu, Azizan berkata, kerajaan negeri juga bercadang menaik taraf jeti di pulau tersebut selain menyediakan kemudahan chalet apabila sekolah berkenaan siap. - Bernama

29 December, 2010

Blogger 1Melayu menyinga tak tentu pasal

Gandingan mantap untuk penerusan Kerajaan Islam Ustaz Azizan di Kedah
Implikasi dari pengumumam dari SU Agung UMNO wakil Presiden DS Najib tentang pelantikan baru Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah terdapat beberapa reaksi yang kurang menyenangkan dan salah seorang blogger yang menggelarkan dirinya 1Melayu didapati menyinga tak tentu pasal berikut ialah reaksinya :

YAB Dato Sri Najib Tun Razak,

Rakyat Kedah,Pengundi, dan Penyokong UMNO/Barisan Nasional ingin mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato Sri yang telah membuat satu keputusan yang amat TEPAT lagi BIJAKSANA dengan Melantik Dato Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah mulai 1.1.2011.

Perlantikan ini akan membawa Negeri Kedah kembali ke ZAMAN PURBA, dengan cara pemikiran yang kuno, jumud dan dikelilinggi dengan pelakon-pelakon hipokrit yang tidak boleh ditegur serta dikawal, mereka ini akan menghancurkan Negeri Kedah.

Dato Sri Najib adakah Dato Bashah 'A WINNABLE CANDIDATE ' seperti mana yang dilaung-laungkan oleh Dato Sri. Dato Bashah hanya mendapat 358 majoriti didalam PRU 12, BELIAU JUGA DIDAPATI GAGAL MENERAJUI BAHAGIAN ALOR STAR, macam mana beliau hendak teraju Negeri Kedah?

Dato Sri Najib, dimana slogan RAKYAT DIDAHULUKAN? Pencapaian diutamakan? dan DENYUTAN NADI RAKYAT MESTI DIRASAI?

Sir, you have let Kedahan down, you belittle their intelligent and worst you are destroying Kedah slowly but surely. Ustaz Azizan and his gang are laughing and they will be having a big kenduri in Mentalon this friday night.

JANGAN MARAH KEPADA RAKYAT KEDAH JIKA MEREKA TIDAK LAGI MENYOKONG DATO SRI.

1Melayu

27 December, 2010

Big blows to Maher Zain

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal Maher Zain gagal untuk hadir ke program siaran langsung Nasi Lemak Kopi O (NLKO) terbitan stesen televisyen TV9, di Sri Pentas, Ahad.

Menurut Produsernya, Wan Sabariah Shikh Ali, hal tersebut telah menyebabkan slot temubual selama 17 minit bersama penyanyi itu digantikan dengan slot lain.

“Sebelum ini semuanya berjalan lancar dan sehinggalah saat-saat akhir untuk slot tersebut, kami baru diberitahu bahawa Maher Zain tidak dapat dihubungi oleh penganjur.

“Jika program ini rakaman mungkin kami boleh tunggu tetapi ini adalah program secara langsung, malah kami sudah menuar-uarkan perkara tersebut beberapa hari sebelum ini,” katanya yang kesal dengan tindakan tersebut.

Jelas Wan Sabariah, temubual tersebut juga adalah permintaan daripada pihak penganjur KMG Globalzone sebagai mempromosi Malam Amal Setulus Kaseh bersama Maher Zain pada 26, 27 dan 28 Disember ini.

“Pihak penganjur yang memohon satu slot untuk Maher Zain sebagai promosi malam amal tersebut. Kami tidak ada masalah untuk beri beri promosi percuma kepada mereka tapi mereka juga sepatutnya beri kerjasama.

“Ini juga merupakan kali ketiga TV9 memanggil Maher Zain ke studio, tapi tidak sangka pula dia tidak dapat hadir pada saat-saat akhir,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar KMG Globalzone, Kamel Ahmad, yang turut hadir di situ berkata, mereka sudah mengaturkan segalanya sebaik mungkin, namun perkara ini adalah di luar kawalan.

“Memang kami yang mengaturkan sesi temuramah ini untuk promosi malam amal, sehingga semalam kami diberitahu oleh pembantu peribadi penyanyi itu bahawa semua berjalan lancar.

