22 August, 2009

Datuk Syed Amin akan mengambil-alih keseluruhan konsesi tol negara ini

Kumpulan Datuk Syed Amin Al Jeffri, bekas Bendahari UMNO Bahagian Merbok telah menyerahkan cadangan pengambilalihan keseluruhan 22 konsessi tol di negara ini.

Melalui syarikat Asas Serba Sdn Bhd, syarikat yang diterajui oleh Datuk Syed Amin Al Jeffri, Ibrahim Bidin, Wan Kamarudin Wan Mohammad Ali dan Syed Budriz Putra telah menyerahkan cadangan pengambil-alihan itu pada 5 May yang lepas. Pengambil-alihan ini melibatkan pengurusan dan operasi keseluruhan pemegang-pemegang konsesi tol melalui ”wiling buyer wiling seller”.

Jika pengambil-alihan ini berjaya Kerajaan akan menjimatkan sebanyak M114 billion dari subsidi dan Kerajaan akan menjimatkan sebanyakRM20 billion jika 20% kadar diskaun diperkenalkan.

Mungkin tidak ramai generasi muda di Merbok yang mengenali Datuk Syed Amin tetapi di dalam senyap beliau telah banyak menyumbangkan sumbangkan dalam berbagai bentuk kepada NGO-NGO, pertubuhan kebajikan dan pelajar-pelajar miskin dalam Bahagian Merbok ini walaupun beliau bukan seorang Ketua UMNO Bahagian atau wakil rakyat.

Semoga Datuk Syed Amin akan berjaya di dalam perniagaan beliau.

21 August, 2009

Blog Merbok Times dibelasah dengan carutan dan kata-kata kesat

Berikutan dengan pendedahan berani dan telus Blog Merbok Times berhubung dengan beberapa kepincangan pentadbiran UMNO Bahagian Merbok yang melibatkan isu Penyata Kewangan UMNO yang kabur dan ketandusan aktiviti-aktiviti bahagian yang menyentuh rakyat, Blog Merbok Times telah dibelasah dengan carutan, kata-kata kesat dan maki hamun.

MerbokTimes dapat merasai melalui gaya bahasa dan susunan ayat-ayat yang dipaparkan ianya datang dari juak-juak Datuk Tajul Urus Mat Zain, Ketua UMNO Bahagian Merbok kerana mereka mungkin lupa bahawa ayat sebegini adalah mainan harian mereka di luar sana.

Hakikatnya tiada siapa pun di kalangan mereka yang tampil berhujah secara ilmiah, professional, bijak dan berfakta untuk menjelaskan sejelas-jelasnya isu yang sebenar dibangkitkan dikalangan ahli-ahli UMNO.

Mereka juga gagal dan tidak pandai mengambil kesempatan ini untuk memberi penjelasan yang ikhlas dan berilmiah kepada warga bloggers yang rata-ratanya terdiri dari pengundi-pengundi atas pagar dan generasi muda yang sedang melihat kelakuan tidak senonoh mereka.

Kelakuan-kelakuan yang penuh carutan dan buruk ini jelas membawa lambang dan wajah yang hodoh kepada kepimpinan UMNO Bahagian Merbok di bawah pimpinan Tajul Urus Mat Zain.

Yang sebenarnya apa yang harus mereka lakukan ialah menjawab segala kesangsian ahli-ahli ini dengan menjelaskan kedudukan yang sebenar secara professional, intelektual, berfakta dan berilmu. Jika pendekatan ini diambil mereka akan dilihat berhemah, bijaksana dan berbicara benar dan kepimpinan mereka akan disanjung dan dihormati.

Seharusnya mereka ingat bahawa kekuatan media baru internet mengatasi kekuatan akhbar-akhbar perdana dan media-media konvensional lain. Jangan sekali-kali memandang rendah dan bermain-main dengannya.

19 August, 2009

Mesej jelas KDYMM Sultan Kedah kepada Ustaz Azizan

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah bertitah, negara akan berhadapan dengan bencana dan huru-hara jika kontrak sosial terus dipertikaikan serta dijadikan bahan untuk berpolitik.

Baginda khuatir tamadun dan kemerdekaan akan runtuh sebagaimana berlaku terhadap banyak negara apabila api kemarahan akar umbi tidak dapat dikawal.

