15 March, 2011

Rakyat sedang menunggu setitis darah dan air kencing Anwar Ibrahim

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah menolak tiga bahan bukti kes perbicaraan Anwar Ibrahim atas dakwaan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Bahan bukti tersebut ialah sehelai tuala kecil Good Morning, sebatang berus gigi dan satu botol plastik minuman yang diambil dari lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008 yang menempatkan Anwar semalaman.

Keputusan dibuat selepas didapati barang-barang kes berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah bagi tujuan mendapatkan profil DNA,

Sehubungan itu demi kebenaran dan keadilan, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaan menggesa Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) sebagai perbandingan dengan profil DNA yang ditemui di dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Beliau menegaskan mahkamah harus melaksanakan kuasa dan tanggungjawabnya mengikut Seksyen 73 dan 165 Akta Keterangan 1950 untuk mengarahkan DS Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA.

Berlainan sekali dengan kes mahkamah di Copenhagen (rujuk berita AP : Swedish bank robber busted by forgotten urine) apabila seorang pencuri telah di jatuhkan hukuman 21 bulan kerana merompak bank.

Hukuman telah dijatuhkan di atas bukti sampel DNA air kencing perompak tersebut apabila perompak itu telah terlupa dengan meninggalkan 3 botol air kencingnya di dalam bilik kebal bank tersebut dan air kencing itu telah menjadi bahan bukti. Sudah semestinyalah air kencingnya telah diperolehi secara tidak sah.

Persoalannya sejauh mana Anwar Ibrahim akan bekerjasama untuk menyerahkan sampel DNA nya secara sah? kerana jika beliau menyerah secara sah, samalah seperti beliau menyerah tengkok untuk disembelih. Takut kerana salah, berani kerana benar.

Konklusinya sampai mati pun beliau tidak akan menyerahkan walau setitis darah atau air kencingnya secara sah kerana takut setelah secara langsung beliau telah mengundang untuk dibicarakan dalam mahkamah rakyat dan bukan lagi mahkamah tinggi.

4 comments:

  1. meluat said............

    klu org lain yg hadapi kes rogol,kes liwat,kta semua tahu perbicaraan dimahkamah hanya ambil masa dua tiga hari saja utk selesai, kes ini sgt pelik,dan akan datang sesiapa yang merogol ataupun meliwat tidak akan dpt didakwa kerana selepas ini semua suspek tidak akan beri sample DNA,dan dgn ini tiada bukti diperolehi,
    sebenarnya buat apa kita nak layan penjenayah,atau suspek penjenayah kerana depa ni adalah org yang tak bertanggungjawab,guna saja kaedah mcm mahkamah copenhagen itu,inilah cara terbaik mengajar penjenayah atau suspek penjenyah, tak payah dok layan kerenah org tak betul,putar alam,cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
  2. MR.aku setuju dgn pandangan sdr MELUAT berhubung isu liwat atau di liwat ni.Depa rasa basr kepala dan naik tocang.akun pun meluat juga.

    ReplyDelete
  3. Kenapa untuk Anwar,semua undang undang dikeluarkan.Tetapi bila ada orang berkaitan Najib,undang undang ini tidak dilaksanakan.
    Razak Baginda orang kanan Najib dibebaskan.OK,kita terima.Tetapi dalam keadaan biasa ,pendakwaraya akan failkan permuhunan rayuan atas keputusan pembebasan,tetapi tidak dengan orang kuat Najib.
    Kenapa takut sangat dengan Anwar.Kamu tak lihat caca marba mahkamah diperlakukan akibat tindakan Saiful.Mungkin kamu hanya baca utusan dan bh dan sebab itu kamu tak jumpa peranan Rosmah Mansor dan Najib.
    Beradulah atas kekuatan sendiri,jangan harap untuk bergayut pada telor orang saja.
    Kamu semua terpedaya dengan sikap si kitol Mahadir yang porakperandakan UMNO dan BN.Tetapi kamu semua tutup mata kerana mungkin Mahadir adalah tuhan kamu hingga kamu sudah tidak tahu kemusnahan yang dilakukan pada negara ini.

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya kalau tak salah beri sahajalah DNA tu pada pihak berkuasa.Bersumpah lah agars dapat bersih diri sendiri.Berani kerana benar.....

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.