“Sehinggalah pagi tadi mereka tidak dapat dihubungi, saya cuba untuk menghubungi mereka tetapi gagal,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi Lubnan ini akan membuat persembahan di Malam Amal anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia akan berlangsung pada 26, 27 dan 28 Disember ini, pukul 8 malam di Summit Hotel, Subang Jaya.(mStaronline)

23 December, 2010

Tun M, manusia ketiga anti Yahudi

Sebuah organisasi Yahudi, Simon Wiesenthal Center telah menyenaraikan mantan PM, Tun Mahathir Mohamad di dalam ranking yang ke3 sebagai individu yang paling anti Yahudi tahun 2010.

Mendahului Tun M ialah bekas wartawan White House, Helen Thomas dan Pengarah Filem terkenal Hollywood, Oliver Stone.

Simon Wiesenthal Center adalah organisasi Yahudi antarabangsa yang menegakkan hak asasi manusia mendepani anti-Semitisme, kebencian dan keganasan, mempromosikan hak asasi manusia dan menegakkan maruah serta berdiri bersama Israel untuk mempertahankan keselamatan orang –orang Yahudi di seluruh dunia dengan mengambil pengajaran dari Holocaust untuk generasi mendatang.

Dengan konstituen lebih dari 400.000 isi rumah di Amerika Syarikat ianya telah diakreditasi sebagai NGO oleh organisasi antarabangsa, termasuk PBB, UNESCO dan Majlis Eropah.

Beribu pejabat di Los Angeles, Simon Wiesenthal Center mempunyai pejabat di New York, Toronto, Miami, Paris, Buenos Aires, dan Jerusalem.

21 December, 2010

Kemalangan lagi..PLUS perlu tambahkan lagi R&R

Hari ini berlaku lagi satu kemalangan bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, yang meragut 28 nyawa dan dikira adalah yang paling dahsyat dalam sejarah negara.

Kalau kita mengikuti kemalangan bas yang berlaku tahun ini sahaja seperti di bawah ternyatalah lebuhraya negara ini seperti medan peperangan yang pada bila-bila masa boleh meragut banyak jiwa.

“Stretch” perjalanan lebuhraya yang panjang boleh mendatangkan stress yang tinggi kepada pemandu, dicadangkan PLUS memperbanyakan R&R standardnya seperti di Tapah dan Sungai Perak, cantik, relax dan hijau.

16 DIS -- Empat kakitangan Jabatan Penjara Tawau terbunuh apabila bas jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, 35 kilometer dari Penampang dekat Kota Kinabalu.

14 DIS -- Seramai 14 orang pekerja kilang cedera apabila bas kilang yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Km 156.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang, selepas bergesel dengan sebuah treler yang turut terhumban ke dalam parit.

11 DIS -- Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di kilometer 304.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gopeng, Perak.
4 NOV -- Seorang maut dan dua cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang, di km20 Jalan Pekan-Nenasi, Pahang.

29 OKT -- Tujuh penumpang maut dan 39 cedera termasuk 17 parah apabila sebuah bas terlibat dalam kemalangan di KM36 Lebuhraya Karak ke Kuala Lumpur.

10 OKT -- 13 penumpang maut dan 40 cedera apabila bas ekspres terlibat kemalangan di KM223 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat-Rembau.

2 SEPT -- Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

27 OGOS -- Seorang pemandu bas ekspres terbunuh manakala tiga cedera parah dan enam cedera ringan apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km306.2 Lebuhraya Utara-Selatan.

17 APRIL -- Seorang penumpang patah tulang rusuk manakala enam yang lain cedera ringan apabila sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke ibu negara terbabas di KM32 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Kulai Jaya, Johor.

20 MAC -- 40 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila kenderaan berkenaan terbabas dan terperosok ke dalam tali air di Km 42 Jalan Kuantan-Kemaman.

4 FEB -- 15 penumpang bas Ekspres Konsortium yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur nyaris maut selepas bas berkenaan melanggar dua kenderaan lain di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang. - BERNAMA

17 December, 2010

Lagu "Jangan Berpacaran" dari Suhaimi Meor Hasan banyak pesanan untuk pemimpin politik Kedah

Di bawah MT postkan lirik yang menarik dari lagu terbaru Suhaimi Meor Hasan untuk dihayati dan menjadi peringatan bersama bukan sahaja di kalangan anak-anak muda tetapi juga di kalangan yang tua-tua yang berjawatan tinggi dalam politik supaya jauhilah segala maksiat.