Titah baginda, perkara-perkara yang terkandung dalam kontrak sosial sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan merupakan sesuatu yang dianggap suci dan tidak harus dipersoalkan bagi menjamin kerukunan negara.

‘‘Jika perkara-perkara ini dijadikan bahan perbincangan umum dan berpolitik, ia akan membawa bencana kepada masyarakat dan negara.

‘‘Kontrak sosial tidak wajar dipertikaikan, apatah lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah asas pembentukan negara ini yang menjadikan rakyat pelbagai kaum hidup aman dan damai,’’ titah baginda.

Ini adalah mesej jelas Sultan Kedah kepada MB Datuk Seri Ustaz Azizan Razak supaya beliau dapat mengawal Pakatan Rakyat supaya tidak mempertikaikan kontrak sosial.

16 August, 2009

Bagus kalau kahwin dari dok gunggong anak dara orang

Penceramah bebas, hos terkenal dan artis PAS, Akhil Hayy bernikah dengan Nor Wahidah Abdul Wahab atau Waheeda, 30, pagi ini di Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Baru, Selangor.

Seramai 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga terdekat hadir memberi restu.

Inilah contoh terbaik dari dok bawa dan usong anak dara orang rata-rata.

15 August, 2009

Kepimpinan UMNO Merbok seperti ULAR SAWA tiada gigi

Berikut ialah satu lagi pembongkaran yang dibuat oleh seorang bloggers yang menggelarkan dirinya sebagai ”jilid 3 ban Merbok”.

Jika ini ternyata betul dan terbukti bermakna UMNO Merbok dibawah Tajul Urus memang seperti ular sawa tiada gigi. Ular Sawa yang suka membelit dan akan menelan mangsanya hidup-hidup tanpa ada belas kasihan.

Berikut adalah pendedahan beliau :

jilid 3 ban merbok said...

AHLI UMNO MERBOK TERTIPU ATAU DITIPU ?

Kulit Buku Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Merbok cukup HEBAT, ditampal dengan gambar YAB Tajul Urus dan YB Dato Noh Omar. Adakah ahli-ahli UMNO meneliti Penyata penyata yang dilampirkan didalam buku tersebut ? jawabnya-- tidak, kalau ada pun berapa kerat sahaja yang betul-betul baca, faham dan menghayatinya !

PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2008 amat keliru dan mengundang banyak soalan, andaian dan mungkin berlaku PENIPUAN.

Contoh 1 :
Pendapatan Sewa tahun 2007 RM 72,000.0 Pendapatan sewa tahun 2008 RM 66,000.00 Terdapat perbezaan kekurangaan sebanyak RM 6,000.00 Sebenarnya pendapatan sewa yang diperolehi dari Pelita Nasi Kandar ialah sebanyak RM 15,000.00 sebulan dan dibahagi dua di antara Bahagian Sungai Petani dan Merbok.
Ini bermakna tiap-tiap Bahagian akan dapat RM 7,500. 00 sebulan (RM 7,500 KALI 12 BULAN = RM 90,000.00).


Sepatutnya Bahagian Merbok kena menunjukan RM 90,000.00 dalam ruang pendapatan sewa dan bukannya RM66,000.00.
PERSOALANNYA KEMANA PERGINYA WANG SEBANYAK RM 24,000.00 ?


Contoh 2:
Perbelanjaan untuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri tahun 2007 RM 23,880.00, Tahun 2008 tiada sebarang perbelanjaan, Mustahil ?

Nota 6 Perbelanjaan Pergerakan Wanita ,Pemuda dan Puteri tahun 2007 ialah:

Wanita RM 6,900.00
Pemuda RM 2,300.00
Puteri RM 14,680.00
Jumlah RM 23,880.00

Betul ka Puteri dapat peruntukan sebanyak RM 14,680.00?
JAWAPANNYA TIDAK! INI SATU PENIPUAN.


Contoh 3 :
Nota 7 - Lain-lain Perbelanjaan RM 78,318.50, apa yang dibelanjakan tidak diperincikan. Kemungkinan wang ini lesap dibelanja di BANDUNG ?
(August 15, 2009 3:31 PM )

Ahli UMNO Merbok tertipu

(lakonan semasa pilihanraya kecil Bkt Selambau)

Mana satu aktiviti pribadi mana satu aktiviti parti?

Menyingkap sisipan laporan aktiviti UMNO Bahagian Merbok dari Januari 2009 hingga Jun 2009 yang dibentang semasa Mesyuarat Perwakilan Bahagian baru-baru ini ternyata laporan tersebut sekadar melepaskan batuk ditangga.

Yang lebih melucukan ialah lampiran ”Keratan Akhbar dan Maklumat dari Blog Ketua Bahagian” semua yang dipaparkan adalah aktiviti lawatan peribadi Ketua Bahagian, Tajul Urus Mat Zain bukan UMNO Bahagian untuk menafaat ahli-ahli UMNO dalam Bahagian Merbok.

Blog ”Dari Meja Ketua UMNO Bahagian Merbok” tidak pernah ”up to date” dan dikemaskini dengan maklumat-maklumat semasa. Berita-berita yang dipaparkan seperti Ketua Bahagian menunggang motor semasa pilihanraya kecil Bukit Selambau sudah basi dan menjadi bangkai.

Disarankan kalau malas untuk ”update blog” lebih baik jangan buka blog kerana ia hanya memalukan warga bloggers.

”Orang blog depa pun nak blog, tapi tak faham apa itu blog?” kata salah seorang ahli UMNO muda Merbok yang ditemui.

Jika maklumat ”half past six” sebegini yang diketengahkan ianya amat memalukan UMNO Bahagian Merbok dan amnya ahli-ahli UMNO di dalam Bahagian Merbok yang dahagakan aktiviti dan bimbingan dari kepimpinan AJK Bahagian.

Kesimpulannya ahli-ahli UMNO cawangan telah tertipu dengan janji-janji manis Ketua Bahagian, Tajul Urus Mat Zain semasa berkempen untuk bertanding dalam pemilihan Ketua UMNO Bahagian menentang Dato’Arzmi yang lepas.

Yang mana satu ”Iblis”, Yang mana satu ”Malaikat”

  1. BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).
  2. Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.
  3. Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.
  4. Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).
  5. Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.
  6. Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.
  7. Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.
  8. Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).
  9. Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.
  10. Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.
  11. Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.
  12. Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.
  13. Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.
  14. Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.
  15. Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)
  16. Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.
  17. Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.
  18. Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).
  19. Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.
  20. Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya. Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.
  21. Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.
  22. Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.
(Dipetik dari Utusan Malaysia 14/8/2009 dari tajuk asal “Perangai PAS pelik tapi benar”)

14 August, 2009

Param - patut dianugerah ikon SATUMALAYSIA

(Gambar dari agendadaily)

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Pelakon dan pelawak veteran, Param, 55, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 10 pagi ini akibat serangan jantung.

Pelakon dan pelawak ini sering berganding bahu bersama Yahaya Sulong dan Lim Goh Poh disekitar tahun 70an dan lewat 80an.

Topik-topik lawak mereka sentiasa tidak lekang berkisarkan perpaduan, cerminan keiratan masyarakat Malaysia.

Merboktimes mencadangkan Param dianugerahkan ikon SATUMALAYSIA dan mungkin DS Najib boleh mempertimbangkan mengwujudkan anugerah ini kepada ramai lagi ikon-ikon yang lain yang banyak menyumbang kepada perpaduan rakyat negara ini.

13 August, 2009

BONGKAR!!! Ada talibarut Anwar dalam AJK UMNO Bahagian Merbok

Pendedahan di bawah telah dibuat oleh Pengintip UMNO. Jika benar seperti kenyataan pengintip UMNO bermakna UMNO Bahagian Merbok telah tercemar dengan anasir PENGKHIANAT MELAYU.

Seharusnya ahli-ahli UMNO dalam Bahagian Merbok menentang anasir ini.

Pengintip umno said...

Berita semasa buat analisa keputusan G7 Merbok !
Dato Zubir Saad Ketua Penarangan yang dilantik,TOWKAY ZUFA FARMASI menang no 1 ! WOW !siapa Zubir ? dan macam mana dia boleh menang dengan begitu banyak ?

Zubir merupakan seorang ahli PAS yang cukup fanatik satu ketika dulu terutama sekali semasa pilihanraya tahun 1999 dan 2004. Dia juga merupakan penyumbang terbesar kepada Tabung PAS dan Parti Keadilan.

Zubir juga merupakan proksi dan rakan karib AL JUB ANWAR IBRAHIM.Banyak projek bekalan ubat ubatan kepada hospital Kerajaan diberi oleh AL JUB ANWAR kepada dia.