Sohaimi Mior:
Kalau berpacaran, Memang banyak pantang larang
Menjaga susila, Ibu bapa adik abang
Apabila berdua, Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula, Mencuba aksi terlarang
Korus:
Boleh pandang-pandang, Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang, Bertambah sayang
Biar malu-malu, Biar segan-segan
Kerna malu itu, Perisai orang beriman
Ana Raffali:
Kalau berpacaran, Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan, Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan, Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus
Altimet

Yeah, Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua, Aku yang ketiga
Aku penambah perasa, Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba, Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah, Kalau tak sedia
Ucap syahadah.

15 December, 2010

Lantik Mukhriz, DS Najib akan dimalukan

Dipetik dari Utusan Malaysia 15/12/2010

Kepimpinan UMNO Kedah perlu nafas baru pastikan BN kembali berkuasa
Oleh Zulkiflee Bakar

APABILA Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan kesediaannya untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, maka ramailah pemimpin di negeri itu yang gundah-gulana.


Malahan awal-awal lagi, salah seorang pemimpin yang memegang jawatan di peringkat UMNO negeri menyatakan anak kepada bekas Perdana Menteri itu tidak layak menyandang jawatan tersebut.

Di kalangan ketua-ketua bahagian pula berpendapat hanya kelompok mereka sahaja yang layak. Inilah penyakit lama yang masih melumuri UMNO, ketika Barisan Nasional (BN) amat memerlukan satu pasukan yang mantap bagi merampas kembali Kedah daripada Pas.

Kelompok yang semakin melihat kehadiran pemimpin muda seperti Mukhriz boleh mengugat kedudukan politik mereka mula mengeluarkan hujah-hujah dangkal termasuklah Mukhriz kurang pengetahuan mengenai politik Kedah dan tidak menjadi ketua bahagian.

Persoalannya, apakah ketua-ketua bahagian di Kedah itu hebat-hebat belaka dan mampu menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang?

Sepatutnya, mereka perlu menerima hakikat bahawa majoriti rakyat Kedah bukannya tidak mahu menyokong UMNO atau BN tetapi mereka merasakan sudah tiba masanya muka baru diberi peluang.

Kegagalan BN dan UMNO Kedah mempertahankan kuasa di negeri berkenaan sepatutnya menyedarkan pemimpin-pemimpin lama bahawa mereka perlu bertanggungjawab dan perubahan kepimpinan perlu dilaksanakan.

Seharusnya dalam keadaan sekarang mereka mengatur segala strategi terutamanya mendengar pandangan rakyat siapa yang mereka mahukan demi memastikan BN kembali berkuasa.

Dalam soal ini, turut harus diambil perkiraan ialah bersikap terbuka untuk menerima siapa sahaja yang bakal dilantik Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Jika pucuk pimpinan parti menetapkan Mukhriz yang paling layak bagi memberikan nafas baru kepada BN Kedah maka terimalah keputusan itu.

Hanya kerana Mukhriz orang muda dan tidak memegang jawatan dalam bahagian ini tidak bermakna beliau tidak akan berupaya mengembalikan kegemilangan UMNO Kedah.

Dari segi perjalanan politik, Mukhriz dilihat pemimpin yang disenangi oleh golongan tua dan muda di Kedah.

Penulis diberitahu, ke mana sahaja beliau pergi, rakyat Kedah tanpa mengira fahaman politik menyambutnya dengan mesra.

Dengan elemen ini dan ditambah pula sokongan padu semua pihak dalam UMNO Kedah sudah pastilah tugas sebagai Pengerusi Perhubungan akan lebih mudah untuk beliau, bukannya awal-awal lagi diberi amaran bahawa akan berlaku unsur sabotaj kepada kepimpinannya.

Dalam perbualan penulis secara rambang dengan ramai rakyat Kedah, semua berpendapat Mukhriz paling layak kerana UMNO Kedah perlu nafas baru melalui kepimpinan orang muda.

Sementara kita tidak menafikan sumbangan besar pemimpin-pemimpin UMNO yang sedia ada di Kedah tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu menerima hakikat bahawa UMNO Kedah memerlukan perubahan kepimpinan.

Jika pemimpin-pemimpin berkenaan benar-benar sayangkan parti dan ingin memastikan kerajaan Pas Kedah ditumbangkan, maka mereka perlu bersatu hati menyokong siapa juga yang dipilih sebagai pemimpin.