Sejak bila Zubir menjadi ahli UMNO ? cawangan mana ? apa hubungannya dengan Mahadzir Khalid dan Tajul ? Adakah semua perwakilan UMNO telah dibeli oleh Zubir ?

Merbok Times tolong bongkar ! adakah semua ini benar, jika benar UMNO telah diselinap masuk oleh agen agen Pakatan .
August 13, 2009 1:00 PM

12 August, 2009

Ustaz Hassan Ali telah taubat nasuha

Ustaz Hassan Ali, tokoh motivasi terkemuka merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor rela dilucut jawatan dari Exco Kerajaan Arak @ Selangor kerana mempertahankan prinsip perjuangan bahawa arak itu adalah haram.

Beliau tidak gentar dengan gesaan supaya beliau dikenakan tindakan disiplin kerana membangkitkan isu penjualan arak di negeri itu.

Baguslah kalau Ustaz Hassan Ali telah sedar dan tidak mahu lagi bergelumang dengan najis babi, arak dan kumpulan kongsi gelap.

09 August, 2009

"Kemampuan saya ada, kekuatan saya ada cuma keberanian saya tidak ada" Tan Sri Zam

Artikel di bawah dipetik dari Mingguan Malaysia 9/8/2009 untuk renungan, pandangan dan jika mampu diamalkan.

Merbok Times pernah seketika dahulu keluar makan beramai-ramai bersama Datuk Zam, beliau pernah secara berseloroh digeletek soalan tentang poligami dan katanya dengan spontan "Kemampuan saya ada, kekuatan saya ada tetapi yang saya tidak ada ialah keberanian".

Kata-katanya disambut dengan gelak-ketawa rakan-rakan UMNO Merbok yang menyokong beliau ketika itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Membantu keluarga poligami

Oleh Hafizahril Hamid
mingguan@utusan.com.my

APABILA akhbar ini menyiarkan berita tentang penubuhan Kelab Poligami Ikhwan di Sungai Petani pada Ahad lepas pelbagai pandangan serta minat telah diutarakan oleh orang ramai. Kelab berkenaan yang menghimpunkan lelaki dan para isteri yang rela dimadu termasuklah di luar negara seperti Australia, Indonesia dan Thailand turut memberikan khidmat nasihat kepada orang ramai yang ingin memahami tentang amalan itu.

Setakat ini keahlian adalah terdiri dari pekerja di syarikat Global Ikhwan yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Al-Arqam dan jika ramai ahli masyarakat yang berminat untuk menyertai kelab ini maka ia akan didaftar mengikut akta pertubuhan. Ahli kelab setakat ini terdiri daripada 300 suami, 300 isteri pertama dan 300 isteri kedua. Maka keahlian kini dianggarkan melebihi 1,200 orang

Mungkin ramai wanita di luar sana yang bimbang dan kurang senang dengan berita penubuhan kelab ini. Maka untuk memberi ruang dan berlaku adil kepada semua pihak penulis cuba mendapatkan pandangan dari pengasas kelab tersebut Hatijah Aam untuk mengulas mengenai penubuhan kelab poligami ini.

Ketika ditemui di ibu pejabat syarikat Global Ikhwan, di Bandar Country Homes, wanita berusia 54 tahun itu dengan tenang dan konsisten menerangkan apa sebenarnya matlamat penubuhan kelab berkenaan.

Bagi beliau kewujudan kelab ini bukan berniat untuk bermusuh dengan sesiapa dan bukan juga kehadiran mereka untuk mencari populariti.

''Tetapi kami berharap semua pihak faham terutama wanita bahawa poligami ini adalah satu jalan keluar yang yang dibenarkan dalam Islam,'' katanya.

Bagi mereka yang berminat, mereka akan diberikan kursus dan pemahaman tentang apa ertinya poligami. Kita perlu faham bahawa poligami bukan dilakukan untuk memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, tetapi ia turut berkait dalam soal mendekatkan diri dengan Tuhan. Itu belum lagi mengambil kira soal kemampuan kewangan, mental, fizikal dan sebagainya.

''Pada awalnya tidak ada rancangan pun untuk buat kelab sehinggalah kami melihat adalah perlu satu alternatif diberikan kepada mereka yang memerlukannya.

''Ini kerana terlalu banyak kes-kes yang mengaibkan berlaku sekarang seperti rogol, sumbang mahram serta tumbuhnya rumah urut pusat pelacuran secara berleluasa. Maka kelab ini ditubuhkan sebagai satu alternatif dan jalan keluar," katanya.