Justeru adalah diharapkan pucuk pimpinan parti akan membuat keputusan sebaik-baiknya dalam soal ini. Apa yang berlaku kepada UMNO Kelantan sepatutnya menjadi pengajaran berguna kepada UMNO Kedah.

Ini kerana sehingga ke hari ini, biarpun Pas Kelantan semakin lemah namun UMNO masih belum berupaya merampasnya kembali. Segalanya disebabkan rakyat tidak berkenan kepada pemimpin-pemimpin UMNO tertentu.

Senario ini perlu diakui sudah turut meresap ke dalam UMNO Kedah.

Di kalangan orang Kedah termasuklah ahli parti di peringkat akar umbi, mereka berpendapat, kalaulah pemimpin-pemimpin tertentu masih dipilih dan dikekalkan bagi menerajui Kedah maka selagi itulah panji-panji UMNO tidak akan berupaya ditegakkan kembali di negeri jelapang padi berkenaan.

Oleh itu kepada semua pemimpin UMNO ingatlah pesanan berkali-kali yang disampaikan oleh Najib iaitu apa yang paling penting ialah kejayaan parti dan UMNO mahu memastikan hanya pemimpin yang diterima oleh rakyat sahaja bertanding.

Terimalah hakikat bahawa era hanya ketua bahagian atau mereka yang memegang jawatan dalam bahagian sahaja layak bertanding dalam pilihan raya atau memegang jawatan di peringkat negeri sudah berakhir.

Jika masih ada lagi pemimpin-pemimpin yang memegang sedemikian maka fahamlah kita kenapa UMNO Kedah kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Apa pun terserahlah kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan tetapi apa yang pasti peluang BN untuk kembali berkuasa di Kedah tetap cerah asalkan 'orang Kedah tidak dihidangkan masakan oleh jurumasak yang sama' sehingga memungkinkan mereka 'cemuih' dan menolak BN dalam pilihan raya akan datang.


KOMEN :
Jika DS Najib bertegas meletakKan pemimpin lama yang terdiri dari kalangan Ketua-Ketua UMNO Bahagian sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, ini bermaknanya dalam PRU13 nanti menang belum tentu tetapi kalah sudah tetap.

Ini kerana yang menang sebagai Ketua Bahagian pun bukannya majoritI besar sangat tetapi meraknya melebihi Pak Menteri-Pak Menteri.

Jika DS Najib melantik juga Datuk Mukhriz yang jelas bercanggah arah dan membelakangi kemahuan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Kedah, risikonya ialah mereka akan melakukan sabotaj yang melampau bagi membuktikan keputusan DS Najib itu memang salah kerana tidak tunduk kepada kemahuan mereka.

Secara tidak langsung mereka akan memalukan Presiden parti DS Najib kerana prinsip amalan mereka “tidak dapat kepala telinga kami pulas”. Di hadapan DS Najib mereka bodek naik asap, di belakang mereka kutuk naik hangit.

09 December, 2010

WIKILEAKS: Anwar's plans if his case goes bad

Anwar plans to escape the country if Karpal fails to get more tangguh.The plans are in place, its a matter of executing it.

Anwar cannot is said to have confided to his inner circle that he simply cannot face the prospect of life in prison,

I guess you can say it's all pie in the sky until it happens.. so we will just have to wait till it happens.
http://marahku.blogspot.com/

05 December, 2010

4penyakit yang dibangkit DS Najib ada di Merbok

Di dalam Konvensyen Barisan Nasional 2010 hari ini DS Najib telah membangkitkan 4 penyakit yang ada di dalam sesebuah parti yang apabila telah lama memerintah. Empat penyakit tersebut ialah :

1) Delusion atau khayal dengan kekuasaan dimana mereka merasakan kuasa yang berada dalam tangan akan kekal selama-lamanya.

2) Amnesia atau lupa segala jasa dan janji-janji yang telah dibuat. Lupa kepada rakyat. Rakyat ditipu.

3) Inertia atau tidak terbukadengan teguran. Meraka yang menegur akan dilabel sebagai penentang dan dihukum. Segala peruntukan disekat dan suara teguran tidak diseimbangkan sebagai suara membina untuk “correctional effort” tetapi lebih diperibadikan.

4) Arrogant atau angkuh dimana apabila berkuasa hidung semakin tinggi dan apabila di dalam sesuatu majlis namanya terlupa disebut atau ucapannya diletak pada aturcara yang terakhir pemimpin ini akan menyinga, berang dan marah.