Menurut Hatijah, jika dilihat masalah yang berlaku sekarang ini telah wujud sejak zaman jahiliah lagi maka Tuhan telah memberikan jalan bagaimana masalah ini dapat dihentikan. Maka apabila Rasulullah dan sahabat mempraktikkan poligami maka ia memberi pilihan kepada sesiapa yang mahu mengikutnya dan tidak ada paksaan dalam perkara ini.

''Maka adalah jelas kenapa orang jahiliah itu tenggelam dengan kejahilan mereka maka Islam sebagai sebuah agama yang lengkap membenarkan poligami. Jika kita melihat keadaan sekarang harus diakui dengan mengamalkan poligami mampu menyelesaikan sedikit sebanyak masalah sosial yang semakin menakutkan sekarang.

''Kegiatan pelacuran dapat dihentikan, masalah seperti sumbang mahram tidak berlaku dan orang ramai terutama lelaki tidak lagi perlu ke rumah urut kerana para isteri- isteri mereka memenuhi tuntutan yang mereka mahukan. Oleh itu, bagi orang Islam mereka mendapat satu jalan keluar kepada masalah sosial ini dan terpulang kepada mereka untuk mempraktikkannya,'' kata beliau.

Katanya lagi, kita sering sahaja mendengar tentang masalah antara seorang lelaki yang jatuh cinta kepada wanita lain tetapi pada masa yang sama tetap sayang kepada isterinya. Maka kedengaranlah masalah isteri tidak setuju tetapi lelaki dan wanita berkenaan tidak ada sebarang masalah untuk berkahwin. Maka timbul keadaan di mana semua pihak ini berada dalam dilema.

"Sebenarnya apakah tidak ada penyelesaian kepada masalah sebegini. Sebenarnya ada penyelesaian kepada masalah ini. Kenapa Rasulullah dan sahabat boleh melakukannya dan kita seolah-olah tidak faham dan melihat perkara ini dengan mendalam mesti ada sebab kenapa ia dibenarkan," katanya.

Ujar Hatijah lagi, terlalu banyak faedah yang diperolehi oleh mereka yang berminat menyertai kelab ini kerana kami melakukannya kerana Allah.

"Atas nama Islam, poligami ini ialah perkara yang halal dan indah. Untuk menghalang pihak lelaki daripada melakukan poligami adalah sukar, maka kelab ini adalah jalan terbaik untuk mereka yang memerlukannya.

"Bukanlah niat kami untuk mengajak semua orang menyertainya tetapi ada di antara mereka di luar sana yang memerlukannya dan pihak kami hanya mahu memberi panduan dan jalan untuk mereka,'' kata Hatijah.

Dari sudut kekeluargaan pula seorang ayah mempunyai ketokohan kepimpinan dalam keluarga dan jika ahli keluarga ramai maka ia akan membantu meningkatkan ekonomi. Dan itulah yang berlaku di Global Ikhwan di mana anak-anak hasil daripada perkahwinan poligami bertanggungjawab menggerak dan mengurus perniagaan.

Bagi Hatijah kelab itu mahu memperjuangkan poligami sebagai satu jalan keluar kepada masalah yang sering berkait dengan poligami serta masalah- masalah sosial yang berlaku sekarang.

''Selain itu kami bertanggungjawab untuk memberi kefahaman kepada isteri dan wanita bagaimana untuk menerimanya.

"Saya sendiri dan madu saya pun mula-mula dahulu bukannya boleh duduk dekat, tetapi kerana apa yang dilakukan ini untuk Allah maka kami diberikan hidayah untuk berkongsi dan bekerjasama antara satu sama lain.

"Namun saya faham bukan semua setuju tentang poligami namun bagi kami yang telah merasai kemanisannya, semua ini adalah hasil dari pendidikan, ilmu dan pengalaman yang akhirnya membuat kami mengubah tanggapan tentang poligami,'' katanya.

Namun beliau berasa hairan kenapa poligami ini yang dibenarkan dalam Islam dianggap sebagai sesuatu yang hina.

''Kenapa pusat maksiat seperti pelacuran, kelab malam rumah urut boleh dibenarkan beroperasi tetapi kami yang mahu memperjuangkan perkara yang dibenarkan dalam Islam dipandang serong dan tidak diberi laluan.

"Kami hanya mengajak mereka yang mahu mengamalkan poligami dan kami tidak memaksa sesiapa dan kami tidak berniat untuk menyakitkan sesiapa. Insya-Allah kami mengharapkan sokongan dari semua pihak masyarakat dari yang di peringkat atasan hinggalah masyarakat seluruhnya," ujarnya.

Menurut Hatijah, selepas majlis pelancaran kelab ini di Sungai Petani pada 2 Ogos, pelancaran kelab poligami peringkat Asia dijangka diadakan di Kuala Lumpur pada 16 Ogos depan.

''Kepada golongan masyarakat yang merasakan mereka memerlukan poligami, mereka boleh menyertai kelab ini bukan sahaja untuk mengetahui lebih lanjut tetapi mendapatkan nasihat dan pandangan bagaimana bahagianya poligami,'' katanya.

Bagi Hatijah, beliau percaya Tuhan bukan berniat jahat dalam membenarkan poligami diamalkan di kalangan umat Islam.

"Kita umpamakan ia seperti sembahyang, ada peraturan, teknik dan cara yang betul untuk mendapat keberkatan. Begitu juga dalam poligami ada caranya dan bukan semua mampu memenuhi tuntutan dan cara betul supaya diberkati,'' kata beliau.

Komen

Menurut Hatijah, banyak komen mengatakan tentang poligami, ia diamalkan kerana mengikut sunah nabi tapi dalam perkara lain yang diamalkan nabi kenapa mereka tidak mahu mengikutnya.

''Pihak lelaki yang mahu mengamalkan poligami haruslah terdiri daripada mereka yang bertanggungjawab serta dekat pula dirinya dengan perintah dan arahan Tuhan. Saya juga faham kenapa ada wanita yang rela tidak berkahwin dengan suami orang kerana takut dikatakan merampas suami orang.

''Dalam sejarah pun telah dinyatakan bagaimana Rabiatul Adawiyah menolak pinangan Imam Hassan Al Basri kerana takut terganggu urusan dan amalannya dengan Allah jika beliau berkahwin. Ini adalah satu contoh yang sangat hebat dan mungkin tidak ada lagi mereka yang mampu melakukannya,'' kata Hatijah.

Selain itu, beliau juga meminta mereka yang sering melaungkan hasrat dan tindakan memperjuang dan membela nasib wanita agar turut sama membantu usaha kelab poligami.

"Poligami ini bukanlah sesuatu yang keji dan tidak semua wanita yang terlibat dalam poligami tidak bahagia. Malah ramai di antara kami kini menemui kebahagiaan sebenar dalam hidup walaupun mereka ini terlibat dalam poligami dan semua ini berlaku dengan ketentuan Allah disertai usaha dan niat yang murni untuk menegakkan dan mencari keredaan Tuhan," kata Hatijah mengakhiri bicara.

08 August, 2009

Pemuda bakal calun Ahli Parlimen Merbok

Ini ialah Ketua Pemuda UMNO Merbok. Adakah beliau sebagai pemimpin harapan kita di Merbok? Seorang muda yang berpelajaran tingggi dan sedang menjawat kedudukan tertinggi dalam Pemuda UMNO Malaysia.

Merbok juga tidak ketinggalan untuk mempersiap-siagakan generasi pelapis yang bakal menjadi calun Ahli Parlimen Merbok.

Najib : 3 budaya untuk mantapkan UMNO

1. Yang pertama, budaya mendengar - kita kena sentiasa mendengar suara rakyat, rintihan rakyat, sanggup sentiasa disisi rakyat dan bukannya jauh, bukan sombong tapi merendah diri dan jangan jadi golongan elit.

2. Budaya kedua ialah berkhidmat iaitu sentiasa memberikan khidmat yang terbaik sepanjang masa.

3. Berkhidmat untuk rakyat, jangan berkhidmat kepada puak kita sahaja, berkhidmat mesti sepanjang masa, bukan masa dekat pilihan raya, (bila dekat pilihan raya), kepil biodata, harap-harap jadi calon.

Ini lah tiga budaya yang PM Dato' Seri Najib gariskan. Tetapi semua ketiga-tiga ini tidak ada pada Ketua UMNO Bahagian Merbok, Dato' Tajul Urus Mat Zain.

Budaya mendengar Tajul hanya mendengar masuk telinga kanan kelaur telinga kiri. Janji-janji semasa bertanding dulu pun tak ditunaikan lagi. Mempunyai sikap ego dan cakap besar dan tergolong dari golongan elit.