Inilah sikap-sikap yang ada di dalam pemimpin UMNO Merbok hari ini. Lanjutan dari itu beliau tidak layak untuk dicalunkan semula sebagai baik calun ADUN atau Parlimen.

Pengundi-pengundi Merbok seharusnya berterima kasih pada DS Najib kerana telah sedar akan hal ini.

“SAY NO TO RECYCLE CANDIDATE”

04 December, 2010

Melayu dilanyak oleh Anwar Ibrahim

Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Syed Mansor berkata, perhimpunan yang diadakan selepas solat Jumaat itu bukan saja mendesak tindakan dikenakan ke atas Wan Azizah, tetapi juga sebagai peringatan kepada semua rakyat agar tidak mempertikaikan konsep 'ketuanan Melayu'.
Beliau berkata, sudah sampai masanya bagi kerajaan mengambil tindakan tegas di bawah Akta Hasutan dan ISA kepada mereka yang terus menimbulkan kegusaran terhadap orang Melayu. (Utusan Malaysia)


Perkasa tidak seharusnya terperangkap dalam kenyataan provokasi kumpulan yang muflis politik dan sedang menghadapi ambang maut.

Adalah kebiasaan mereka yang sedang terkapai-kapai kelemasan dan berada diambang maut akan berpaut pada apa juga dahan rapuh waima di atas belakang kawan mereka sendiri.

Melayu bukan pertama kali mengahadapi penghinaan sebegitu rupa malah sejarah telah tercatat penghinaan terhadap Melayu yang amat dasyat ialah oleh Lee Kuan Yew yang menyatakan tidak satu kaum pun dalam Negara ini yang boleh mendabik dada mengatakan mereka kaum peribumi kerana mereka juga bangsat.

Kerana atas nama TUAN lah UMNO berkuasa dan Ketua-Ketua Bahagian UMNO berjalan mendabik dada konon menjadi Ketua kepada United MALAY National Organisation atau Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu. Menjadi Ketua hasil dari rasuah politik. Tetapi Melayu hari ini sudah tidak bersatu.

Melayu menjadi TUAN kepada gejala dadah, buang anak, zina dan rasuah. Melayu menjadi HAMBA kepada pengusaan ekonomi dan Cina menjadi TUAN. Melayu menjadi HAMBA apabila ketinggalan dalam pendidikan. Melayu menjadi tuan dan juara Mat Rempit.
Melayu lebih banyak menjadi askar dan tentera untuk mempertahankan keamanan, kedaulatan dan harta benda negara ini yang majority harta-harta tersebut adalah kepunyaan kaum Cina.

Melayu lebih kepada menang sorak kampong tergadai.

02 December, 2010

Buku "Looking Back" harus dijadikan buku rujukan Sejarah sekolah

“Satu malam di London, saya menyuruh Tun Sambanthan untuk memakai suit yang kami telah beli bersama pada siang tadi untuk jamuan makan malam bersma Sir Gerald Templer. Apabila kami semua telah bersedia untuk pergi, Sambantahn telah muncul dengan pakian dhoti dan selempangnya.

Saya hanya berdiam diri sehingalah apabila memasuki kediaman resmi dengan santunya saya mengambil selempang dari bahu beliau dan menyerahkan pada Lady Templer sebagai cenderamata dari kami. Pada awalnya Lady Temnpler teragak-agak untuk menerimanya sehinggalah Sambanthan dalam suasana gurauan menyatakan “Ya, ini untuk puan”. Sejak dari insdien itu Tun Sambanthan telah mula memakai pakaian sut lengkap bertali leher.”

Di atas adalah di antara anekdot-anekdot menarik dari buku tulisan Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

"Looking Back" adalah kompilasi penulisan YTM Tunku sebanyak 53 artikel yang beliau tulis di dalam akhbar The Star dari 16 Desember 1974 sehingga 16 Ogos 1976.

Garapan beliau di dalam penulisan ini merangkumi berbagai aspek dari keturunan beliau sendiri, perpisah dengan Singapura kerana sikap Lee Kuan Yew "what's mine is mine and what's yours is mine", kesungguhan beliau memupuk perhubungan kaum dan memartabatkan Islam.

Seharusnya buku ini dijadikan rujukan utama pelajar sekolah untuk matapelajaran Sejarah yang bakal menjadi mata pelajaran wajib kelak.