Budaya kedua dan ketiga Tajul hanya berkhidmat untuk puak-puaknya sahaja.

Kesimpulannya tiga budaya untuk mantapkan UMNO tidak ada pada Tajul.

07 August, 2009

Profile pemimpin kesayangan kita

Dato' Tajul Urus Bin Hj. Mat Zain
Position: Independent Director
Nominating Committee Chairman

Bachelor of Arts (Hons)
University Sains Malaysia

Dato’ Tajul is the Director of Kalansa Energy Sdn. Bhd., Fyrecheck Sdn. Bhd., Tacon Builders Sdn. Bhd., Perbadanan Kemahuan Negeri Kedah (PKNK) and 99 East Langkawi Sdn. Bhd. He is also the Group Managing Director for Kedah Corporation Berhad.

05 August, 2009

UMNO Merbok melantik AJK Kerja kerana AJK yang menang tidak boleh buat kerja

Melihat senarai AJK UMNO Bahagian Merbok ianya terdiri dari 20 ahli yang dipilih dalam mesyuarat perwakilan bahagian, 7 orang AJK tambahan dan 3 AJK kerja.

Tidak pernah lagi dalam sejarah UMNO Bahagian ini ada AJK kerja. Mungkin AJK kerja dilantik kerana 20 AJK yang menang dan 7 AJK tambahan yang dilantik tidak boleh buat kerja.

UMNO Merbok seperti "TIME BOMB"

Mengimbas Kertas lapuran dan aktiviti yang dibentangkan di dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Merbok pada 1/8/2009 ternyata UMNO Bahagian Merbok langsung tidak menganjurkan apa-apa aktiviti yang menjurus kepada sentuhan rakyat dalam Kawasan Merbok.

Malah yang mendukacitakan ahli-ahli sejak Dato’ Tajul Urus Mat Zain memegang teraju Ketua Bahagian dari tarikh 18/10/2008 hingga 1/8/2009 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bahagian hanya diadakan sebanyak 3 kali sahaja iaitu pada 31/10/2008, 14/11/2008 dan 2/7/2009 manakala Mesyuarat Khas AJK Bahagian juga hanya diadakan sebanyak 3 kali iaitu pada 10/2/2009, 8/5/2009 dan 3/6/2009.

Ini bermakna sejauh mana AJK Bahagian betul-betul bersatu untuk membawa perpaduan kepada ahli-ahli UMNO di dalam kawasan Merbok khasnya dan pengundi di dalam Merbok amnya.

Begitu juga apabila dilihat senarai aktiviti-aktiviti bahagian sepanjang kepimpinan Dato’Tajul, yang tersenarai panjang hanyalah lawatan-lawatan dan menghaziri mesyuarat-mesyuarat atas undangan UMNO negeri dan perjumpaan-perjumpaan dengan ketua-ketua cawangan yang hanya menyokong beliau semasa pemilihan UMNO yang lepas sahaja. Banyak aktiviti-aktiviti tersebut UMNO Bahagian hanya menjadi penumpang bukannya penggerak.

UMNO Bahagian langsung tidak menganjurkan aktiviti-aktiviti sendiri yang menjurus kepada sentuhan rakyat.

Jika beginilah kepimpinan yang ada maka impian untuk mengembalikan Merbok kepada BN dan UMNO akan hanya tinggal impian. Mereka lebih gila melobi menjadi wakil rakyat tetapi tidak bekerja keras menawan hati rakyat.

Hakikat yang sebenarnya aktiviti-aktiviti ini tidak dapat dijalankan kerana di kalangan AJK Merbok sendiri tidak ada perpaduan bukanya tidak ada peruntukan, sesama mereka tidak bersatu hati dan bukannya terdiri dari kalangan mereka yang boleh melaksanakan kerja. Perpaduan AJK Merbok seperti "Time Bomb" menunggu masa untuk meletup.

04 August, 2009

Bagaimana pelapis pemimpin Pemuda UMNO Merbok yang kita harapkan?


Entry ini ambil dari blog www.maksubee.blogspot.com yang dipostkan pada 29.3.2009. Tujuan pendedahan ini adalah untuk diambil iktibar dan pengajaran oleh generasi pelapis yang bakal mewarisi kemimpinan UMNO Merbok.

Sewaktu pengumuman keputusan di buat yang disiar secara langsung, seorang Perwakilan dari Merbok begitu riang dan menari-nari menyambut kemenangan KJ. Di fahamkan Pemuda Bahagian Merbok sebulat suara mencalonkan Datuk Mukriz Mahathir.

Dengan gambaran yang di tunjukan oleh perwakilan ini, adakah beliau mengundi KJ?? Kenapa beliau mengundi KJ, sedangkan ahli-ahli pemuda Merbok mahukan Datuk Mukriz Mahathir.

Inilah perwakilan Pemuda Merbok yang menari-nari dengan riang menyambut kemenangan KJ yang mana di siarkan oleh TV.

Samada dia mengundi KJ atau tidak hanya beliau yang tahu. Tetapi rasionalnya kenapa riang dan gembira sangat apabila kemenangan KJ di umum??? Jangan hukum beliau, timbanglah beliau.


ROSNAWI BIN ZENON

PENOLONG BENDAHARI PEMUDA BAHAGIAN
F 26 KG PERMATANG SAMAK SEMELING
08100 BEDONG
KEDAH
No Ahli : 02797072
No KP : 710321025273
No Tel: 016-4648519

Sajak nukilan Sang Hippokrate, Taman Peruda

Yang dinamakan politik Melayu UMNO di mana-mana pun ada sahaja sang hippokrate yang konon berjuang atas dasar perjuangan tetapi yang sebenarnya untuk ongkos sendiri. Begitu juga dalam Bahagian Merbok yang banyak lalang sekejap sini sekejap sana untuk kepentingan peribadi.

Sajak di atas adalah nukilan Sang Hippokrate yang dimaksudkan.

03 August, 2009

UMNO Merbok ketandusan aktiviti di peringkat akar umbi

Kesan dari pertandingan merebut Ketua UMNO Bahagian Merbok dari Dato’ Arzmi Hamid oleh Dato’ Tajul Urus Mat Zain tidak menampakan ada bibit-bibit untuk bersatu di antara kumpulan Dato’ Arzmi dan Dato’Tajul.

Peribahasa Melayu ”Biduk berlalu kiambang bertaut” langsung tidak wujud malah jurangnya makin jauh seperti bidalan ”berkerat rotan berpatah arang”.

AJK-AJK Bahagian barisan Tajul yang menang di dalam memimpin bahagian Merbok langsung tidak "deliver" malah kering kontang dengan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada akar umbi.

Tiada ada apa satu pun aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan hanya yang pasti wujud politiking sesama mereka yang tidak berkesudahan.

Luka Dato’ Arzmi akibat dari tindakan Dato’ Tajul mencela beliau masih mendalam sehingga majlis kenduri anak sulong Dato’ Arzmi tidak menjemput Dato’ Tajul.

Ketua-ketua cawangan mula membandingan kesan kepimpinan Dato’ Arzmi dahulu yang banyak aktivitinya dengan gandingan Dato’ Zam selaku Ahli Parlimen manakala kepimpinan Dato’ Tajul sekarang hanya sunyi dan sepi. Tak ubah seperti sumpahan Mahsuri, Merbok ibarat "padang jarak padang terkukur, sana berselerak sini tersungkur".

Malah beberapa isu telah berbangkit akibat dari pengurusan projek-projek persekutuan yang tidak serata kepada cawangan-cawangan.

02 August, 2009

Siapa kenal Dr Juliana AJK Bahagian Merbok?

Entry ini di hantar oleh Anon 6.53am:
Norasiah Shafiq sepatutnya AJK Lantik atas kuota Wanita pun depa tukaq suka-suka ati depa ja..Lawyer pun depa permain mcm tu ja..Tukaq pulak ngan budak puteri mana tah..xpernah tgk di Merbok pun..apa budak tu blh sumbang dlm Merbok pun xtau la..aku tgk dlm list penyata tahunan depa budak tu nama Dr. Juliana Johari dr UPM..td aku check la ngan kawan aku yg dok mengaji kat ctu..sapa DR. Juliana?..tapi kawan aku kata dia bukan Dr. pun..dia cuma Tutur Bhg Pentadbiran dan Pengurusan Sahja..Ni sapa yang tipu sapa..Dr. tu tipu bhg ka sebab nak ambik tempat lawyer atau Bhg Merbok yg saja tambah nak tunjuk AJK depa hebat...